Kisah
Viral Lelaki Berjubah Dan Berkopiah, Tapi Di Leher Ada Tatu Red Rose
Viral Lelaki Berjubah Dan Berkopiah, Tapi Di Leher Ada Tatu Red Rose
Siapa kita untuk menghakimi masa lampau seseorang?
Malah, darjat setiap individu di sisi Allah juga merupakan satu rahsia yang tidak diketahui sesiapa.
Begitulah yang dapat digambarkan mengenai sekeping foto yang dimuat naik oleh Muhammad Zulhazim Hazli, 27, menerusi laman Facebook pada Rabu.
Menerusi foto itu, kelihatan seorang pemuda mualaf lengkap berjubah dan memakai kopiah sedang mengambil minuman untuk berbuka puasa di Masjid Al-Syakirin, Gombak.
Apa yang menariknya, pemuda itu memiliki tatu di bahagian lengan dan di lehernya nampak jelas ukiran tatu bunga ros besar.
Perkongsian itu pantas dikongsi pelayar Facebook dan tular kerana ia disifatkan sebagai sesuatu yang cukup menyentuh jiwa.
Lelaki Berjubah
Menurut Muhammad Zulhazim, dia sempat sempat berborak ringkas dengan pemuda itu sewaktu hadir untuk berbuka puasa di masjid berkenaan.
“Saya kongsi kisah dia sebab pernah ada kawan Melayu yang bertatu. Di awal penghijrahan kawan saya tu, ada yang pandang buruk.
“Saya sampai masjid, terus nampak dia. Tak ada apa pun pada pandangan saya sebab dah terbiasa, tapi sempat borak dan ambil gambar dia.
“Pada hari tu semua mengalu-alukan dia, cuma mula-mula tu nampak macam dia tak ada kawan, saya pergi tegur. Dia jenis pemalu orangnya,” ujarnya ketika dihubungi pada Khamis.
Menurut Muhammad Zulhazim lagi, mualaf berkenaan baru memeluk Islam sekitar dua tahun lepas.
Namun, dia tidak sempat bertanyakan nama Lelaki Berjubah dan asal usul pemuda itu kerana kekangan masa.
“Jumpa masa nak ambil juadah berbuka. Dia ambil makanan tak banyak. Kuih muih dan kurma sahaja, dia makan pun sekejap.
“Saya pula ambil nasi. Jadi lama masa saya kat meja, lepas tu tak sempat jumpa dah,” ujar Muhammad Zulhazim lagi.
Mengulas posting tular itu, Muhammad Zulhazim berkata, dia sekadar membuat perkongsian itu di Facebook sebagai peringatan bersama.
Malah, dia juga mengharapkan agar tiada pihak yang memandang serong terhadap pemuda Lelaki Berjubah itu serta mualaf-mualaf lain.
“Tak mahulah lah saudara baharu kita menerima tohmahan. Bukannya dia lahir terus Islam, dia tak ada pengetahuan lagi sebelum ini.
“Kalau dia kena macam tu (tohmahan), apa pula pandangan dia terhadap Islam,” ujarnya lagi.
Sehingga Khamis, perkongsian itu menerima lebih 1,400 tanda suka (likes) dan dikongsi lebih 1,000 pelayar Facebook.
“Jom doakan untuk Lelaki Berjubah ni. Hari ni abang berbuka kat masjid, nampak adik ni macam tak ada kawan.
“Dia mualaf baru dua tahun peluk Islam. Bertatu itu perbuatannya haram, yang mana dah buat, jika nak buang tak punya kewangan atau mendatangkan kemudaratan, tidak mengapa.
“Segala amal ibadah dikira sah. Jika boleh tutup, maka tutup bagi menghindari fitnah. Bertatu sah ya solat apa semua. Yang hairan tu, tak bertatu, tak solat, tak puasa,” tulis Muhammad Zulhazim menerusi laman Facebook miliknya.
Dalam pada itu, rata-rata netizen turut meninggalkan komen berhubung perkongsian itu.
“Allah tak tengok permulaan dia tapi Allah tengok pengakhiran dia. Semoga terus kuat saudara,” tulis Asyraf Wahid.
“Semoga adik tu terus istiqamah dalam mendalami ajaran Islam, Amin,” tulis @Cik Deedania Dania.
“Tuhan nak bagi hidayah kepada Lelaki Berjubah berkenaan. Kita ni kadang tak bertatu tapi masjid jauh sekali,” tulis seorang lagi netizen.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Majalah ilmu
Sumber : mstar dan fb Muhammad Zulhazim Hazli
- Resepi Viral4 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga5 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA5 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA5 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA5 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA5 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA5 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.
- AGAMA5 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah