Kisah
Ketika Hayatnya Amalan Dan Sifat Inilah Yang Diamalkan oleh Arwah Ustaz Ku Yaacob, Kisah Imam Pergi mengadap ilahi Ketika Membaca Khutbah
Ketika Hayatnya Amalan Dan Sifat Inilah Yang Diamalkan oleh Arwah Ustaz Ku Yaacob, Kisah Imam Pergi mengadap ilahi Ketika Membaca Khutbah
Kemaa tian Yang Dicemburui,Ingat lagi pemergian seorang Imam yang sedang membaca khutbah hari Jumaat yang lepas,perginya dengan penuh Rahmat dari Allah SWT dan beliau ialah Ustaz Ku Yaakob Ku Hashim dan arwah mempunyai sifat-sifat yang disenangi oleh masyarakat.
Berikut adalah komen Salah Seorang Netizen Untuk Pedoman Kita Semua,
Allah gerak hati yang rakam video untuk dijadikan bukti kepada kita yang masih hidup, inilah bukti m4ti dalam keadaan baik, berwuduq, menyampai khutbah, berbaju putih sunnah serban, Allahhuakbar
Mendapat perkhabaran Ustaz Ku Yaacob Ku Hashim telah kembali ke Rahmatullah. Beliau jatuh ketika menyampaikan khutbah Jumaat di Masjid Bukhary .
Kemaa tian yang luar biasa. Berdakwah sehingga akhir hayat. Kem4tian pada hari Jumaat ketika menyampaikan khutbah. Hari ini beliau berkhutbah dihadapan DYTM Raja Muda, Sahibussamahah Mufti Negeri Kedah dan hadirin yang hadir.
Ketika zaman belajar, kuliah maghrib setiap hari Isnin oleh beliau di surau SMKA Kedah. Tidak silap beliau mengajar kitab Al Azkar. Pernah bermusafir bersama beliau dan Ustaz YI ke Kuala Lumpur bagi membantu pasukan “Hiwar” dan peserta-peserta lain dalam pertandingan antara SMKA seluruh Malaysia di SMKA Kuala Lumpur.
Kami tidur bersama dengan Ustaz Ku Yaacob dan Ust YI di asrama SMK Segambut Jaya. Tidur diatas katil asrama dua tingkat dalam dorm pelajar. Sama-sama mandi dibilik air terbuka asrama.
Selepas tamat STPM di KISAS, saya ke SMKA Kedah menghantar skema soalan dan nota rujukan kertas syariah kepada ustaz dan beberapa orang guru lain mengikut mata pelajaran untuk dikongsi dengan pelajar-pelajar SMKA Kedah.
Seorang yang warak. Jarang marah. Seingat saya sekali sahaja kami dileteri kerana sebahagian besar kami lena dan tak bawa kitab semasa kuliah maghrib beliau.
Seorang guru dan pendidik yang hebat sehingga akhir hayat.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Kekasih Jiwang
Semoga Allah merahmati arwah Ustaz.
sumber : fb Faisal Mustaffa
- Resepi Viral4 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga5 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA4 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA5 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA5 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA5 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA5 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.
- AGAMA5 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah