Pendidikan
Kita Pinjam 20k bayar 20k Sahaja, Pas Cadang Hapus Riba Dalam PTPTN.

Kita Pinjam 20k bayar 20k Sahaja, Pas Cadang Hapus Riba Dalam PTPTN.
Kali ini admin majalah ilmu bukan la hendak berpolitik. Hanya menjadi suara kepada golongan anak muda yang kini di bebani masalah pinjaman PTPTN. Bukan isu mahukan Pinjaman di lupuskan tetapi mahukan kerajaan memudahkan kaedah pembayaraan yang tidak membebankan golongan muda. Sejak daripada zaman manifesto Pakatan Harapan sehinggalah kini kita diterajui oleh kerajaan baru iaitu, Perikatan Nasional. Isu yang sering kali naik adalah berkenaan pembayaran pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
Berkenaan isu tersebut, PAS yang kini bersama dengan gabungan pimpinan baru, berharap agar unsur riba dalam pembayaran PTPTN dapat dihapuskan.
Mansuh Unsur riba dalam PTPTN
Menurut Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Ahmad Yakob, peminjam PTPTN hanya perlu membayar jumlah pinjaman sahaja. Itulah, antara usaha yang boleh dilakukan agar peminjam mampu melunaskan hutang.
Kata Beliau : “Sekiranya kerajaan (diterajui Perikatan Nasional) hari ini tidak dapat menyelesaikan isu (menghapuskan hutang) PTPTN, jika dapat selesaikan tanpa riba pun sudah okay…”
Hutang dalam Islam wajib bayar
Apabila berhutang wajib untuk kita melunaskan, itu juga termaktub dalam syariah Islam, begitu juga dengan konsep PTPTN. Cuma ramai kini sukar membayar semula kerana jumlah yang makin banyak kerana interest bertambah.
“Isu (PTPTN) ini, jangan kata pengecualian sebab (dalam Islam) bila pinjam kena bayar, cuma jangan dikenakan riba…”
Cadangan tersebut bagaikan sinar baru buat para peminjam, rata-rata rakyat Malaysia menyokong bahawa riba perlu dihapuskan dalam bayaran PTPTN.
Namun untuk pengetahuan para pembaca Majalah ilmu, Kerajaan Terenganu di bawah pemerintahan pas telah melancarkan tabung pinjaman patuh syariah yang bakal memberi manfaat kepada usahawan-usahawan di negeri berkenaan pada tahun 2019 lalu dan disambut baik oleh masyarakat terengganu.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Keusahawan, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Mohd Nurkhuzaini Abd Rahman, tabung berkenaan yang dikenali sebagai Tabung Usahawan Sejahtera (TUGAS) akan diletak dibawah pengurusan Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU).
Lebih istimewa, tabung berkenaan akan memberikan pinjaman kepada usahawan-usahawan yang layak bermula daripada usahawan kecil sehinggalah usahawan skala besar tanpa sebarang caj dan faedah.
“Kita memberi pinjaman (kepada usahawan) yang berbentuk patuh syariah.
“Kita tidak mengenakan sebarang kadar faedah kepada mereka ini (usahawan), pinjam RM10,000, bayar RM10,000, pinjam RM30,000, bayar RM30,000,” jelasnya.
Insentif hasil idea daripada kerajaan Terengganu ini menawarkan geran pinjaman bermula daripada RM 1,000 sehinggalah RM 30,000 melibatkan dana sebanyak RM 15 juta dengan RM 5 juta diperuntukkan kepada YPU.
TUGAS merupakan sebahagian daripada 20 manifesto yang ditawarkan oleh PAS Terengganu dalam manifesto ketika Pilihan Raya Umum lepas sekiranya berjaya mengambil alih kerajaan negeri daripada Barisan Nasional.
Majalah ilmu : Kesimpulannya, cadangan Pas untuk menghapuskan riba dalam PTPTN di sambut baik oleh anak muda. Kesan akan datang akan lebih ramai peminjam akan berusaha membayar pinjaman mereka. admin doakan agar kerajaan baharu ini akan melaksanakan cadangan yang baik ini.
Jangan lupa share artikal ini. Semoga kerajaan baharu ini akan melaksanakan cadangan yang baik ini.
Sumber : Metro harian, Siakap keli
-
AGAMA1 year ago
Ilmu Pagar Rumah Dengan Surah Yassin Ayat 9
-
Petua1 year ago
Air Nanas Panas boleh menyelamatkan Anda seumur hidup
-
Resepi Viral10 months ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
-
Keluarga1 year ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
-
AGAMA2 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah
-
Keluarga1 year ago
Bahagiakan isteri adalah sedekah terbaik seorang suami, Rugi Tak Amalkan.
-
AGAMA2 years ago
Jgn lupa amalkan Doa Nabi Yunus, Semoga dipermudahkan keluar dari kesul1 tan hidup.
-
Keluarga3 months ago
Caranya ‘Packing’ Duit Baki Beli Lauk Ikut Tarikh, Elak Boros Berbelanja.