SEMASA
Lokasi tr4gedi lima pelajar r3ntung Rabu lepas telah merekodkan 17 kes kemalang4n dalam tempoh setahun
Lokasi tr4gedi lima pelajar r3ntung Rabu lepas telah merekodkan 17 kes kemalang4n dalam tempoh setahun
Penolong Pengarah Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Muhamad Shahrizal Aris berkata, nahas yang direkodkan antara Mac 2021 hingga Mac lepas telah menyebabkan dua kematian dan kecederaan kepada 11 mangsa.
Laluan di Kilometer 231.4 hingga 257.8 Lebuhraya Utara Selatan arah utara selepas Terowong Menora yang menjadi lokasi tragedi lima pelajar rentung, Rabu lepas telah merekodkan 17 kes kemalangan dalam tempoh setahun.
“Daripada 17 kemalangan itu, 11 kes melibatkan kenderaan berat iaitu lori dan treler yang terbabit dalam kemalangan disebabkan terbabas dan terbakar.
“Dua kematian yang dilaporkan dalam tempoh itu adalah melibatkan pemandu lori,” katanya ketika dihubungi di sini pada Jumaat.
Beliau berkata, kesesakan di lebuh raya terutama pada waktu pertambahan kenderaan antara faktor yang melambatkan usaha jentera bomba tiba awal di lokasi nahas.
Katanya, bomba juga berdepan kemungkinan kekurangan sumber air disebabkan ketiadaan pili bomba di kawasan kejadian.
“Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kangsar akan memberi respon awal bagi setiap insiden di lokasi berkenaan sebelum dibantu balai berhampiran.
“Tiada akses mudah untuk ke lokasi kejadian menyebabkan jentera bomba terpaksa membuat pusingan U sebelum Terowong Menora pada jarak lebih kurang 24 kilometer,” katanya.
Dalam kemalangan sekitar jam 12.52 malam di Kilometer 245.2 itu, lima pelajar Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) yang menaiki kereta Honda City r3ntung selepas kereta dinaiki terbak4r akibat dir3mpuh sebuah treler.
Mangs4 terlibat adalah Muhammad Nasrun Aidol Munir Akbar, 22, pemandu kereta, Ahmad Naim Najmi Ahmad Hafizan, 21, penumpang hadapan, Iqbal Hasnun Halimi, 23, Muhammad Nabil Haikal Muhammad Fariz, 19, dan Ahmad Akmal Ahmad Mokhlis, 20, masing-masing duduk di bahagian belakang.
Siasatan awal mendapati, treler muatan pagar besi dipandu seorang lelaki tidak sempat membrek ketika melalui lokasi kejadian lalu mer3mpuh belakang kereta yang dinaiki lima mangs4 terbabit.
R3mpuhan menyebabkan kereta yang dipandu di lorong kiri diseret hingga melanggar bahagian belakang sebuah lagi treler membawa muatan mozek di hadapan sebelum terbak4r.
Sumber; Sinar harian
- Resepi Viral5 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga5 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA5 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA5 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA6 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA5 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA6 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah
- AGAMA5 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.