SEMASA
liang lahad Paling cantik! Suami Arwah ustazah Shadiya kongsi perbualan dengan penggali kubur Dan Petug̷as Pengur̷us̷an Jenaz̷ah

liang lahad Paling cantik! Suami Arwah ustazah Shadiya kongsi perbualan dengan penggali kubur Dan Petug̷as Pengur̷us̷an Jenaz̷ah
JENAZAH pendakwah terkenal, Allahyarham Shadiya Abbas selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Bukit Cherakah Puncak Alam, Selangor pada pukul 4 petang Isnin. Mohd Khairul menjelaskan isterinya disahkan negatif Covid-19.
Menurut Khairul, segala urusan menguruskan jenazah telah diuruskan oleh ahli keluarga terdekat termasuklah ibu arwah, adik beradik perempuan dan anak-anak lelaki.
“Alhamdulillah.. Selesailah sudah urusan pengkebumian jenazah buah hati dan bidadari saya petang tadi jam 4.00 petang di Tanah Perkuburan Puncak Alam. Segalanya dipermudahkan Allah..
“Urusan mandikan jenazah mu sayang dilakukan oleh ibumu, adik beradik perempuanmu, anak-anak lelakimu dan anak muridmu yang menawarkan diri untuk berkhidmat untukmu sayang.
“Abang ambil peluang ini untuk memandikanmu buat kali terakhir. Masih ingat lagi 2 hari sebelum sayang meninggalkan abang, sayang mandikan abang.
“Sayang.. Abang imamkan solat untukmu. Sebelum ni sayang berada di belakang sebagai makmum, tapi kali ini sayang di depan abang. Bukan sebagai imam tetapi sebagai jenazah,” tulisnya di laman Facebook.
Dalam pada itu, Khairul mendedahkan perbualan bersama penggali kubur dan petugas pengurusan jenazah yang menyatakan kubur arwah isterinya adalah paling cantik pernah dilihat selain berasa sejuk ketika berada di dalamnya.
“Sayang.. Sayang bertuah kerana dihadiahkan Allah kubur yang indah dan liang lahad yang cantik. Abang perasan hal itu ketika hendak memasukkan mu dalam liang lahad, dalam hati abang menyebut, cantik sungguh liang lahad ini.
“Abang bersembang dengan penggali kubur dan petugas pengurusan jenazah, mereka akui kubur itu paling cantik mereka lihat, kata mereka dalam kubur kalau pakai kasut but pun terasa sejuk, seolah lantainya dari mar mar..
“Kata mereka, bakal kubur siapakah ini. Ternyata sayang adalah pemiliknya. Semoga sayang berada dalam rahmat Allah.
“Sayang..damailah engkau di sana, abang reda dengan pemergiaanmu. Sayang telah sempurna melaksanakan tugas sebagai seorang isteri, ibu, anak, guru dan sahabat. Insya-Allah kita bertemu nanti di alam barzakh, padang mahsyar dan sama-sama masuk syurga.
“Terima kasih kepada semua yang membantu urusan jenazah, bantu sediakan makanan, memberi sumbangan, berkongsi perasaan dan mendoakan arwah bidadari saya, jika ada dosanya, mohon ampunkan. Jika ada hutang arwah pada kalian, maklumkan pada saya,” tulisnya lagi.
Ustazah Shadiya Abbas meninggal dunia secara mengejut akibat sesak nafas pada jam 5.05 pagi, di Hospital Sungai Buloh pada hari Ahad.
Allahyarham pernah menjadi tetamu jemputan di radio Zayan berkongsikan pengalamannya ketika terlibat dalam sebuah kemalangan jalan raya yang parah dan kisah ketika dirawat di Wad Kecemasan.
Sumber: FB MK Azman via rimbabara
SEMASA
“8 Hari Selepas Pemergiannya, Suami Baru Tahu Arwah Rupanya Ada Anak Angkat” – Kisah Alang Eppy Buat Ramai Sebak

“8 Hari Selepas Pemergiannya, Suami Baru Tahu Arwah Rupanya Ada Anak Angkat Dan Banyak Bersedekah Dalam Diam”
Ada waktu, Allah memperlihatkan kepada kita betapa luasnya kebaikan seseorang hanya selepas dia pergi.
Begitulah kisah menyentuh hati seorang wanita bernama Afenorain, atau lebih dikenali sebagai Alang Eppy, yang menghembuskan nafas terakhir pada 5 April 2026 selepas bertarung dengan kanser usus tahap empat.
Penyakit yang dihidapinya dikesan kira-kira seminggu sebelum cuti sekolah tahun lalu di sebuah hospital swasta di Kota Kinabalu. Ketika itu, sel kanser sudah sangat agresif dan telah merebak ke paru-paru serta hati.
Namun di sebalik kesakitan yang ditanggung, Alang tetap dikenali sebagai seorang wanita yang lembut hati, suka membantu, suka memberi dan tidak pernah berkira dengan sesiapa.
Malah, suaminya sendiri, Muhamad Naim, mengakui masih banyak kebaikan isterinya yang hanya diketahui selepas pemergiannya.
“Sepanjang saya mengenalinya, saya tahu dia seorang yang sangat lembut hati. Dia suka memberi, suka membantu dan suka menggembirakan orang lain.
“Tetapi banyak kebaikannya tidak pernah dia ceritakan. Dia tidak menjadikan amalnya sebagai cerita. Dia hanya melakukannya dengan diam, dengan ikhlas dan dengan hati yang penuh kasih,” tulisnya.
Lebih menyentuh hati, lapan hari selepas pemergian isterinya, Naim menerima mesej menerusi nombor telefon arwah daripada pihak Baitus Solehah.
Ketika itulah beliau mengetahui bahawa arwah isterinya selama ini banyak menyumbang kepada rumah kebajikan tersebut.
Bukan itu sahaja, Alang juga rupanya mempunyai seorang anak angkat bernama Saad yang kini sudah berusia tujuh tahun.
Menurut Naim, isterinya sentiasa mengikuti perkembangan Saad sejak kecil. Malah setiap kali Saad menyambut hari lahir, arwah pasti akan menghantar hadiah dan tidak pernah lupa bertanya khabar.
“Alang follower page Baitus Solehah dan selalu ikuti perkembangan Saad. Alang ikuti perkembangan Saad dari Saad bayi,” kongsi pihak Baitus Solehah.
Lebih membuatkan ramai sebak apabila pihak Baitus Solehah sendiri memaklumkan bahawa segala sedekah jariah yang dilakukan Alang akan terus menjadi teman buatnya di alam barzakh.
“Sedekah dalam senyap. Alhamdulillah, itulah amalan yang orang tak tahu,” tulis mereka.
Dalam satu lagi perkongsian yang sangat menyentuh hati, Naim berkata dia kini sedar ada manusia yang hidupnya tidak pernah riuh. Tetapi apabila dia pergi, barulah orang nampak betapa banyak kebaikan yang telah ditinggalkan.
“Arwah isteri saya sudah tiada di sisi saya. Tetapi hari ini, saya melihat sendiri bahawa kasihnya masih hidup. Kebaikannya masih berjalan. Dan jejak amalnya masih menyentuh hati orang lain.”
Menurutnya lagi, kehilangan paling berat ialah apabila seseorang yang terlalu baik dipanggil pulang, lalu yang tinggal hanyalah rindu, kenangan dan doa yang tidak pernah putus.
Pemergian Alang bukan sahaja meninggalkan luka buat suami dan keluarga, malah membuatkan ramai tersentuh dengan kisah hidupnya yang penuh kasih sayang.
Naim sendiri memaklumkan bahawa pada hari terakhir isterinya, dia menjadi imam solat jenazah, mengusung sendiri keranda arwah ke kubur dan turun sendiri ke liang lahad untuk menyempurnakan persemadian wanita yang paling dicintainya itu.
“Setiap satunya terlalu berat untuk abang lalui. Tetapi sebagai suami, itulah tanggungjawab terakhir yang abang mampu lakukan untuk sayang.”
Di antara sijil nikah dan sijil kematian, tersimpan seluruh kisah cinta mereka.
Ada kasih, ada pengorbanan, ada sabar, ada air mata dan terlalu banyak kenangan yang belum sempat dihabiskan bersama.
Namun di sebalik semua kesedihan itu, Alang meninggalkan sesuatu yang jauh lebih besar daripada harta dan kemewahan.
Dia meninggalkan nama yang baik.
Dia meninggalkan doa.
Dia meninggalkan sedekah jariah.
Dan dia meninggalkan bukti bahawa kebaikan yang dibuat dalam diam, akhirnya akan tetap dikenang walaupun tuannya sudah tiada.
Semoga Allah mengampunkan segala dosa Alang Eppy, menerima segala amal baiknya, melapangkan kuburnya dan menempatkannya dalam kalangan orang-orang yang beriman.
Al-Fatihah.
SEMASA
“Ramai Terkejut Nampak Kereta Remuk Di Tepi Highway, Rupanya Siti Nurhaliza Ada Dalam Kereta Itu”
SEMASA
Ustaz Kazim Masuk ICU, Saluran Jantung Sempit

Ustaz Kazim Masuk ICU, Saluran Jantung Sempit
Penceramah bebas terkenal, Datuk Mohammad Kazim Elias atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim kini menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU) sebuah hospital swasta di Ipoh selepas mengalami masalah saluran jantung sempit.
Perkembangan tersebut dikongsikan oleh abangnya, Datuk Mohd Najmuddin Elias menerusi satu hantaran di Facebook pada Rabu.
Menurut beliau, Ustaz Kazim, 54, dimasukkan ke hospital selepas mengalami kesakitan yang teramat sangat sebelum doktor mengesahkan terdapat saluran jantung yang sempit dan memerlukan prosedur khas bagi melancarkan aliran darah.
“Ya betul, sekarang di ICU selepas dimasukkan belon bagi melancarkan dan meluaskan saluran jantung yang sempit.
“Selepas satu belon dimasukkan, doktor mendapati terdapat satu lagi saluran sempit yang memerlukan tambahan satu belon lagi,” katanya.
Difahamkan, prosedur memasukkan belon dilakukan bagi membantu membuka saluran darah yang tersumbat atau sempit supaya aliran darah ke jantung kembali lancar.
Berita mengenai keadaan Ustaz Kazim itu nyata mengundang rasa sedih dan bimbang dalam kalangan masyarakat, khususnya para pengikut ceramah beliau yang sentiasa mengikuti perkongsian ilmu dan dakwah disampaikan.
Sejak sekian lama, Ustaz Kazim dikenali sebagai antara tokoh dakwah yang aktif menyampaikan ceramah agama di seluruh negara. Selain itu, beliau juga merupakan Pengasas dan Pengetua Pusat Pendidikan Al Barakah yang banyak melahirkan pelajar dan menjadi pusat penyebaran ilmu.
Menurut Mohd Najmuddin, buat masa ini pihak hospital tidak membenarkan lawatan daripada orang ramai kecuali isteri beliau.
“Buat masa ini pihak hospital tidak membenarkan lawatan kecuali isteri beliau,” katanya.
Beliau turut merayu kepada seluruh peminat, pencinta ilmu dan masyarakat agar bersama-sama mendoakan kesembuhan Ustaz Kazim.
“Saya merayu kepada semua peminat dan pencinta ilmu supaya solat hajat dan berdoa agar beliau kembali sembuh demi meneruskan usaha dakwah dan menguruskan Pusat Al Barakah yang diterajuinya,” katanya.
Orang ramai kini terus menanti perkembangan terkini mengenai keadaan Ustaz Kazim dan berharap beliau segera pulih seperti sediakala.
Semoga Allah SWT mengurniakan kesembuhan buat Ustaz Kazim dan mempermudahkan segala urusannya.
Video Penuh :
Keluarga6 years agoSering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
Resepi Viral6 years ago10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
AGAMA7 years agoSatu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
AGAMA7 years agoSatu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
AGAMA6 years agoCara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
AGAMA6 years agoCara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
AGAMA6 years agoNafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.
AGAMA7 years ago5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah












