Kisah
Makcik Nona Menyara 40 Orang Anak angkat Yang masih kecil Dengan Hanya Berniaga Makanan Secara Kecil-kecilan Di Hadapan Rumahnya
Makcik Nona Menyara 40 Orang Anak angkat Yang masih kecil Dengan Hanya Berniaga Makanan Secara Kecil-kecilan Di Hadapan Rumahnya
Sifat keibuan yang tebal dan mendalam serta Kasih sayang yang tak mengenal rupa dan latar belakang. Inilah gambaran yang sangat sesuai buat seorang ibu bergelar Makcik Nona.
Kisah ibu kepada puluhan anak angkat ini telah tular dan mendapat perhatian ramai baru-baru ini. Sehingga artikel ini ditulis, Makcik Nona kini menyara hingga 40 orang anak angkat yang masih kecil dengan hanya berniaga makanan secara kecil-kecilan di gerai kecil di hadapan rumahnya.
Antara jualannya adalah leher ayam goreng dan keropok tepung yang dijual hanya dengan harga RM0.10 sahaja seketul! Menurut penjelasan beliau, makanannya dijual dnegan harga murah kerana penduduk sekitar kawasan tersebut juga kebanyakannya tidak berkemampuan seperti dirinya.
Anak-Anak Angkat Makcik Nona
Bercerita tentang anak-anak angkatnya, Makcik Nona memberitahu bahawa mereka semua adalah dari latar belakang yang berbeza-beza. Ada yang anak yatim, yatim piatu, anak-anak terbiar atau gelandangan, ada juga yang ditinggalkan ibu bapa serta ada juga yang datang sendiri ke rumahnya kerana hendak menumpang kasih.
Walau cuma hidup ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, naluri serta kasih sayangnya lebih kuat daripada kesusahan yang dirasa. Makcik Nona serta anak-anak ini juga tidur di ruang tamu serta ruang-ruang yang ada di rumahnya yang serba kekurangan.
Tidak hanya itu, Makcik Nona juga mengalas tanggungjawab besar menjadi ketua keluarga kerana suaminya juga sedang sa.kit terlantar dan memerlukan rawatan yang tidak murah. Selain suaminya, ada juga antara anak angkatnya yang menderita usus bocor. Tidak terbayang tabahnya sifat ibu ini.
Syukur, semua anak-anak angkatnya dididik dengan baik, pandai berdikari serta rajin menolong Makcik Nona yang tinggal di Kg. Hidayat, Batu 4, Tawau, Sabah ini membuat kerja-kerja rumah. Menerusi video temubual bersama ibu ini, kelihatan anak-anak kecil ini memeluk-meluknya seolah ibu kandung sendiri. Sungguh mengharukan.
Seperti ibu-ibu lain, beliau juga berhasrat mahukan anak-anak ini berpendidikan, sekurangnya pandai membaca, menulis, mengira untuk kebaikan mereka sendiri pada masa hadapan.
Namun, bagi seorang ibu menguruskan suami serta puluhan anak-anak ini sambil mencari rezeki bukanlah mudah. Beliau cuma mampu mengurus persekolahan beberapa orang anak angkatnya.
Mujur, kumpulan kecil Vitaminbae tampil menyalurkan serba sedikit bantuan dan sentiasa berhubung dengan Makcik Nona dari masa ke semasa bagi mengetahui perkembangannya dan menyalurkan bantuan jika ada dana buat mereka.
Besar pengorbanan seorang ibu yang tebal dengan sifat kasihan dan penyayang ini. Inilah saham akhirat buat Makcik Nona, menjadi penariknya ke syurga, inshaAllah (aamiin). Semoga semua anak-anak ini menjadi anak-anak yang soleh dan solehah, Berjaya pada masa hadapan dan membalas jasa, membahagiakan ‘ibu’ mereka ini.
Jika kita punya sedikit kelebihan rezeki, tiada kerugian unutk membantu mereka, walau berapa jumlahnya jika ikhlas, pasti ada ganjarannya.
Kisah penuh :
Sumber : [RealMerah] [YT Vitaminbae]
- Resepi Viral5 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga5 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA5 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA5 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA5 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA5 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA5 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.
- AGAMA5 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah