Connect with us

SEMASA

Khabar Duka, Pemergian Ali Salimin Yang Mesra Dengan Panggilan Abang Ali hari ini. Luahan Sedih Yusuf Azmi Ketika Dalam Perjalanan Ke Hospital

Published

on

Khabar Duka, Pemergian Ali Salimin Yang Mesra Dengan Panggilan Abang Ali hari ini. Luahan Sedih Yusuf Azmi Ketika Dalam Perjalanan Ke Hospital

Ali Salimin atau lebih dikenali sebagai Abang Ali yang juga aktivis Persatuan Pengguna Semboyan 1 Malaysia mening’gal dunia hari ini. Perkara itu dimaklumkan Pengerusi Persatuan itu, Yusuf Azmi dalam entri terbaharu di laman Facebook rasminya pagi tadi.

Menurut Yusuf, beliau kini dalam perjalanan ke Hospital Muar, Johor untuk menuntut dan memandikan jenazah Allahyarham dan memohon orang ramai mendoakan Allahyarham.

“Saya mohon semua tolong bacakan Al-Quran untuk abang saya. Beliau orang yang baik, sentiasa ada dengan saya dan telah banyak membantu keluarga saya. Jatuh dan bangun bersama, sentiasa duduk dengan saya.

Ketika saya susah, beliaulah antara orang yang ada dengan saya ketika saya jatuh,” kata Yusuf dalam sesi live sebentar tadi.

Takziah diucapkan buat keluarga Allaharyarham. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmatNya dan ditempatkan di kalangan orang-orang beriman.

Ini Kata Kata Yusuf Azmi

abang ali 740x387 1

“MOHON DOA RAMAI, SEMOGA ALLAHYARHAM ABG ALI DITEMPATKAN DALAM KALANGAN ORANG BERIMAN

Saya Yusuf Azmi mohon doa saudara-saudari semua bermurah hati sedekahkan surah Al-Fatihah buat Allahyarham Ali bin Salimin.

Ya Allah, ampunilah dosanya, berilah rahmatMu ke atasnya, Sejahtera Dan maafkanlah dia…”

Al-fatihah

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم

ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞امين

Kembalinya seorang insan yang terkenal dengan sikap ramah, bertanggungjawab, mesra, penyayang dan baik hati kini kepada penciptaNya.

Semoga arwah tenang bersemadi dan ditempatkan di syurga yang penuh nikmat Allah SWT.. Amin ya rabbal a’lamin” – Yusuf Azmi

Sumber : Siakap Keli / Yusuf Azmi

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

2024 Majalah Ilmu © Hak Cipta Terpelihara.