KESIHATAN
Lelaki Ini Kongsi 8 Pesanan Elak Serangan Jantung Di Usia Muda, Jantung Pemuda Ini Pernah Terhenti Selama 10 Saat
Lelaki Ini Kongsi 8 Pesanan Elak Serangan Jantung Di Usia Muda, Jantung Pemuda Ini Pernah Terhenti Selama 10 Saat
Jangan pelik sekiranya korang melihat individu yang aktif bersukan juga turut berhadapan dengan penyakit serangan jantung. kini masyarakat sudah lebih peka terhadap penyakit serangan jantung yang bukan hanya menyerang pada golongan berusia, malah seawal usia muda juga tidak terkecuali.
Bila tak jadi pada diri sendiri dan keluarga, kita mungkin tidak mengambil pusing akan situasi-situasi seperti ini, namun lebih baik setidaknya korang ambil tahu dan cuba untuk menjalani kehidupan yang lebih sihat.
Seperti yang telah dikongsi oleh seorang pemuda di laman Facebook dikenali sebagai Ya Muhammad, dia seperti ‘mati hidup semula’ selepas jantungnya berhenti selama 10 saat.
ENCIKKK ENCIKKKKKK BANGUN…
Encik Muhammad sedar tak ni?
Saya lihat bilik pembedahan menjadi kecoh.
Ada yang menjerit-menjerit, sampai ada yang mencarut “shittt” dalam nada seperti ada sesuatu yang besar baru sahaja berlaku tadi.
Selepas itu Dr Imran bagitahu, jantung tuan Muhammad dah berhenti selama 10 saat tadi.
Itulah pengalaman yang diceritakan oleh Muhammad tentang serangan jantung yang dilaluinya baru-baru ini. Lelaki ini juga menasihatkan kepada orang ramai, khususnya anak muda supaya menjaga kesihatan dan menjalani kehidupan yang sihat.
Dia turut berkongsi 8 pesanan kepada masyarakat supaya boleh kurang risiko terkena serangan jantung di usia muda.
1. Saya dah mula tidur lewat sejak umur 16 tahun
2. Biasa 2-3 kali sebulan, saya tak tidur 24/48 jam
3. Saya suka buat kerja sampai lewat pagi
4. Saya peminat kopi, tak putus kafein
5. Saya suka makan pedas, maklumlah orang Melaka. Jadi kalau makan tiada yang pedas memang tak lengkap makanan itu bagi saya
6. Saya terlalu suka makan makanan laut, lagi-lagi udang dan sotong
7.Saya suka makanan bergoreng dan berminyak
8. Saya dah lama tak bersenam
Tambahnya lagi, sewaktu di wad hanya dia seorang sahaaja berumur 27 lebih, yang lain semuanya pesakit berumur antara 50,60, 70 dan 80 tahun. Dia tidak mahu rakan-rakan yang lain turut terkena kerana ianya sangat menyakitkan.
Dengan perkongsian ini diharap korang semua jadi lebih peka dan elak mengamalkan gaya hidup tidak sihat seperti yang telah disenaraikan oleh Muhammad ini.
Lebih baik mencegah sebelum terkena.
Sumber: remaja
- Resepi Viral5 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga5 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA5 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA5 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA5 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA5 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA5 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah
- AGAMA5 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.