Connect with us

SEMASA

Hanya Lantang Kritik Konsert Haram Di Arab Saudi, Bekas Imam Masjidil Haram Dipenjara 10 Tahun Serta-Merta

Published

on

bekas imam masjidil haram dipenjara

Hanya Lantang Kritik Konsert Haram Di Arab Saudi, Bekas Imam Masjidil Haram Dipenjara 10 Tahun Serta-Merta

Dunia Islam dikejutkan dengan sebuah insiden antara pihak berkuasa Arab Saudi dan bekas imam Masjidil Haram, Sheikh Saleh Al Talib. Apa yang terjadi sehingga bekas imam Masjidil Haram dipenjara dan dijatuhkan hukuman sedemikian oleh pihak makhamah? Ikuti perkongsian ini sehingga ke penghujung.

Tegur konsert haram dalam khutbah, bekas imam Masjidil Haram dipenjara

bekas imam masjidil haram dipenjara

Ulama terkemuka di Arab Saudi, Sheikh Saleh Al Talib selepas dibicarakan di Makhamah Rayuan Jenayah Khusus di Riyadh, bekas imam Masjidil Haram dipenjara 10 tahun. Pihak berkuasa telah menahan Sheikh Saleh pada bulan Ogos 2018 lalu. Hal ini kerana, dia didakwa menyampaikan khutbah yang ada berunsur kritikan terhadap badan kerajaaan yang menguruskan industri hiburan di negara “padang pasir” itu.

Baginya, apa yang dilakukan oleh kerajaan Saudi memang tidak memberikan kebaikan sama sekali. Tambahan lagi, dia tidak bersetuju dengan penganjuran konsert dan acaran hiburan yang 100% menyimpang dari norma agama dan budaya.

Menurut Kumpulan Hak Asasi berpangkalan di Amerika Syarikat, Democracy for The Arab World Now (DAWN) telah mendedahkan, Sheikh Saleh ditahan tanpa sebarang alasan sejurus menyampaikan khutbah tersebut empat tahun lalu.

Berikutan itu, ramai wartawan dan orang ternama mengecam hukuman penjara ke atasnya dan menyifatkan tindakannya sangat berani untuk menentang pembaharuan yang dilakukan di Arab Saudi.

Pernah jadi hakim terulung, biodata Syeikh Saleh

Syeikh Saleh telah dilahirkan pada 23 Januari 1974 dari keluarga di Semenanjung Arab yang terkenal dengan kecemerlangannya dalam sains, kehakiman, sains Syariah dan al-Quran. Pengalamannya sangat luas dalam ilmu undang-undang dan syariah.

Pernah bekerja sebagai hakim di makhamah tinggi di Riyadh selama tiga tahun, dan pernah juga mengalas tugas menjadi hakim di Makhamah Agung di Mekah.

Suara merdunya dalam mengalunkan ayat-ayat suci Al-Quran mendapat perhatian jutuan manusia di seluruh dunia. Ribuan mendengar khutbahnya di Youtube kerana syarahannya yang sangat baik mengajak ke arah kebaikan.

Dalang disebalik penangkapan Sheikh Saleh

bekas imam masjidil haram dipenjara

Jika anda ikuti perkembangan politik di Arab Saudi, sudah tentu nama Putera Makhota Saudi, Mohammed Salman tidak asing lagi. Hari ini Putera Makhota Saudi sedang giat meneruskan usaha mereformasi masyarakat Arab Saudi dengan menahan puluhan ulama, termasuk imam dan pemimpin terkemuka yang mengkririk misi agenda pembaharuan “topeng barat” yang dibawanya.

Mengulas lebih lanjut tentang konsert haram di Arab Saudi, ia telah berlaku dengan begitu pesat sekali dan berjaya membawa masuk doktrin baru kepada ribuan penonton. Kumpulan K-Pop terkenal, BTS dijemput sendiri oleh Mohammed Salman untuk membuat persembahan di Stadium Antarabangsa Raja Fadh pada hari jumaat beberapa tahun lalu.

Selebriti seperti Mariah Carey, Black Eyed Peas, Sean Paul, Davit Guetta, Enrique Iglesias, Tiesto, OneRepublic, dan ramai lagi juga pernah menjejakkan kaki membuat persembahan di Arab Saudi.

bekas imam masjidil haram dipenjara

Apa yang lebih teruk, kaum wanita banyak diberikan kelonggaran untuk menjadi salah seorang yang hadir menyaksikan kemeriahan tersebut. Mereka boleh memandu, masuk stadium, buka perniagaan tanpa izin suami, masuk panggung wayang, dan tidak wajib pakai abaya lagi. Undang-undang rumah tangga dimansuhkan dan memberikan suatu fenomena yang bakal menjurus kepada perbuatan tidak bermoral.

“Sebuah bandar hiburan berdekatan dengan Riyadh, kira-kira sebesar Las Vegas telah dirancang untuk meningkatkan sektor pelancongan negara itu,” ulas BBC.

bekas imam masjidil haram dipenjara

Keterbukaan minda, dan keghairahan Mohammed Salman memberikan dia pengaruh yang sangat hebat dalam cengkaman politik yang kuat. Jika iman seseorang tidak kuat pastinya mereka juga akan termasuk dalam perancangan bersama dengannya. Bahkan golongan agamawan juga ada sesetengahnya yang mengambil keputusan menutup mulut dan membutakan mata.

Jika ada yang berani menyuarakan pandangan dalam Islam, maka bersiaplah hukuman dunia yang bakal menimpanya atas arahan kerajaan Saudi sendiri.

Cari pemimpin dari nasihat Imam As-Syafie

Suatu hari anak murid Imam As-Syafie bertanya kepadanya,

“Wahai Imam, nanti diakhir zaman kelak akan lahir ramai pemimpin yang zalim jadi bagaimana kami ingin tahu akan pemimpin yang berjuang pada landasan Islam yang betul?”

Jawab Imam As-Syafie, “Kalau kamu ingin mengetahui, kakmu carilah pemimpin yang banyak panah-panah fitnah menuju kepadanya. Maka kamu ikutlah pemimpin yang difitnah banyak itu kerana sesunguhnya dia sedang berjuang di jalan yang benar.”

Sumber: Harian Metro

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

SEMASA

Remaja Pecah Tabung Masjid? Video CCTV Viral Cetus Perdebatan

Published

on

remaja pecah tabung masjid

Remaja Pecah Tabung Masjid? Video CCTV Viral Cetus Perdebatan

ALOR PONGSU – Isu remaja pecah tabung masjid kembali menjadi perhatian apabila satu rakaman CCTV tular di media sosial, memaparkan tindakan beberapa individu dipercayai cuba mengambil wang daripada tabung masjid.

Kejadian yang dipercayai berlaku di sebuah masjid sekitar Alor Pongsu itu mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen, terutamanya apabila ia melibatkan tempat ibadah umat Islam.

Dalam rakaman tersebut, kelihatan seorang remaja menghampiri tabung sebelum bertindak dalam keadaan mencurigakan. Video itu kemudian tersebar luas dan menjadi antara video viral masjid Malaysia yang hangat diperkatakan.

remaja pecah tabung masjid

Netizen Luah Kecewa Isu Tabung Masjid Dicuri

Rata-rata pengguna media sosial meluahkan rasa kecewa terhadap kejadian yang disifatkan sebagai tidak menghormati kesucian masjid.

Ada yang menyifatkan tindakan ini sebagai satu bentuk kes remaja curi duit masjid yang semakin membimbangkan, malah ada juga yang mengaitkannya dengan kemerosotan nilai dalam kalangan generasi muda.

“Masjid sepatutnya jadi tempat paling selamat, bukan sasaran jenayah,” tulis seorang pengguna.

Isu Sosial Remaja Malaysia Kembali Dipersoal

Kejadian ini sekali lagi membuka perbincangan tentang isu sosial remaja Malaysia, termasuk peranan keluarga, pendidikan dan masyarakat dalam membentuk sahsiah generasi muda.

Walaupun ada yang menuntut tindakan tegas, terdapat juga pandangan yang mencadangkan pendekatan mendidik dan membimbing agar remaja tidak terus tersasar.

Setakat ini, belum ada kenyataan rasmi daripada pihak berkuasa berhubung kes remaja pecah tabung masjid tersebut.

 

Video penuh remaja pecah tabung masjid :

 

Sumber

 

 

 

Continue Reading

SEMASA

“Hilang Dihanyutkan Arus Deras” – Kanak-Kanak 10 Tahun Dikhuatiri Lemas Di Puncak Alam

Published

on

Kanak-Kanak 10 Tahun Dikhuatiri Lemas

“Hilang Dihanyutkan Arus Deras” – Kanak-Kanak 10 Tahun Dikhuatiri Lemas Di Puncak Alam

Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam longkang dan dihanyutkan arus deras di Lorong Cakera Purnama, Bandar Puncak Alam, petang tadi.

Kejadian menyayat hati itu dipercayai berlaku sekitar jam 3.30 petang ketika hujan lebat melanda kawasan tersebut.

 Kanak-Kanak 10 Tahun Dikhuatiri Lemas

Menurut Penolong Pengarah Operasi JBPM Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar, pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 7.47 malam.

Susulan itu, seramai enam anggota bersama sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dari Balai Bomba dan Penyelamat Bestari Jaya telah dikejarkan ke lokasi kejadian.

 Kanak-Kanak 10 Tahun Dikhuatiri Lemas

Pasukan bomba tiba di lokasi kira-kira jam 8.13 malam dan segera memulakan operasi mencari dan menyelamat.

“Laporan daripada orang awam mengatakan mangsa jatuh ke dalam longkang dan dihanyutkan arus deras ketika hujan lebat.

“Ketika ini, kerja-kerja mencari dan menyelamat sedang giat dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan.

Perkongsian kejadian ini mengundang rasa risau dan simpati dalam kalangan netizen yang turut mendoakan agar mangsa segera ditemui.

Baca lagi : Kanak-Kanak 4 Tahun Maut, Kereta Dipandu Datuk Terbalik Di Manjoi – Majalah Ilmu

Kanak-Kanak 10 Tahun Dikhuatiri Lemas

Ramai juga mengingatkan tentang bahaya arus deras ketika hujan lebat, terutama di kawasan longkang dan parit yang boleh menjadi sangat berbahaya dalam sekelip mata.

Operasi mencari dan menyelamat Kanak-Kanak 10 Tahun Dikhuatiri Lemas masih diteruskan oleh pihak bomba.

Semoga mangsa Kanak-Kanak 10 Tahun Dikhuatiri Lemas ditemui segera dan segala urusan dipermudahkan.

Sumber

 

 

 

 

 

 

Continue Reading

SEMASA

“Penonton Selalu Terhibur Dengan Kerenah Atok,Pemergian Ayah Famy Ismail Buat Ramai Sebak”

Published

on

,Pemergian Ayah Famy Ismail

Pempengaruh TikTok, famy.ismail, sebelum ini sering mencuri perhatian ramai menerusi perkongsiannya menjaga ayah tercinta yang sedang sakit strok.

Melalui video-video yang dimuat naik, ramai penonton mengikuti perjalanan hidup mereka sekeluarga, termasuk rutin harian, rawatan, suasana di hospital dan gelagat ayahnya yang sering memarahi atau berleter kepada Famy.

,Pemergian Ayah Famy Ismail

Walaupun sering dimarahi, Famy tetap sabar melayan kerenah ayahnya. Malah, hubungan mereka membuatkan ramai tersenyum kerana di sebalik kemarahan itu, jelas kelihatan kasih sayang seorang ayah terhadap anak.

Gelagat ayahnya yang kadangkala tegas, lucu dan bersahaja membuatkan ramai penonton terhibur. Ada yang menganggap atok itu seperti ayah atau datuk mereka sendiri kerana sikapnya yang begitu dekat dengan kehidupan ramai orang.

Moto yang sering dikongsikan Famy iaitu “Cipta lah kenangan selagi ianya masih ada” kini menjadi lebih menyentuh hati selepas berita pemergian ayahnya mula tersebar.

,Pemergian Ayah Famy Ismail

Ramai pengikut mengakui mereka terkejut apabila melihat perkongsian ucapan Al-Fatihah dan berita mengenai pemergian ayah Famy.

Ada yang mengatakan mereka baru sahaja melihat video-video ayahnya beberapa hari lalu, malah ada juga yang mengakui masih teringat wajah dan suara ayahnya yang sering muncul dalam kandungan TikTok Famy.

Ruangan komen turut dibanjiri ucapan takziah dan doa daripada orang ramai.

“Terkejut buka Facebook tadi, Al-Fatihah atok.”

“Atok online kami. Semoga tenang di sana, salam takziah kepada keluarga.”

“Salam takziah kepada seluruh ahli keluarga dan Al-Fatihah… xde dah orang nak hiburkan kami.”

okomenaa

Perkongsian itu membuatkan ramai sedar bahawa setiap momen bersama ibu bapa adalah sangat berharga.

Apa yang dilakukan Famy sepanjang menjaga ayahnya bukan sekadar menghasilkan kandungan di media sosial, tetapi menjadi bukti kasih sayang seorang anak yang sanggup menjaga orang tuanya hingga ke akhir hayat.

Kini, segala gelak tawa, bebelan dan kemarahan kecil ayahnya hanya tinggal kenangan.

sfasfasfasf

Namun kenangan itulah yang akan terus hidup dalam hati keluarga dan para pengikut yang pernah mengikuti perjalanan mereka selama ini.

670554546 18580053295022083 5156897384375136243 n

Al-Fatihah buat Allahyarham. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman.

Video :

@famy.ismail Ayah udah laaa! Ayah udah laaaa! Simple ! 😩 #CiptaKenangan #foryourpage #AtokOnline #fypシ゚ #fyp ♬ suara asli – Virgiant 🪬

Continue Reading

Trending