Connect with us

Kisah

Kerja Ayah hanya Driver Lori, Tapi Hanya Dengan Amalkan Satu Surah Tu Rezeki Jadi Murah

Published

on

lori

Kerja Ayah hanya Driver Lori, Tapi Hanya Dengan Amalkan Satu Surah Tu Rezeki Jadi Murah

Dah selalu sangat kita tengok viral testimoni nak putih, nak kurus. Mai sini kita baca rahsia apabila mengamalkan surah Al Waqiah dalam kehidupan seharian. Semoga kita semua boleh jadi istiqomah macam confessor ni jugak. InsyaAllah

BUKAN DARI LATARBELAKANG KELUARGA SENANG

Nama saya Nurul. Pengalaman saya mungkin tidak segah atau se’grand’ confessor-confessor sebelum ini, sebab saya sendiri masih seorang student dan belum bekerja, masih berusia awal 20an. Tapi segala rezeki ini saya pandang sebagai nikmat yang besar, dan saya rasa excited nak share. Kerana rezeki itu tidak terzahir melalui duit semata-mata, tetapi juga hal lain, dan kalau untuk saya seorang student, melalui pelajaran.

Saya start amalkan al-waqiah since sekolah rendah sebab abah yang suruh. Kami bukan family senang, sekarang abah kerja as a driver dengan gaji bersih RM1200 sebulan, dan mak penjual nasi lemak, pendapatan bersih mungkin kurang RM700 sebulan. Dari darjah 1 sampai darjah 6, saya tak pernah tak dapat number 1 dalam setiap exam. Harap pembaca semua tak rasa saya nak bermegah dengan akademik saya, jujur saya cuma nak tunjuk hebatnya al-waqiah tu.

Masuk form 1 saya dah duduk asrama, dekat satu SBP. Dan masih mengamalkan surah al-waqiah, terutamanya bila dekat sekolah, sebab dekat rumah akan datang satu penyakit malas huhuhu (jangan tiru). Alhamdulillah, dari form 1 sampai form 5, setiap exam, saya akan berada dalam ranking top 20 dalam batch, dan beberapa kali dapat top 5. PMR dan SPM alhamdulillah berkat doa mak abah dari jauh dan didikan cikgu-cikgu awesome, straight As.

After zaman spm, saya tak apply mana-mana overseas punya programme, saya cuma apply asasi and dapat cfs iium. Al waqiah masih diamalkan setiap kali lepas solat maghrib. 4 sem di cfs, Allah kurniakan dean’s list untuk tiga sem terakhir. Sem 1 memang saya mengaku saya main-main hahaha. Ditawarkan medic di uia kuantan, tapi saya tolak atas sebab tertentu dan sekarang dah bahagia tamat first year kos lain dekat uia kuantan jugak hehehe.

Okay ni zaman yang saya rasa Allah kurniakan lebih lagi bermacam-macam rezeki. Sebelum start degree di uia, saya ada apply satu dermasiswa. Not exactly dermasiswa la, dia more to crowdfunding, yang kita isi details and tulis kenapa kita rasa kita layak dapat derma/bantuan ikhlas dari orang ramai. Korang boleh usha dekat website dia sendiri, go0gle je Skolafund. Saya apply sebab kawan yang suggest and masa tu kan nak kena pakai banyak duit, kuantan tu jauh pulak tu, saya risau mak ayah nanti nak kena tanggung saya banyak sangat.

Skolafund ni, korang kena tetapkan sendiri taw berapa ringgit yang korang target akan disumbang oleh orang ramai. Saya letak RM2960, sebab tu total yuran untuk first year degree. Dan tanpa disangka, saya dapat lebih kurang RM3200 lebih. Perasaannya Allah je tahu. Rasa bersyukur sebab Allah tu sangat mendengar doa dan juga rasa bangga dengan orang Malaysia yang sangat suka menderma.

Sem 1, setiap kali after maghrib, masih dengan sudah alwaqiah. Result sem 1, alhamdulillah atas 3.9. Yang membolehkan saya apply excellence award dan ummatic scholarship under uia. Alhamdulillah, excellence award tu dah officiallydapat, tapi kena maintain cgpa atas 3.8 (doakan saya)! Apa yang saya dpt melalui award tu? Yuran yang saya kena bayar tinggal separuh je, means satu sem saya kena bayar RM 700 je lepas ni, bukan RM 1480 lagi dah. Ummatic scholarship insyaAllah dikhabarkan akan dapat jugak, doakan saya dan kawan-kawan (so that boleh terminate ptptn hehe)!

REZEKI YANG TAK DISANGKA SANGKA

Okay masuk sem 2, saya selang selikan hari-hari after maghrib surah alwaqiah dan surah ar-rahman. Sekali pakej dengan dhuha, tapi tu pun tak hari-hari, teruk kan. Sem 2 lagi stressful kau dari sem 1, sumpah wa cakap. Lagi susah and lagi nampak macam samar-samar je cahaya kebahagiaan tu. Exam final pun rasa pasrah je masa jawab. Dan saya memang dah expect awal-awal yang excellence award saya akan ditarik (meaning gpa saya akan less than 3.8) tapi subhanallah…sungguh Allah itu baik. Saya bukan muslimah yang terlalu baik ye, saya banyak dosa dan amalan alwaqiah ni pun kalau dekat rumah tu hmmm mengecewakan, selalu tinggal.

Cuma dekat sekolah and dekat uia je boleh kira dengan jari berapa hari yang saya miss surah kesayangan ni. Dan alhamdulillah, dengan izin Allah, doa ibu bapa sekali lagi dan didikan lecturer yang marveles, sem 2 saya dapat 4 flat. So selamat la award hahaha. Sekarang tengah cuti sem, berbaki sebulan. Dalam cuti ni pun saya ada masuk satu contest cerpen dan rezeki dari Allah, dapat la rm100 sebab dapat 2nd place. Dalam cuti ni jugak ada senior hadiahkan rm100 sebab buatkan something untuk dia, pastu jumpa duit dalam beg lama hahahaha k ni ramai je orang alami. Tapi nampak kan rezeki tu datang tak disangka-sangka dan tak putus? Dan terlalu banyak nikmat kurniaan Allah yang saya tak larat naktype dah sakit mata tengok phone ni lama-lama.

Sekali lagi, maaf kalau anda rasa saya brag atau sengaja nak tayang result ke. Point saya di sini cumalah janji Allah itu pasti. Saya punya bad habit yang tak maintain istiqamah alwaqiah bila cuti dekat rumah tu, tolong jangan tiru dan doakan saya boleh ubah. Allah tu Maha Baik, Maha Pemurah, amalan saya yang suam-suam kuku pun, Allah tetap bagi juga rezeki dan nikmat tanpa disangka-sangka. Apatah lagi kalau konsisten selalu.

Saya orang susah, rasanya saya paling susah dalam class, jarang dan rasanya tak pernah ada barang mewah tapi tak tahu kenapa, barang keperluan tu sentiasa dirasa cukup. Sentiasa ada jalan penyelesaian kalau ada masalah duit. Dan berkat mak abah yang pandai rolling duit juga. Tak banyak, tak mewah, tapi cukup, dan tak perlu pinjam orang. Ujian dan dugaan tu serius cakap, banyak. Tapi nikmat kurniaan Allah tu lebih banyak. Lately ni baru saya sedar yang Allah dah kasi banyak.. tak perlu terlalu banyak, asalkan cukup.

Cukup itu nikmatnya lebih manis. Dan baru saya sedar yang saya tak perlu minta mewah dari Allah, cuma perlu minta ‘cukup’. Dan saya harap saya akan sentiasa sedar yang rezeki itu bukan hanya dalam bentuk wang, tapi dalam bentuk lain yang selalu kita lupa untuk syukuri. Keluarga, kawan-kawan, ketenangan, mudah faham dalam class, keselamatan, dan macam-macam lagi. Doakan saya boleh istiqamahkan diri dengan amalan alwaqiah serta memantapkan diri dari sudut-sudut lain juga lepas ni! Syukur selalu.

– Totoro

ps:

Bukan hanya alwaqiah, bukan hanya yassin, bukan hanya kahfi, tetapi the wholequran juga. Sehari selembar alquran, thats sweet. Dan ya, tafsir itu menerangkan pemahaman. Dan tidak, bukan baca alquran dengan niat kaya. Tapi kerana itulah sumber ilmu yang pertama, tarafnya melebihi akal. Jangan ramai yang salah faham, saya cuma share experience sendiri je. Sorry kalau ramai yang anggap apa yang saya ingin sampaikan ialah alquran sebagai tangkal untuk mendapatkan harta dunia, harap anda tak salah faham jauh sampai macam tu sekali. Dont forget your quran today ya!

Sumber : iiumc

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kisah

Denda RM50, Air Mata Seorang Nenek: Kisah Warga Emas 90 Tahun Yang Hampir Hilang Punca Rezeki

Published

on

Denda RM50 Air Mata Seorang Nenek Kisah Warga Emas 90 Tahun Yang Hampir Hilang Punca Rezeki

Segamat – Seorang wanita warga emas berusia 90 tahun di Kampung Abdullah, Segamat, Johor, mencuri perhatian ramai apabila dikenakan denda RM50 hanya kerana menjual sayur-sayuran hasil tanamannya sendiri tanpa lesen.

Kejadian yang berlaku pada 23 Januari itu bukan sahaja menyentuh perasaan masyarakat, malah membuka perbincangan besar tentang kemanusiaan, keadilan sosial dan keperluan dasar lebih berperikemanusiaan terhadap golongan rentan.

“Saya Cuma Jual Sedikit…”

Perkara ini mula didedahkan oleh seorang pengguna Facebook, Steven Tan, yang terserempak dengan wanita tersebut ketika beliau menjual sayur secara kecil-kecilan di tepi jalan.

Menurut Steven, seorang pegawai Majlis Perbandaran Segamat (MPS) telah mengeluarkan saman RM50 kerana wanita itu tidak mempunyai lesen penjaja.

Walaupun Steven cuba merayu agar pegawai tersebut bertolak ansur, beliau dimaklumkan bahawa tindakan itu terpaksa dilakukan kerana mengikut peraturan.

Lebih menyedihkan, wanita itu turut diberitahu bahawa dia perlu memohon lesen bernilai ratusan ringgit sekiranya mahu terus berniaga.

“Jumlah itu tidak realistik untuk seseorang yang hanya menjual sedikit sayur beberapa kali sebulan,” tulis Steven.

Bagi wanita tersebut, menjual sayur itulah satu-satunya cara untuk menyara hidup. Jika lesen mahal itu diwajibkan, dia bukan sahaja kehilangan perniagaan kecilnya, malah kehilangan harapan.

sayur

Rayuan Yang Menjadi Tindakan

Steven kemudian meminta pandangan orang ramai tentang cara terbaik untuk membantu wanita berkenaan. Hantaran itu pantas tular dan sampai ke pengetahuan Ketua Pemuda MCA Segamat, Tay Kok Wea.

Beliau segera mengarahkan wakilnya ke lokasi untuk membayar denda RM50 tersebut bagi pihak wanita itu.

Dalam kenyataannya, Tay menegaskan bahawa tindakan itu bukan untuk meraih publisiti, sebaliknya demi membantu seorang warga emas yang hampir kehilangan punca rezeki.

sayuran

Tiada Lagi Denda, Harapan Baharu

Tay turut memaklumkan bahawa beliau telah berbincang dengan pihak penguatkuasaan MPS dan mengesahkan bahawa:

  • Tiada lagi denda akan dikenakan terhadap wanita itu

  • Wanita tersebut kini boleh terus menjual sayur tanpa rasa takut

  • Isu yuran lesen akan dibawa ke mesyuarat untuk dicadangkan bayaran simbolik

“Jika cadangan itu diluluskan, saya sendiri akan menanggung kos lesen tersebut,” katanya.

jual

Lebih Daripada Sekadar Denda

Kisah ini bukan sekadar tentang RM50, tetapi tentang maruah, belas kasihan dan keperluan sistem yang lebih adil kepada golongan miskin dan warga emas.

Ia mengingatkan kita bahawa di sebalik peraturan, masih perlu ada ruang untuk pertimbangan kemanusiaan.

Kadangkala, yang mereka perlukan bukan simpati — tetapi peluang untuk terus hidup dengan bermaruah.

Continue Reading

Kisah

“Bukan main garang bini kau bang…” Isteri Cemas Kereta ‘Hilang’, Suami Selamba Rakam

Published

on

Isteri Cemas Kereta ‘Hilang

“Kereta Kita Mana?!” — Isteri Dah Cuak, Suami Kekal Tenang

Lepas ibu, isteri memang insan paling istimewa dalam hidup seorang lelaki. Bukan sekadar teman hidup, tapi tulang belakang yang setia dalam susah dan senang. Kadang-kadang cara suami menghargai isteri tu sampai another level—siap menyakat dulu sebelum bagi kejutan!

Baru-baru ini, tular di TikTok satu video lucu memaparkan gelagat seorang suami ‘prank’ isterinya. Dalam rakaman tersebut, pasangan ini dilihat baru selesai membeli-belah dan berjalan ke arah parkir. Sampai-sampai je, si isteri terus cuak—kereta mereka “hilang”! Dengan wajah panik, dia bertalu-talu tanya suami: “Kereta mana?”

 Isteri Cemas Kereta ‘Hilang

Si suami pula kekal steady, tak banyak cakap… tapi sempat merakam setiap reaksi isterinya.

Rupa-Rupanya Kejutan, Hadiah Kereta Baharu

Twist sebenar: itu semua hanyalah rancangan lelaki berkenaan untuk menghadiahkan sebuah kereta baharu buat isteri tercinta. Patutlah tenang semacam—rupanya tengah tunggu momen paling ‘boom’ untuk didedahkan!

“Garang Juga Bini Kau…” — Netizen Terhibur

@ashraffahmadkamal Terima la hadiah sempena hari lahir isteriku yang tercinta. Segala penat lelah untuk anak dan rumahtangga kita, terima lah hadiah i yg tak seberapa ni. I harap u suka 😁 saya ni suka sakat sikit dan wife tahu kalau saya main-main. Jenuh nak cover🤣🤣 Akhirnya menjadi juga surprise untuk dia. Love you my love 😘 #evmalaysia #emas7 #protonemas #proton ♬ original sound – اشراف احمدكمال

Ruangan komen memang meriah. Ramai terhibur dengan reaksi spontan si isteri yang nampak “garang” sebab menyangka kereta mereka dicuri. Pada masa sama, ramai juga puji suami yang berani dan romantik dengan cara tersendiri.

Antara komen yang mencuri tumpuan:

komen

  • Bukan main garang bini kau, bang…

  • Alhamdulillah, hargai isteri sebaiknya.

  • Comel! So happy for you. Semoga bahagia selalu.

  • Doakan saya pun dapat surprise macam ni.

Bahagia Itu Bila Saling Menghargai

Rumah tangga ada pasang surut—ada manis, ada ujian. Tapi indahnya bila semuanya ditempuh berdua. Tak semestinya hadiah besar atau kata-kata manis; kadang usaha kecil yang lahir dari hati pun cukup membahagiakan. Bila suami isteri saling memahami dan menghargai, di situlah letaknya bahagia yang sebenar.

Sumber: TikTok @ashraffkamal_

Continue Reading

Kisah

“87% Lelaki Di Rumah Warga Emas Pernah Sakitkan Isteri – Luahan Pak Arief Buat Ramai Tersentak 😢”

Published

on

Rumah Warga Emas

“87% Lelaki Di Rumah Warga Emas Pernah Sakitkan Isteri” – Kisah Pak Arief Buat Ramai Tersentak

Apabila berbicara tentang rumah kebajikan warga emas, ramai antara kita cepat menilai bahawa penghuni di sana mungkin ditinggalkan oleh keluarga atau diabaikan oleh anak-anak. Namun, perkongsian seorang pekerja rumah kebajikan ini membuka sisi realiti yang jarang diperkatakan — bahawa tak semua warga emas ditinggalkan tanpa sebab.

“Saya dah rawat lebih 500 orang tua terlantar”

Menurut Pak Arief, yang sudah bertahun-tahun berkhidmat menjaga warga emas terlantar, dia pernah menguruskan lebih 500 penghuni sepanjang kerjayanya. Namun satu fakta yang mengejutkan ialah, 87% daripada mereka — kira-kira 300 orang — merupakan lelaki yang pernah menyakiti isteri sendiri ketika zaman muda.

“Saya bukan nak menghukum, tapi ini realiti yang saya lihat sendiri. Ramai antara mereka dulu pernah menduakan isteri, berkahwin lain, abaikan keluarga, atau tinggalkan anak-anak,” katanya.

Dulu kahwin lagi, sekarang tinggal sendiri

Ada antara mereka yang berkahwin lain demi nafsu, ada pula yang selingkuh dan mengabaikan anak-anak, sehinggalah akhirnya rumah tangga kedua pun tak kekal lama. Bila usia meningkat dan tiada siapa mahu jaga, barulah mereka sedar nilai kasih yang pernah disia-siakan.

“Bila jatuh terduduk, mereka cuba cari anak-anak dan bekas isteri semula. Tapi kebanyakannya tak lagi diterima. Anak-anak sudah lama menutup hati,” tambah Pak Arief dengan nada sayu.

Rumah Warga Emas

Secara psikologi, anak akan berpihak kepada ibu

Dari sudut psikologi, kata Pak Arief, anak-anak cenderung setia kepada ibu, terutama apabila melihat sendiri pengorbanan dan kesakitan yang ditanggung oleh si ibu selama bertahun-tahun.

Maka tidak hairanlah, ramai lelaki warga emas ini akhirnya berakhir di rumah kebajikan, bukan kerana anak tidak berhati perut, tetapi kerana luka lama yang belum sembuh.

“Anak-anak bukan berdendam, tapi mereka memilih untuk melindungi ibu. Mereka ingat setiap air mata, setiap malam ibu menangis. Itu yang membuat mereka sukar memaafkan,” ujarnya.

@mbak.butet Berdasarkan data, lansia terlantar yang diurus oleh Pak Arief Camra di Griya Lansia, ternyata saat mudanya melakukan ini… #GriyaLansia #GriyaLansiaMalang ♬ original sound – MbakButet – MbakButetAqsa

Pengajaran buat semua

Kisah yang dikongsikan oleh Pak Arief ini bukan untuk menyalahkan mana-mana pihak, tetapi sebagai peringatan kepada para suami dan ayah agar menghargai keluarga selagi diberi peluang.

Setiap tindakan hari ini akan membentuk bagaimana kita diperlakukan nanti — sama ada dengan kasih sayang, atau dengan sepi di penghujung usia.

“Jangan tunggu tua baru mahu bertaubat. Kerana kadang-kadang, bukan semua dosa mampu ditebus dengan air mata,” pesan Pak Arief.

Continue Reading

Trending