SEMASA
Kubur Upin Ipin Di Mantikulore, Palu, Sulawesi Tengah, Indonesia Tiada Kaitan Dengan Siri Animasi Upin Ipin Di Malaysia
Kubur Upin Ipin Di Mantikulore, Palu, Sulawesi Tengah, Indonesia Tiada Kaitan Dengan Siri Animasi Upin Ipin Di Malaysia
Media sosial diserikan dengan berita viral mengenai watak kartun ikonik Upin dan Ipin yang telah ma’ti. Tanah perkuburan yang terletak di Mantikulore di Palu, Sulawesi Tengah Indodesia, menjadi tular selepas satu video menunjukkan dua kubur tertera nama Upin dan Ipin yang merupakan watak animasi terkenal dari Malaysia.
Batu nisan yang tertera nama Upin menunjukkan tarikh meninggal dunia pada 6 Ogos 1995, manakala batu nisan Ipin pula bertarikh 2 April 1996.
Keterangan video itu juga memaklumkan siri animasi Upin Ipin yang disiarkan adalah berdasarkan cerita sebenar yang berlaku di Indonesia dan diadaptasi oleh penerbit di Malaysia.
Namun, bapa kepada Upin Ipin, Hikmah tampil memberi penjelasan.
Katanya, dia keliru pada mulanya selepas kubur dua anaknya menjadi tular dan tumpuan ramai.
“Saya dihubungi pelbagai media untuk menceritakan kisah dua anak saya berikutan nama mereka Upin dan Ipin.
“Upin meninggal dunia kerana sakit pada 1995 ketika berusia 14 hari, manakala adiknya, Ipin meninggal dunia tahun 1996 ketika berumur tiga hari juga kerana sakit.
“Anak-anak saya tiada kaitan dengan siri animasi Upin Ipin di Malaysia dan kehidupan kami tidak dijadikan jalan ceritanya,” katanya.
Selain itu, Hikmah juga memaklumkan, isterinya, Marlina yang merupakan ibu kepada anak-anaknya juga sudah meninggal dunia pada 1999 dan dikebumikan di tanah perkuburan sama.
Sementara itu, lelaki tersebut meminta orang ramai yang melawat kubur anaknya supaya mendoakan roh mereka tenang.
- Resepi Viral4 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga5 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA4 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA5 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA5 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA5 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA5 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.
- AGAMA5 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah