KESIHATAN
Manafaat memakai Stokin Ketika Tidur Malam
Manafaat memakai Stokin Ketika Tidur Malam
Mungkin tidak ramai dari kita yang menyedari akan kebaikan amalan memakai sarung kaki (stoking) ketika tidur.
Kajian perubatan telah menunjukkan bahawa memakai stoking ketika tidur sangat digalakkan untuk membantu mendapatkan tidur yang berkualiti, selain dari itu ianya mempunyai beberapa kebaikan yang lain dari segi kesihatan.
Jika kita hanya menggunakan selimut sebagai menutup kaki, terdapat kebarangkalian yang besar yang selimut itu akan terselak ketika kita sedang tidur, tetapi dengan memakai stoking, kaki kita akan tetap tertutup rapi hingga ke pagi.
Apa yang berlaku bila memakai stoking ketika tidur, antaranya ialah, stoking akan membuatkan suhu tapak kaki kita menjadi hangat dan secara langsung akan memberi isyarat ke minda separasedar bahawa cuaca sedang panas. Hasilnya, otak akan memberi arahan pada tu buh badan supaya merendahkan suhu badan. hal ini akan membantu kita mendapatkan tidur yang berkualiti.
Selain dari itu, pemakaian stokin ketika tidur juga didapati dapat mengelakkan tumit dan tapak kaki menjadi rekah, dan jika diamalkan, InsyaAllah anda akan mendapati rekahan-rekahan tapak kaki anda akan mula pulih sedikit demi sedikit.
Pemakaian stoking ketika tidur juga dapat mengatasi masalah tilam dan cadar berbau akibat hiperhidrosis tapak kaki. Dimana, segala peluh tapak kaki akan diserap oleh stoking anda, dan ini dapat megelakkan tilam dan cadar anda dari berbau.
Selain itu, tapak kaki anda terpelihara dari gigitan nyamuk dan anda dapat merasakan keselesaan dan rasa selamat ketika tidur. Kerana itulah, umpama kemestian, bayi yang baru lahir akan dibekalkan stokin dan kita dapat melihat penggunaan stoking oleh bayi.
Dari segi yang lain pula, pengamal perubatan alternatif mengatakan bahawa orang lelaki yang mengamalkan pemakaian stoking ketika tidur, akan dapat menjaga suhu tapak kaki daripada kedinginan dan menghalang bisa dingin tapak kaki dari menjalar kebahagian urat sa raf vi tal (anggota su lit) lelaki, yang mana ini akan dapat memelihara kekuatan tenaga ba tin lelaki itu dalam kon teks perhubu ngan ba dan antara suami isteri.
Bahagian tapak kaki adalah bahagian yang paling awal mengesan dan menangkap kesejukan yang mana dingin tapak kaki yang berlebihan akan membawa kepada perkara-perkara seperti lenguh-lenguh, biisa-biisa dibetis dan lain-lain. Maka dengan memakai stoking ketika tidur, dapat dijadikan ikhtiar bagi mengelakkan perkara ini berlaku.
CARA PEMAKAIAN
Stoking yang digunakan ketika tidur janganlah jenis yang terlalu tebal atau terlalu nipis.
# Jangan gunakan stoking yang sama setiap malam tanpa dicuci, gunakan hanya sekali semalam, dan basuh keesokkan harinya. Jika tidak, ini akan membuatkan bakteria dan kuman dari perpeluhan terkumpul, maka gangguan kulit seperti fungus dll pula akan muncul.
# Jika mampu, dapatkan beberapa pasang stoking khas sebagai koleksi stoking tidur anda. Jangan gunakan stoking untuk tidur untuk kegunaan lain seperti kepejabat atau bersukan.
# Sebaiknya, sebelum menyarungkan stoking, sapukan sedikit losyen kulit pada kaki anda dengan rata hingga kering sebelum menyarungkan sarung kaki anda. Jadikan ia sebagai last thing on bed bagi mengelakkan anda berjalan kesana kemari didalam rumah setelah memakai stoking, agar kotoran dan lain-lain yang berada dilantai rumah kita tidak melekat pada stoking anda.
Sumber : arenastar
Apa Kata Anda? Lontar kan pendapat dan pandangan anda di ruang komen dibawah. Segala pandangan dan pendapat anda kami hargai. Terima kasih. @Majalah ilmu.
- Resepi Viral5 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga5 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA5 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA5 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA5 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA5 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA5 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah
- AGAMA5 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.