Connect with us

Kisah

Kenapa Filem KAMI Bersama Sudirman Adalah Filem Terakhir ‘Din’?

Published

on

htgfcg

Kenapa Filem KAMI Bersama Sudirman Adalah Filem Terakhir ‘Din’?

Filem ‘KAMI’ lakonan Allahyarham Sudirman dan pelakon cilik berusia 11 tahun, Zul Zamrin Zamanhuri yang memegang watak Din.

Zul Zamrin Zamanhuri yang memegang watak Din kini bekerja sebagai orang kuat IT di negara ini. Beliau yang pernah memenangi anugerah Pelakon Kanak-kanak Terbaik di Pesta Filem Malaysia ke-3, di Kuala Lumpur sebenarnya telah diberi peluang berlakon disamping Sudirman kerana ‘tuah’ sebagai peminat.

kami Image005

Menurut Zul, dia sebenarnya tidak berminat lagi dalam dunia lakonan dan filem KAMI merupakan filem pertama dan terakhir baginya.

“Saya sebenarnya mengikut kata ibu yang mahukan saya berjaya dalam akademik dan bukannya lakonan.

Bagaimanapun, peluang berlakon disamping Allahyarham merupakan peluang seumur hidup yang tidak dapat saya lupakan hingga ke hari ini,” ujarnya yang masih menyimpan keratan akhbar mengenai berita penglibatannya dalam filem KAMI.

kami 649x381 1

Terdahulu, Zul secara berseloroh mengatakan bahawa nama ‘Din’ dalam filem itu seperti sudah melekat dalam hidupnya. Malah anaknya juga memanggilnya Din apabila mereka menonton kembali filem tersebut.

Sampai sekarang saya masih ingat kebaikan Arwah dan tunjuk ajarnya ketika berlakon bersama, Filem itu hebat dan diingati bukan kerana saya, tetapi kerana nama Sudirman yang menerajuinya.

Sumber : MY ARTIS

 

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

2024 Majalah Ilmu © Hak Cipta Terpelihara.