SEMASA
Berasal Daripada Keluarga Miskin, Mahu Mencari Duit Untuk Rawat Mak Sakit Jadi PEMBAKAR Semangat Penerjun Cilik Ini Untuk Buru Emas Buat China
Berasal Daripada Keluarga Miskin, Mahu Mencari Duit Untuk Rawat Mak Sakit Jadi PEMBAKAR Semangat Penerjun Cilik Ini Untuk Buru Emas Buat China
Berasal dari china seorang atlet terjun telah berjaya membuat kejutan selepas berjaya catat ‘perfect score’ dua kali di pentas akhir acara 10m platform di sukan Olimpik Tokyo 2020.
Quan Hongchan yang baru sahaja berusia 14 tahun itu telah berjaya merangkul pingat emas selepas mengumpul sebanyak 466.20 mata.
Disebalik kejayaan yang diciptanya, terdapat kisah sedih yang ramai tidak tahu.
Perjuangannya di pentas Olimpik itu sebenarnya didorong oleh niatnya untuk mendapatkan duit kemenangan bagi digunakan untuk merawat ibunya yang sedang sakit di kampung halaman.
Menurut laporan media, Quan Hongchan bukanlah datang daripada keluarga yang senang. Ibu bapanya dilaporkan adalah merupakan golongan petani.
Dia juga dilaporkan mula didedahkan dengan sukan terjun ini pada tahun 2014. Sejak daripada itu, dia telah berlatih bersungguh-sungguh.
Pada bulan Mac 2018, dia dilaporkan telah menyertai pasukan daerah Guangdong.
Walaupun pasukan terjun China banyak menghasilkan penerjun yang berbakat, namun amat jarang sekali untuk melihat seorang gadis berbakat seperti Quan Hongchan berjaya menguasai sukan itu dalam tempoh yang singkat.
Pada 4 Oktober 2020, Quan Honchan yang baru berusia 13 tahun pada ketika itu dilaporkan telah berjaya mengalahkan ramai penerjun yang bertaraf bintang di final platform 10 meter perseorangan wanita di Stesen Shijazhuang dalam kelayakan Olimpik.
Selepas berjaya melayakkan diri ke pentas Olimpik Tokyo 2020, motivasi penerjun muda ini dalam membantu mendapatkan duit rawatan untuk ibunya semakin tinggi.
“Kos rawatan yang diperlukan ibu saya sangat mahal, jadi saya rasa saya juga harus bertanggungjawab untuk menolongnya mencari duit, supaya saya dapat menghantar duit itu kepada ibu saya untuk rawatannya,” ujarnya.
Kesukaran hidup yang dilaluinya telah mendorongnya supaya sentiasa bekerja keras dalam bidang yang diceburinya.
Hasil daripada itu, remaja yang berasal daripada Guangdong, China ini telah berjaya menghadiahkan negaranya sebutir pingat emas Olimpik sambil memberi kejutan kepada penerjun senior serta telah membuka mata dunia dengan persembahannya yang memukau di pentas akhir 10m platform sebentar tadi.
Majalah ilmu: Semoga adik ini dimurahkan rezeki dan semoga maknya cepat sembuh dari penyakit. Sama-sama doakan buat adik ini.
Sumber: iNews / Siakapkeli
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Majalah Ilmu
- Resepi Viral5 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga5 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA5 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA5 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA5 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA5 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA5 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah
- AGAMA5 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.