Kisah
‘LELAKI’ Hamil Kongsi Pengalaman Melahirkan Dua Orang Anak

‘LELAKI’ Hamil Kongsi Pengalaman Melahirkan Dua Orang Anak
Jika ada lelaki yang mendakwa boleh melahirkan anak maka kemungkinan besar dia bukan lelaki yang sebenar. Lelaki tidak boleh melahirkan anak dan hanya kaum wanita sahaja yang boleh hamil dan melahirkan anak.
Seorang Individu di Texas, Amerika Syarikat menarik perhatian ramai apabila berkongsi pengalaman melahirkan dua anak.
Namun, apa yang peliknya, dia sebenarnya adalah lelaki transgender iaitu wanita yang menukar jantina kepada lelaki, tetapi masih memiliki rahim.
Portal Metro UK melaporkan Kayden Coleman, 34, mempunyai dua anak berusia tujuh tahun dan 10 bulan dengan pasangannya.
Dia suka menjadi ‘bapa’ tetapi Kayden juga berkongsi pengalaman ‘trauma’ yang dilaluinya ketika hamil.
Kayden mendedahkan dia ditawarkan untuk menggugurkan kandungan itu beberapa kali.
Dia memulakan proses menukar jantina pada 2009, tetapi tidak membuang organ pembiakan wanita.
Pada Mac 2013, dia menjalani mastektomi untuk membuang payudaranya dan terpaksa berhenti mengambil hormon testosteron buat sementara waktu.
Ketika itu, dia terkejut apabila mengetahui sudah mengandung lima bulan sebelum melahirkan anak pertamanya pada 2014.
Dia sekali lagi mendapati dirinya hamil dan ketika itu mempunyai teman lelaki bernama Dominique.
Menurutnya, ramai tidak tahu dia mengandung kerana menganggap perutnya membesar kerana pertambahan berat badan.
“Mereka fikir perut saya buncit ini kerana gemuk,” katanya.
Kayden turut mengakui dia pernah bergelut dengan kemurungan lepas bersalin seperti dialami oleh sesetengah wanita.
Sumber: Harian Metro
- Resepi Viral5 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga5 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA5 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA6 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA6 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA5 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA6 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah
- AGAMA5 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.