KESIHATAN
Labu Baik Untuk Kesihatan Bayi
Labu Baik Untuk Kesihatan Bayi
Tahukah anda bahawa Rasulullah S.A.W amat menyukai buah labu dan menjamu sebagai hidangan yang istimewa kepada sahabat-sahabatnya. Baginda sendiri menyuruh isterinya, Aisyah R.A supaya memasukkan labu di dalam masakannya.
ia juga adalah antara makanan favourite yang akan tersenarai dalam diet bayi. Ia sesuai dijadikan puri, dilenyek kasar atau dibuat bubur, malah ia juga boleh diberi sebagai finger food untuk bayi yang dah ada gigi.
Jadi, tak hairanlah ia sering menjadi pilihan makanan oleh ibu untuk bayi.
sejenis sayuran yang sangat popular di Malaysia dan sering digunakan dalam pelbagai jenis masakan. Terdapat beberapa jenis yang biasa ditemui,
Berikut adalah beberapa maklumat penting mengenai :
Labu Kuning (Cucurbita moschata):
- Bentuknya bulat atau lonjong dengan kulit berwarna kuning atau oren.
- Isinya berwarna oren dan mempunyai tekstur yang lembut serta rasa yang manis.
- Sering digunakan dalam pembuatan kuih-muih, sup, dan sayur masak lemak.
Labu Air (Benincasa hispida):
- Bentuknya besar dan lonjong dengan kulit yang hijau.
- Isinya putih dan berair.
- Sering digunakan dalam masakan seperti sup dan tumisan.
Labu Manis (Cucurbita pepo):
- Bentuknya lebih kecil dan kulitnya keras serta berwarna hijau, kuning, atau oren.
- Isinya manis dan berwarna kuning atau oren.
- Boleh digunakan dalam hidangan pencuci mulut, pai, atau sekadar dipanggang.
Tahukah ibu apa khasiat labu untuk bayi?
Kelebihan :
Berikut adalah antara khasiat secara umum.
Secara spesifiknya, Ia amat baik untuk bayi disebabkan kelebihan-kelebihan seperti :
1. Rasanya yang sedap Manis berlemak.
Kebanyakan bayi mudah menerimanya sebagai makanan pertama mereka. Ini kerana rasanya yang lemak manis dan tidak begitu kuat berbanding buah-buahan atau sayuran lain.
Selain itu, teksturnya amat lembut apabila dikukus atau dijadikan puri. Ia juga jarang menjadi penyebab alahan kepada bayi.
2. Baik untuk Sistem pencernaan
Mempunyai kandungan fiber / serat serta karbohidrat kompleks yang bagus untuk melancarkan fungsi penghadaman bayi.
Pengambilanya secara sederhana dapat membantu bayi membuang air besar dan turut mengelakkan sembelit.
3. Baik untuk Penglihatan bayi.
Warna kuning dan oren pada buah labu sebenarnya berasal dari komponen beta-karoten dan vitamin A yang berfungsi menjaga kesihatan mata bayi.
Selain itu, kehadiran lutein dan zeaxanthin pada is kuning juga berguna untuk melindungi permukaan mata dan membran mata daripada jangkitan.
4. Baik Untuk Sistem Pertahanan Badan.
Ia kaya dengan kandungan zat besi, asid folik, serta vitamin A, vitamin C, dan vitamin E yang merupakan antioksidan.
Semua nutrisi ini berfungsi untuk memperkuatkan sistem pertahanan tubuh bayi.
5. Membantu bayi tidur lena.
Menurut The Baby Sleep Site, Ia juga memiliki komponen unik yang digelar tryptophan yang membantu tubuh menghasilkan serotonin.
Serotonin berfungsi sebagai neurotransmitter iaitu sejenis bahan kimia yang dikaitkan dengan kegembiraan, rasa tenang dan relaks.
Kehadiran serotonin serta asid amino dalam labu dikatakan boleh menggalakkan bayi untuk tidur lebih lena!
6. Baik untuk kesihatan bayi.
Selain baik untuk mata, beta-karoten yang terkandung pada buah tersebut juga bertindak sebagai pelindung semulajadi pada kulit bayi.
Di samping itu, vitamin A dan vitamin C pada buah juga berperanan dalam proses pembentukan kolagen yang mengekalkan keanjalan dan kesihatan kulit bayi.
7. Baik untuk kesihatan tulang yang kuat.
Banyak lagi khasiatnya untuk bayi yang amat sesuai bagi perkembangan bayi.
Kalsium dan magnesium menggalakkan tulang yang kuat, zat besi membantu pembentukan sel darah merah, manakala fosforus menggalakkan fungsi otak.
Turut di sediakan Resepi Puri Untuk Bayi Anda :
Labu adalah sayuran yang versatile dan mudah untuk diolah menjadi pelbagai hidangan yang amat menyelerakan.
Ia boleh dimasak melalui beberapa cara seperti merebus, mengukus atau dibakar dalam ketuhar.
Cara paling biasa untuk membuat bubur atau purée labu adalah seperti langkah berikut:
- Mula-mula kupas kulit labu, cuci, dan potong labu menjadi dadu.
- Setelah itu, rebus atau kukus labu hingga lembut, lalu angkat dan ditos.
- Langkah selanjutnya adalah melenyek labu dengan sudu / senduk atau mengisarkannya dengan blender.
- Ibu boleh menambah susu formula atau susu perahan ibu untuk menambahkan rasa lemak.
Cara Penanaman
Penyediaan Tanah: memerlukan tanah yang subur dan mempunyai saliran yang baik. Tanah perlu dicampurkan dengan kompos atau baja organik untuk meningkatkan kesuburannya.
Penanaman: Biji benih perlu disemai dalam lubang yang telah disediakan. Pastikan jarak antara lubang adalah sekitar 1-2 meter kerana pokok memerlukan ruang yang luas untuk menjalar.
Penyiraman: memerlukan penyiraman yang kerap, terutama semasa musim kering. Namun, pastikan tanah tidak terlalu lembap untuk mengelakkan akar daripada reput.
Pembajaan: Pembajaan secara berkala dengan baja organik atau baja kompos boleh membantu pertumbuhan pokok yang subur dan berbuah banyak.
Majalahilmu: Khasiatnya pun banyak. Jadi lepas ni bolehlah perkenalkan labu puri untuk si kecil ya! Dengan memahami lebih lanjut, anda boleh menghargai nilai nutrisi dan kepelbagaian penggunaannya dalam masakan harian. bukan sahaja sedap, tetapi juga membawa pelbagai manfaat kesihatan.
Jika sukakan artikal ini jangan lupa share komen dan like di Fb Majalah Ilmu. Terima kasih kerana membaca. selamat mencuba.
- Resepi Viral5 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga5 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA5 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA5 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA5 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA5 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA5 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah
- AGAMA5 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.