Connect with us

Resepi Viral

Langkah lengkap Resepi Aiskrim malaysia ala aiskrim Magnum mahal rugi tak cuba.

Avatar of majalahilmu

Published

on

Langkah lengkap Resepi Aiskrim malaysia ala aiskrim Magnum mahal rugi tak cuba.

Langkah lengkap Resepi Aiskrim malaysia ala aiskrim Magnum mahal rugi tak cuba.

Siapa tidak kenal aiskrim magnum coklet kegemaran rakyat mehnah malaysia. Cokletnya yang rangup rasa vanila nya yang asil.. perhh leleh air liur.. kena dengan cuaca panas malaysia ne pehh.. sedap beb.. tapi bagi rakyat2 biasa aiskrim magnum ne agak mahal kalau nak di bangingkan dengan aiskrim lain. bukan semua golongan mampu beli hari2. Tapi jangan risau menerusi perkongsian seorang wanita di laman face book nya Raja Amanina, telah berkongsi resepi Aiskrim malaysia ala aiskrim magnum mahal dan telah mendapat hampir 7k share.

v 1

Jom kita tengok resepi aiskrim magnum yang dikongsikan oleh Raja Amanina ni.

RESEPI AISKRIM MALAYSIA ALA MAGNUM

Inilah kejadian aiskrim ala Magnum yang dibuat malam tadi. Dah selamat mengeras dengan jayanya. Memang terbaikk!

Ni cara nak buatnya.

BAHAN UNTUK AISKRIM VANILA

  • 2cawan whipping krim (dairy)
  • *Saya guna whipping krim aiskrim lagi gebu lagi putih nak guna susu cair @ susu fullcream pun boleh je\
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 1 sudu kecil ovellate
  • Sedikit esen vanila

BAHAN UNTUK SALUTAN COKLAT

  • 350gm coklat masakan & dark chocolate (apa-apa brand pun boleh je. Saya guna yang timbang kilo je lebihan buat almond london).

CARA-CARA

PUTAR / BLENDER BAHAN AISKRIM VANILA

  • Mula-mula campurkan kesemua bahan lepastu putar dengan mixer @ blender hingga kembang gebu (saya pakai blender je).
  • Mixer @ blender hingga adunan jadi kembang 2 kali ganda.

FB IMG 1563950900381

DOUBLE BOIL COKLAT

  • Kemudian double boilkan coklat hingga cair.
  • Tunggu coklat suam sikit.

RATAKAN COKLAT DALAM PLASTIK AISKRIM

  • Seterusnya masukkan coklat yang dah double boil tadi ke dalam piping bag.
  • Lepas tu picit ke dalam plastik aiskrim dan ratakan.
  • Agak-agak je tak nipis sangat tak tebal sangat.

Jangan risau salutan coklat tu tak perlu mengeras. Kalau tunggu mengeras nanti dia tak bersalut dengan ais krim.

FB IMG 1563950903301

TUANG ADUNAN AISKRIM

  • Disebabkan coklat tu pekat, jadi bila ratakan dalam plastik tu, coklat akan melekat kat keliling plastik. Tengah-tengahnya automatik kosong sebab tu boleh tuang aiskrim kat tengah.
  • So boleh tuang macam biasa. Kalau dah mengeras nanti dia tak bersalut dengan ais krim.
  • Kalau nak lagi senang buat pendek-pendek je. Saya potong sikit plastik aiskrim tu.

FB IMG 1563950898048

SEJUKKAN

  • Akhir sekali sejukkan dalam peti ais selama 5-6 jam atau semalaman. Siap.
  • Bila dah sejuk, macam nilah kejadiannya.

FB IMG 1563950895428

FB IMG 1563950891801

Subahanallah, sedap teruk TERLIUR TENGOK!

Sumber : myinfomaya

Apa Kata Anda? Lontar kan pendapat dan pandangan anda di ruang komen dibawah. Segala pandangan dan pendapat anda kami hargai. Terima kasih. @Majalah ilmu.

 

 

 

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

MAJALAH ILMU