Connect with us

INFO

“Mandi Sungai Sampai Dikejar Mak, Rakam Lagu Dari Tape Recorder,” Kenangan Zaman Dulu Kekal Mengamit Memori

Avatar of hannani juhari

Published

on

kenangan zaman dulu

Pasti ada ketikanya bila kita tengok anak atau cucu tengah bermain, akan terkenang zaman kecilkan? Bila terflash back zaman kecil dulu, tanpa sedar boleh membuatkan kita ketawa sendiri mengenangkan betapa seronok dan naifnya kita ketika itu. Mana tidaknya, apa yang dirasai generasi 50an, 60an, 70an, dan 80an dulu jauh bezanya dengan hari ini. Budak zaman dulu banyak bermain di luar rumah sedangkan budak zaman sekarang lebih banyak berkurung di rumah. Kenangan zaman dulu benar-benar mengamit memori sehingga hari ini.

10 kenangan zaman dulu yang sukar dilupakan

Perkongsian ini akan membawa anda untuk mengimbau kembali kenangan zaman dulu yang masih segar diingatan. Jom kita semak 10 perkara yang paling mengamit kenangan bagi budak-budak yang lahir tahun 50an, 60an, 70an, dan 80an.

1. Bunyi bising mesin taip

kenangan zaman dulu

Mesin taip lama memang menghasilnya bunyi bising setiap kali jari-jemari menaip pada kekunci huruf-hurufnya. Tetapi bunyi bising itulah yang menjadi melodi mengasyikkan setiap kali kita terkenangkannya.

2. Rakam lagu dari tape recorder

kenangan zaman dulu

Zaman dulu kalau hendak dengar lagu yang kita minati, biasanya guna tape recorder. Pasang radio, bila tiba sahaja penyampai radio umumkan lagu yang kita suka memang sudah siap standby dengan tape recorder dekat tangan.

kenangan zaman dulu

Bila agak-agak kaset sudah mula hendak rosak, kita masukkan pensel dekat celah lubang kaset dan pusingkan semula biar talinya kemas kembali. Siapa masih ingat?

3. Mandi sungai, melastik burung, panjat pokok

kenangan zaman dulu

Tidak usah dicakap lagi tentang permainan budak-budak zaman dulu. Jika setiap petang tidak mandi sungai dengan kawan, melastik burung dalam hutan. main guli, panjat pokok kelapa, dan main pondok-pondok bagi yang perempuan rasanya itu bukan budak-budak zaman dululah.

Selagi mak tidak panggil pulang, selagi itulah kaki ligat merayap sambil ke pelosok hutan dan lubang tikus.

4. Tak risau baring atas jalan raya

Dulu kenderaan memang kurang dan lebih banyak orang berjalan kaki sahaja untuk kemana-mana. Kalau budak-budak bermain dekat jalan raya atau bahkan berbaring pun di sana rasanya masih selamat tidak seperti hari ini.

5. Berangan bawa kereta guna mesin jahit mak

kenangan zaman dulu

Budak-budak lelaki mesti masih ingat kenangan duduk bawah mesin jahit lama mak jenama Singer dan berangan seolah-olah sedang membawa kereta. Mesin jahit zaman dulu biasanya ada tempat letak kaki untuk digerakkan ke atas dan bawah bagi memulakan menjahit.

Disebelah kanan tempat letak kaki pula seakan roda yang bersambung dengan kabel untuk membolehkan mesin tersebut berfungsi. Budak zaman dulu memang suka duduk dekat tempat letak kaki dan memusingkan roda tersebut ke kiri dan kanan seperti membawa kereta.

6. Rambut afro dan seluar bell bottom

kenangan zaman dulu

Fesyen seluar bell bottom, rambut sideburn tebal, rambut afro dan cermin mata hitam berkilat memang gaya paling trending bagi muda mudi zaman dulu. Adik-adik tanya mak kalian, entah-entah mak terpikat dengan ayah sebab rambut unik dia zaman dulu.

7. Minyak rambut poken

Setiap kali keluar rumah rambut mesti hitam berkilat. Apa rahsianya lagi jika bukan kerana minyak rambut poken. Jenama Poken tidaklah begitu terkenal atau diiklankan secara meluas tetapi ramai orang pakai.

Ia berbentuk krim padat berwarna hijau dan mempunyai peminatnya tersendiri walaupun ada sesetengah orang tidak gemar oleh bau wanginya yang terlalu kuat sekiranya dipakai terlalu banyak. Didatangkan dalam bekas besi, dengan slogan di belakangnya yang sangat menarik,

“Poken membuatkan anda segak sepanjang hari.”

8. Pam minyak masak

kenangan zaman dulu

Pam minyak tradisional digunakan pada zaman dulu untuk menyedut minyak petrol. Ia mempunyai balang penyedut dan ia akan menyedut petrol sebelum diisi dalam tangki kereta mahupun motosikal menggunakan paip getah,

Pam itu juga akan menyedut petrol dari tong menyimpan petroleum sebelum dialirkan ke dalam pam pengepam seterunya melalui paip getah sebelum sampai ke tangki kenderaan.

9. Biskut gula aising dan keropok roda jajan ringan

kenangan zaman dulu

Zaman dulu biskut popular seperti biskut aising dijual dalam tin dan “nyonya” atau “ah seng” akan kira ikut timbang kalau kita hendak beli. Rasa biskut lama memang sedap dan jauh bezalah kualitinya dari yang sekarang.

10. Terpacak sebelah peti surat merah tinggu posmen datang

Menunggu surat dari sahabat atau kekasih hati pastinya membuatkan keterujaan kita memuncak setiap kali melihat abang posmen lalu depan rumah. Ada yang siap tunggu sebelah peti surat lagi semata-mata hendak jadi orang pertama yang pegang surat dari tangan abang posmen.

Haih, betapa tuanya rasa diri ni! Jauh betul mengimbau kenangan lama. Terasa macam baru sahaja semalam dengar suara gelak tawa kawan-kawan sepermainan. Nostalgia kenangan zaman dulu masih segar dalam ingatan.

Sumber: Top Ten New

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

2024 Majalah Ilmu © Hak Cipta Terpelihara.