SEMASA
Kiamat Iklim 2040 Bencana Pemanasan Global Yang Mengerikan, Bakal Melanda Dunia Termasuk Malaysia

Kiamat Iklim 2040 Bencana Pemanasan Global Yang Mengerikan, Bakal Melanda Dunia Termasuk Malaysia
Baru-baru ini kecoh dengan berita bencana yang dipanggil kiamat iklim 2040 yang diramalkan bakal berlaku di seluruh dunia termasuk Malaysia. Apakah kesahihannya dari segi sains dan agama? Bagaimana ia boleh berlaku? Ikuti perkongsian ini sehingga ke penghujung.
Apakah kiamat iklim 2040?
Kiamat iklim 2040 adalah bencana yang dikatakan akan berlaku akibat dengan pemanasan global yang terlampau sehingga menyebabkan bongkah ais di Kutub Utara dan Antartika semakin mencair selain gunung berapi menjadi aktif mendadak.
Manakala 2040 pula bermaksud ia diramalkan akan berlaku pada tahun 2040 iaitu sekitar 18 tahun lagi dari sekarang. Mengulas tentang ais di Kutub Utara yang cair ia bukanlah sesuatu yang baru kerana isu tersebut telah lama dibangkitkan beberapa tahun kebelakangan ini.
Dahulu, lautan Artik sebenarnya ditutupi keseluruhnnya oleh ais sepanjang tahun termasuk musim panas sekalipun. Pada musim sejuk, saiz lapisan ais ini akan lebih besar sehingga meliputi Greenland dan Laut Bering.
Akibat dari kenaikan suhu yang berubah-ubah dan mendadak, lapisan ais akan bertambah kecil dan berkurang. Menurut saintis, kadar kecairan ais Greenland sangat ketara sepanjang 350 tahun yang lalu. Peningkatan suhu purata global yang berterusan makin menambah buruk situasi berkenaan.
“Pada masa akan datang, bagi setiap darjah pemanasan, kita akan kehilangan lebih banyak ais. Ia terjadi sehingga dua kali ganda atau lebih, dan lebih tinggi risikonya berbanding impak akibat darjah pemanasan yang sama sebelum ini, ” potongan ayat yang ditulis dari artikel dari kajian tersebut.
Malaysia terkesan dengan pencairan ais di Antartika
Negara yang disebut-sebut bakal terlibat langsung dengan kiamat iklim 2040 ini adalah Malaysia sendiri. Ini disebabkan oleh keadaan negara yang sudah mengalami perbezaan musim monsun yang luar dari kebiasaannya.
Apabila banjir kerap kali berlaku di Malaysia, ini membuktikan banyak tempat dan kawasan di situ rendah dan mudah ditenggalami air. Perubahan ketara ini berlaku hasil dari pemanasan global melampu lebih-lebih lagi kedudukan geografi negara di bawah garis khatulistiwa.
Kesan pemanasan global dan pencairan ais ini akan mengakibatkan rentetan bencana yang amat dahsyat termasuklah seperti limpahan ombak air laut, tsunami, banjir teruk, cuaca ekstrem berterusan, kehidupan organisma dalam laut menjadi tidak seimbang, kepupusan haiwan, padang pasir menjadi lebih besar, dan sebagainya.
Fenomena iklim paling ekstrem 2040/2041 sekadar ramalan bukan teori?
Bila sebut pasal ramalan pastinya ramai orang akan mempertikaikan kesahihannya sama ada betul atau tidak ia benar-benar berlaku pada tahun tersebut. Ikon Ais Kutub Utara, Dr Sharifah Mazlina Syed Abdul Kadir berkata kiamat iklim ini bukanlah ramalan semata-mata ketika dia melihat sendiri keadaan Antartika saat ini. Ditambah pemerhatian tersebut juga disahkan oleh para saintis dunia termasuk Rusia dan Amerika Syarikat.
“Keadaannya amat mengerikan sekali. Beberapa saintis dunia sebelum ini berkata akan berlaku iklim ekstrem sekitar tahun 2040 atau 2041. Ianya kerana pada tahun 2040, ais di Antartika akan mencari dengan sangat teruk,” ulas Dr Sharifah Mazlina.
Untuk pengetahuan anda, Antartika mempunyai saiz dua kali ganda negara Australia. Cuba fikirkan, apabila ais di Antartika cair sepenuhnya pada 2040, apa yang bakal berlaku pada dunia? Sekarang ini tebal ais Antartika yang dulu anggaran 2.3 kilometer, hanya tinggal 2.5 meter ke bawah.
Bukan itu sahaja, menurut pengalaman dari dari Dr Sharifah Mazlina yang ketika itu berada di pesisir pantai Antartika, terdapat jjga sebuah gunung berapi yang aktif dikelilingi oleh suhu panas, dan langsung tiada salji.
Jika pada bulan Mac lalu runtuhan ais di Antartika Timur yang dianggarkan seluas bandar Los Angeles (1,191.3945 kilometer persegi) boleh berlaku, tidak mustahil kiamat iklim 2040 akan berlaku sama ada cepat atau lambat atas kekuasaan Allah SWT.
Ketahui cara untuk elak pemanasan global berterusan
Tidak dinafikan, apa yang berlaku pada bumi berpunca dari gaya hidup dan sikap manusia sendiri. Yang paling biasa dilakukan adalah penggunaan plastik yang berleluasa. Plastik digunakana lalu dibuang merata-rata di tepi jalan dan dalam longkang. Sedar atau tidak plastik membawa bahaya kepada alam sekitar di tambah ia mengambil masa ratusan atau ribuan tahun untuk terurai.
Oleh kerana itu, antara langkah kecil untuk elak pemanasan global ini adalah dengan:
- Mengurangkan penggunaan plasitik dan karbon
- Penanaman pokok yang banyak dan berterusan
Bagaimana Islam menterjemahkan hura-hara fenomena alam dan akhir zaman?
Perbahasan tentang akhir zaman adalah sesuatu yang menjadi kerahsiaaan Allah SWT. Bila ia berlaku, bagaimana ia berlaku, apakah keadaan manusia saat itu semuanya bukan andaian yang boleh kita fikirkan kerana ia diluar kemampuan. Namun memetik kepada persediaan manusia yang hidup berlandaskan syariat, berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah Hadis, kita perlu percaya hari kiamat adalah salah satu dari 6 rukun iman yang wajib diyakini.
Dalam Al-Quran Allah SWT mengisyaratkan akan berlakunya gempa bumi besar pada akhir zaman menerusi firman Nya yang bermaksud: “Wahai umat manusia, bertakwalah kepada Tuhan kamu! Sesungguhnya gempa hari kiamat itu suatu perkara yang amat besar.” (Surah al-Hajj 22: 1)
Rasulullah SAW bersabda yang diriwayatkan daripada Abu Musa al-Ash’ari RA: “Umatku merupakan bangsa yang sentiasa dirahmati; ia tidak akan dihukum semasa di akhirat kerana Allah telah menurunkan hukuman semasa di dunia ini dalam bentuk pembunuhan, gempa bumi dan huru-hara.” (Hadis Riwayat Ahmad dan Al-Hakim)
Berdasarkan ayat tersebut, hura-hara dunia dan pelbagai bencana sebelum terjadinya kiamat itu bukanlah sesuatu yang pelik akan berlaku. Lantaran itu, manusia perlu kembali kepada ajaran Islam yang sebenar untuk selamat di dunia dan akhirat. Mempersiapkan diri menjelang kiamat belum tentu umur kita boleh sampai pada tarikh tersebut, tetapi persediaan untuk menghadapi kematian sesungguhnya ia tidak akan terkecuali oleh mana-mana makhluk sekali pun.
Sumber: Astro Awani
SEMASA
Namewee Ditahan Bersama Pil Ekstasi, Positif Pelbagai Jenis Dadah – Polis Sahkan

KUALA LUMPUR, 26 Okt – Polis Kuala Lumpur mengesahkan bahawa pengarah dan penyanyi kontroversi, Namewee, 42, ditahan di sebuah hotel di ibu negara bulan lalu selepas dipercayai memiliki dan menggunakan dadah jenis ekstasi.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus, berkata penahanan dibuat oleh sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi sekitar jam 4.30 petang, 22 Oktober lalu.
Ditemui Sembilan Pil Ekstasi di Bilik Hotel
Menurut Datuk Fadil, hasil pemeriksaan dalam bilik hotel berkenaan menemui sembilan biji pil berwarna biru disyaki pil ekstasi, dengan anggaran berat 5.12 gram.
“Suspek telah ditangkap dan dibawa ke IPD Dang Wangi untuk siasatan lanjut.
Ujian saringan awal air kencing mendapati suspek positif empat jenis bahan terlarang iaitu **amphetamine, methamphetamine, ketamin dan THC (ganja),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Ditahan Dua Hari, Dituduh di Mahkamah
Tambah beliau, Namewee direman selama dua hari bagi membantu siasatan sebelum dituduh di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada 24 Oktober lalu dengan dua pertuduhan berasingan di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952.
Pertuduhan pertama:
➡️ Mengikut Seksyen 39A(1) atas kesalahan memiliki dadah, yang boleh membawa hukuman penjara antara dua hingga lima tahun dan sebatan jika disabit kesalahan.
Pertuduhan kedua:
➡️ Mengikut Seksyen 15(1)(a) atas kesalahan menggunakan dadah, dengan hukuman denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara sehingga dua tahun.
“Suspek tidak mengaku bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan dan dibenarkan jaminan RM4,000 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin tempatan,” ujar Fadil.
Sebutan Semula Kes Disember Ini
Menurut beliau lagi, tarikh sebutan semula kes telah ditetapkan pada 18 Disember 2025 bagi membolehkan pihak pendakwaan dan pembelaan melengkapkan dokumen serta laporan kimia.
Kes ini mendapat perhatian meluas di media sosial memandangkan Namewee (nama sebenar: Wee Meng Chee) sebelum ini dikenali sebagai figura seni yang sering mencetuskan kontroversi menerusi karya muzik dan filemnya, termasuk Nasi Lemak 2.0 dan Babi.
SEMASA
Rakyat Malaysia Maut Ditembak Lapan Kali di Sungai Golok, Disyaki Akibat Masalah Hutang

Rakyat Malaysia Maut Ditembak Lapan Kali di Sungai Golok, Disyaki Akibat Masalah Hutang
PASIR MAS, KELANTAN, 26 Okt – Seorang rakyat Malaysia, Mohd Fuad Fahmie Ghazali, 33, maut selepas ditembak sebanyak lapan kali dalam satu kejadian di sebuah rumah di Sungai Golok, Thailand, pada petang Sabtu.
Mangsa yang berasal dari Kampung Kepas Apam, Pasir Mas, disahkan meninggal dunia sekitar jam 9 malam ketika menerima rawatan di Hospital Sungai Golok akibat kecederaan parah.
“Saya Dapat Dua Panggilan — Satu Beritahu Dia Ditembak, Satu Lagi Kata Dia Sudah Tiada”
Ibu mangsa, Zaiton Abdul Rahman, 64, berkata, dia menerima berita pemergian anak bongsunya itu daripada menantu, Wan Fatihah Mat Hussin, 35, pada malam kejadian.
“Sekitar jam 8 malam, menantu telefon beritahu Fuad kena tembak.
Belum sempat saya tenangkan diri, sejam kemudian saya dapat panggilan lagi… kali ini untuk beritahu anak saya dah meninggal dunia,” katanya dalam nada sebak.
Menurut Zaiton, arwah merupakan seorang anak yang periang dan tidak pernah menunjukkan sebarang tanda mencurigakan sebelum kejadian.
“Dia baru sahaja balik menjenguk saya beberapa minggu lalu. Tak sangka itu kali terakhir saya lihat dia,” ujarnya lagi.
Mangsa Ditembak Lapan Kali
Memetik laporan Sinar Harian Online, kejadian berlaku sekitar jam 6.40 petang (waktu tempatan) ketika mangsa berada di sebuah rumah di Sungai Golok.
Siasatan awal oleh polis Narathiwat mendapati, mangsa ditembak lapan kali di bahagian badan dan dada oleh individu yang masih belum dikenal pasti.
Mangsa sempat dibawa ke Hospital Sungai Golok oleh penduduk setempat, namun disahkan meninggal dunia beberapa jam kemudian.
Punca Dikatakan Berpunca Dari Masalah Hutang
Jurucakap polis Narathiwat memaklumkan bahawa siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berpunca daripada masalah hutang berdasarkan keterangan beberapa saksi yang berada berhampiran lokasi kejadian.
“Pihak kami masih menjalankan siasatan menyeluruh termasuk mengenal pasti suspek yang terlibat serta motif sebenar kejadian,” kata jurucakap itu.
Keluarga Tuntut Keadilan & Urusan Bawa Pulang Jenazah
Keluarga kini sedang berusaha membawa pulang jenazah Mohd Fuad Fahmie ke Malaysia untuk dikebumikan di kampung halamannya di Pasir Mas, Kelantan.
“Kami serahkan kepada pihak berkuasa untuk siasat dan bawa keadilan atas apa yang berlaku,” kata ibunya dalam nada pilu.
Difahamkan, pihak Konsulat Malaysia di Songkhla sedang membantu menguruskan proses dokumentasi dan penghantaran jenazah pulang ke tanah air.
Al-Fatihah buat Allahyarham Mohd Fuad Fahmie Ghazali. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan keluarga diberi kekuatan menghadapi kehilangan ini.
SEMASA
Ibu Allahyarham Zayn Rayyan Menangis Ketika Rayuan Hukuman, Peguam Mohon Denda Sahaja Demi Anak Bongsu Autisme

PETALING JAYA, 25 Okt — Suasana di Mahkamah Sesyen hari ini bertukar hiba apabila Ismanira Abdul Manaf, 30, ibu kepada Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matiin, tidak dapat menahan tangis ketika peguamnya membacakan hujahan mitigasi bagi merayu hukuman lebih ringan terhadap kesalahan mengabaikan anak autisme itu dua tahun lalu.
Ismanira, yang hadir berpakaian sopan dan bertudung hitam, dilihat menangis teresak-esak sepanjang prosiding, lebih-lebih lagi apabila peguam bela, Haresh Mahadevan, menyentuh mengenai nasib dan perkembangan anak bongsu pasangan itu, yang kini berada dalam jagaan keluarga saudaranya.
Tangisan Ismanira menjadi semakin kuat sehingga memaksa ibu mentuanya, yang duduk di barisan hadapan galeri awam, menghulurkan tisu bagi menenangkan menantu perempuannya itu.
“Anak Bongsu Juga Autisme, Perlukan Ibu” – Peguam
Dalam rayuan mitigasi, Haresh memohon agar mahkamah menjatuhkan hukuman denda sahaja dan bukan penjara, memandangkan hukuman berat bakal memberi kesan besar terhadap kebajikan anak bongsu Ismanira yang turut menghidap autisme.
“Anak kedua pasangan ini juga merupakan kanak-kanak istimewa seperti Allahyarham Zayn Rayyan.
Disebabkan kes ini, Ismanira hanya dibenarkan bertemu anaknya kurang daripada 48 jam seminggu.Ketika pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mengambil kanak-kanak itu, dia menangis dan berpaut kuat pada ibunya kerana enggan dipisahkan,” katanya dalam hujahan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen.
Peguam tersebut menjelaskan bahawa kanak-kanak autisme lazimnya sukar menerima perubahan drastik, apatah lagi perpisahan dengan ibu mereka, dan boleh mengalami gangguan emosi serta kemurungan sekiranya tidak disediakan sokongan psikologi yang sesuai.
“Hukuman penjara terhadap ibu ini bukan sahaja memberi kesan kepada dirinya, tetapi juga menjejaskan kesejahteraan emosi anaknya yang masih kecil.
Dalam kes seumpama ini, hukuman penjara tidak bersifat mandatori — mahkamah mempunyai budi bicara untuk menggantikan dengan hukuman denda, yang lebih berperikemanusiaan,” tambahnya.
Rayuan Masih Berlangsung
Setakat tengah hari Jumaat, prosiding rayuan hukuman masih berjalan dan dijangka disambung semula selepas rehat bagi mendengar hujahan balas daripada pihak pendakwaan.
Kes Ismanira mendapat perhatian umum selepas anak sulungnya, Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matiin, yang merupakan kanak-kanak autisme berusia enam tahun, ditemui meninggal dunia dua tahun lalu dalam keadaan mencurigakan berhampiran kediaman keluarganya di Damansara Damai.
Kematian tragis Zayn Rayyan telah mengundang simpati rakyat Malaysia dan mencetuskan perdebatan besar mengenai tanggungjawab penjagaan kanak-kanak istimewa, tekanan emosi keluarga, serta keperluan sistem sokongan yang lebih menyeluruh bagi ibu bapa yang membesarkan anak-anak autisme.
Keluarga6 years agoSering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
Resepi Viral6 years ago10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
AGAMA6 years agoSatu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
AGAMA6 years agoSatu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
AGAMA6 years agoCara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
AGAMA6 years agoCara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
AGAMA6 years agoNafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.
AGAMA6 years ago5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah













