Connect with us

INFO

Wow, Baru Umur 21 Tahun Dah Beli Rumah Pertama Atas Nama Sendiri! Kakak Kongsi Cara Adiknya Beli Rumah Usia Muda

Published

on

beli rumah usia muda

Wow, Baru Umur 21 Tahun Dah Beli Rumah Pertama Atas Nama Sendiri! Kakak Kongsi Cara Adiknya Beli Rumah Usia Muda

Proses membeli dan memiliki sebuah rumah bukanlah satu perkara yang mudah. Ianya wajib melalui proses demi proses yang agak rumit. Apa yang paling penting dari segi ekonomi kita mestilah kukuh dahulu. Namun begitu, kita perlu faham yang antara aset yang mahal dan tidak jatuh harganya dengan mudah adalah rumah. Oleh yang demikian, amatlah wajar jika ramai anak muda hari ini yang sudah memasang angan-angan untuk beli rumah usia muda berbanding memikirkan soal kereta mahal atau mengumpul aset-aset yang lain.

Tak mustahil umur 21 tahun ada rumah atas nama sendiri, kakaknya kongsi beli rumah usia muda

beli rumah usia muda

Perkongsian dari seorang pengguna Facebook di laman akaunnya Anis Syuhada ada memuat naik satu hantaran baru-baru ini dan mendapat banyak perhatian berkenaan dengan kejayaan adiknya, Alya Syahmina. Adiknya berjaya beli rumah usia muda walaupun baru berusia 21 tahun sahaja. Apa yang peliknya, usia 21 tahun biasanya ramai remaja sedang bergelut untuk belajar di universiti dan kolej. Mereka masih mengharapkan duit bulanan dari mak ayah, ada yang mengambil pinjaman biasiswa, atau bekerja secara part time di mana-mana kedai makanan segera.

Bercerita lanjut mengenai Alya, adiknya ini mengumpul simpanan sedikit demi sedikit hasil bekerja part time dengannya dari sekolah lagi dengan mengambil upah pasang barang IKEA. Bukan sahaja berkemahiran dalam kerja yang dilakukan, Alya turut memperolehi keputusan yang cemerlang setiap kali peperiksaan. Bermula dengan mengumpul gred A dan menjadi pelajar cemerlang di sekolah. Kemudian, memperoleh juga keputusan Dekan setiap semester semasa belajar di UITM sambil membuat kerja part time. Pastinya membuatkan semua kakak di luar sana sangat bangga dengan pancapaian adiknya itu.

Baru-baru ini, adiknya menjadi perhatian ramai bila mana berkongsi satu hantaran dari media sosial berkenaan dengan beli rumah di usia muda atas nama sendiri ketika berusia 21 tahun. Dari situ ramai yang memberi komen ingin tahu bagaimana cara dan tipsnya.

“Mungkin ilmu hartanah ni tak ramai yang minat untuk explore lagi-lagi giolongan muda sebab macam pemikiran orang tua. Sebenarnya bila kita mula fikir tentang pemilikan rumah walaupun muda tapi itu salah satu tanda kita dah matang,” kata Anis Syuhada.

Tips beli rumah usia muda, kena kumpul duit buat persediaan rapi

Sebelum beli rumah usia muda atau merancang untuk beli rumah secara umumnya, apa yang perlu kita siapkan yang utama adalah perancangan awal. Jika kita mahu beli rumah pada tahun hadapan, pastikan persiapan keperluan sudah dibuat tahun ini. Selain itu, ini adalah tips-tips yang boleh dijadikan panduan:

1. Penyata KWSP, SOCSO & Slip gaji

Apabila kita bekerja, pastikan mempunyai caruman KWSP, SOCSO dan slip gaji. Perlu sedikan sekurang-kurangnya 1 tahun lengkap kerana kebiasaan bank akan mintak penyata 3 hingga 6 bulan bergantung pada kelayakan kita sendiri.

2. Buat simpanan di Tabung Haji atau ASB

Buat simpanan seperti di Tabung Haji atau Amanah Saham Bumiputere (ASB). Mengapa dua simapanan ini lebih diutamakan berbanding bank-bank lain? Hal ini kerana, simpanan yang dibuat di sini lebih memberikan pulangan dividen yang besar berbanding simpanan biasa. Kita mungkin tidak perasan, jumlah simpanan sebenarnya akan membantu memperkuatkan lagi dokumen yang kita beri pada pihak bank nanti.

beli rumah usia muda

3. Ada transaksi online

Adanya transaksi online selain memudahkan proses transaksi wang dibuat, ia juga untuk “mencantikkan” bank lihat proses keluar masuk duit kita setiap bulan. Bagi sesiapa yang melakukan kerja part time, elakkan urusan “tunai” sebab ia tidak mempunyai bukti dengan pendapatan tambahan yang kita buat.

4. Beli rumah ikut kelayakan

Pilih lokasi rumah yang mana kita ingin beli. Faktor seperti lokasi dekat dengan tempat kerja. kemudahan yang ada, saiz rumah, dan lain-lain perlu difikirkan sebelum mengambil apa-apa keputusan. Walau bagaimanapun, semua ini mestilah berdasarkan juga kelayakan kita. Biar ukur baju di badan sendiri.

5. Rajin bertanya penjual rumah atau agen

Kita mungkin tidak terlalu arif soal hartanah. Oleh yang demikian, adalah lebih baik kita bertanyakan sahaja kepada mereka yang lebih pakar dan tahu seperti penjual atau agen rumah. Biasa kita shopping atau jalan-jalan di mana-mana pasti akan jumpa seorang dua orang jual rumah yang buka booth di situ.

Jangan malu untuk bertanya mengenai soalan-soalan basic dalam membeli rumah seperti kelayakan gaji berapa, monthly berapa, kos guaman, dan kemudian barulah kita boleh mula dengan langkah seterusnya.

6. Periksa kawasan pembangunan rumah akan datang

Jangan lupa untuk periksa kawasan pembangunan rumah akan datang. Rumah kadang kala boleh menjadi mahal apabila kawasan di sekitarnya sudah membangun. Rumah lebih murah kalau kawasan akan membangun.

Itu semua memerlukan masa. Kalau hendak cepat kena bayar lebih kalau tidak mampu lama-lama ia membangun. Kita untung beli rumah murah jualnya mahal.

beli rumah usia muda

7. Jenis rumah LeaseHold atau FreeHold

Periksa rumah itu sama ada LeaseHold atau FreeHold. FreeHold ini bermaksud milikan tanpa had tempoh atau dengan kata lain diberi untuk selama-lamanya kepada pemilik. Manakala LeaseHold adalah bermaksud tanah yang diberi tu ada had tempoh. Tempoh yang diberikan itu biasanya 99 tahun.

8. Keistimewaan rumah pertama

Apa yang orang tidak tahu, rumah pertama banyak keistimewaannya. Rumah deposit rumah baru kadang kala developer boleh tawarkan 0-3% deposit. Ada yang memberikan cash back. Untuk yuran guaman pula ada potongan.

Selain itu, ada juga developer yang bayar untuk kedua-dua pihak. Cuma kena rajiin bertanya dan boleh juga keluarkan KWSP akaun 2.

9. Buat pinjaman

Masuk berkenaan tentang loan ini kadang kala memang banyak kemungkinan. Bagi yang bekerja perlu sediakan dokumen lain, yang meniaga pula dokumen lain. Yang meniaga perlu bayar cukai dan dari situlah payslip dan kelayakan kita dinilai.

Ada banyak pilihan antaranya joint name suami isteri dan untuk yang belum berkahwin boleh bersama adik beradik atau ibu bapa jika masih bekerja atau ada pencen. Seterusnya, bagi yang sudah mampu dari segi ekonomi boleh untuk buat nama seorang.

“Macam Anis dulu mula ayah bantu joint nama. Selepas 5 tahun kami jual rumah tu dan ada keuntungan di situ. Lepas tu pula combine dengan suami. Sama juga jual dengan ada keuntungan selepas 5 tahun. Selepas mampu baru lah atas nama seorang sahaja. Beginilah cara orang yang tidak berapa nak ada. Sekarang umur dah 34 tahun ada rumah ke 3 dengan sedikit hasil pelaburan 2 rumah yang kami beli dan jual dulu,” kata Anis.

10. Rajin bertanya pada pegawai bank dan agen rumah

Akhir sekali, rajin bertanya pada pegawai bank dan agen rumah yang betul-betul berusaha untuk bantu kita. Sediakan duhulu segala dokumen yang mereka minta untuk memudahkan urusan. Tips yang nombor 1 tadi sangat penting. Hal ini kerana kadang-kadang kita akan diberikan juga kelulusan bersyarat dimana kita kena bayar deposit lebih kerana atas sebab-sebab tertentu.

Contohnya komitmen tinggi. Lagi ramai anak, bank akan kira sebagai komitmen, kereta komitmen, dan sebagainya.

Dalam masa yang sama Anis Syuhada turut berpesan, untuk membeli rumah sebenarnya tidak perlu tunggu bekerja kerajaan baru boleh beli. Yang kerja swasta pun tiada masalah yang penting mempunyai dokumen yang cantik dan kemas.

Ada rumah sendiri kita boleh pilih sama ada hendak duduki atau sewa kan menjadi homestay. Kedua-dua cara ini memiliki manfaatnya yang tersendiri. Beli rumah sendiri boleh dijadikan aset dan pelaburan jangka masa panjang yang baik walaupun aset beku (lambat cair). Bila kita guna dua kaedah ini, kita mungkin tidak perasan tanpa sedar ada orang lain yang bayarkan rumah kita dekat bank. Sebab itu pentingnya ada ilmu hartanah sebelum membeli sebuah rumah.

Sumber: Anis Syuhada

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

INFO

Unik & Penuh Warisan! Pengantin Suku Jakun Peragakan Baju Perkahwinan Kulit Kayu Terap

Published

on

Anak Dituduh Rosakkan Kerusi Sekolah Ibu Sanggup Pikul Meja Kerusi Baru 20260919 083115 0000

Unik & Penuh Warisan! Pengantin Suku Jakun Peragakan Baju Perkahwinan Kulit Kayu Terap

​Siapa kata Orang Asli tak kreatif? Busana perkahwinan yang dihasilkan daripada kulit kayu pokok terap ini membuktikan kehebatan seni dan warisan masyarakat tempatan yang amat luar biasa!

​Memerlukan masa kira-kira enam bulan untuk disiapkan, pakaian ini mempamerkan ketelitian, kesabaran, dan kemahiran kraf tangan tradisi yang tinggi. Daripada proses mengambil kulit kayu, mengetuk, mengeringkan, sehinggalah membentuknya menjadi helaian kain yang berseni, semuanya memerlukan seni pertukangan yang sangat halus.

​Lebih membanggakan, busana yang sarat dengan identiti warisan ini digayakan sendiri oleh pasangan pengantin daripada suku kaum Jakun dari Pahang. Keindahan pakaian ini bukan sahaja menyerlahkan keunikan pada hari bahagia mereka, malah menjadi simbol kebanggaan terhadap asal usul dan budaya nenek moyang.

​Satu karya seni hidup yang wajar dipelihara agar tidak luput ditelan zaman. Cantik, unik, dan penuh nilai estetika!

Kredit Foto / Sumber: Threads @themoonn09

Continue Reading

INFO

Tanpa Baju Sanding & Makan Beradab, Konsep ‘Intimate Wedding’ 70 Tetamu di Masjid Sendayan Ini Dipuji Ramai

Published

on

Anak Dituduh Rosakkan Kerusi Sekolah Ibu Sanggup Pikul Meja Kerusi Baru 20260916 184821 0000

Tanpa Baju Sanding & Makan Beradab, Konsep ‘Intimate Wedding’ 70 Tetamu di Masjid Sendayan Ini Dipuji Ramai

Konsep perkahwinan intim (intimate wedding) semakin mendapat tempat dalam kalangan pasangan muda hari ini. Pendekatan yang praktikal, tenang, dan jimat ini membuktikan bahawa majlis yang bermakna tidak semestinya perlu mahal atau penuh dengan adat yang merumitkan.

​Berikut adalah hantaran bersesuaian dengan garis panduan standard komuniti Facebook (menggunakan teks mesra media sosial, emoji yang seimbang, serta hashtag relevan):

​KONSEP ‘INTIMATE WEDDING’ DI MASJID SENDAYAN

​Bila sebut pasal kahwin, ramai bayangkan majlis besar-besaran, baju sanding beberapa persalinan, dan majlis makan beradab yang meriah. Tapi berbeza dengan konsep intimate wedding ini—ringkas, tenang, dan sangat menjimatkan kos tanpa mengurangkan keberkatan majlis!

​Ringkasan Majlis:

Lokasi: Masjid Sendayan, Negeri Sembilan

Hari: Hari Bekerja (Weekday)

Jumlah Tetamu: 70 orang sahaja (keluarga & rakan terdekat)

Pakaian: Tiada baju sanding (cukup sepasang baju nikah yang ringkas & sopan)

Jamuan: Tiada meja makan beradab (jamuan santai bersama tetamu)

​KENAPA KONSEP INI SANGAT BERBALOI?

​Keindahan Senibina Masjid Sendayan

Seni bina Masjid Sendayan yang tersergam indah berunsurkan seni bina Islamik moden sudah cukup dijadikan latar belakang fotografi yang sangat memukau. Tak perlu risau nak sewa pelamin atau bina dekorasi yang mahal!

​Majlis Hari Bekerja (Weekday) yang Tenang

Mengadakan majlis pada hari bekerja mengurangkan kesesakan tempat letak kereta dan mengelakkan suasana bersesak-sesak. Perjalanan majlis jadi jauh lebih lancar dan tenang.

Fokus Kepada Tetamu Terdekat (70 Orang)

Dengan jumlah tetamu yang terhad, pengantin dapat melayan setiap tetamu dengan mesra dan berkualiti. Tiada lagi situasi pengantin tak sempat bertegur sapa dengan tetamu yang hadir.

​Penjimatan Bajet yang Ketara

Tanpa sewaan baju sanding, persediaan meja makan beradab, dan hiasan pelamin yang sarat, ribuan ringgit dapat dijimatkan. Duit penjimatan ini boleh digunakan untuk persediaan kehidupan selepas nikah atau deposit rumah!

​Perkahwinan itu simple, yang merumitkan kadangkala adalah ekspektasi sekeliling. Semoga perkongsian ini memberi inspirasi buat pasangan yang sedang merancang majlis nikah secara bajet dan bermakna!

​Kredit: ainulamer

Continue Reading

INFO

Rebah Selepas Sangka Sakit Gigi Biasa, Ibu 4 Anak Meninggal Dunia Akibat Kegagalan Organ

Published

on

Anak Dituduh Rosakkan Kerusi Sekolah Ibu Sanggup Pikul Meja Kerusi Baru 20260915 154852 0000

Rebah Selepas Sangka Sakit Gigi Biasa, Ibu 4 Anak Meninggal Dunia Akibat Kegagalan Organ

​Satu perkongsian yang amat menyayat hati baru-baru ini telah membuka mata ramai pihak mengenai bahaya jangkitan gigi yang kerap diabaikan, terutamanya bagi wanita hamil.

​Arwah Siti Nor Fitriah, 32, telah menghembuskan nafas terakhir akibat severe sepsis with multi-organ failure (jangkitan kuman teruk yang membawa kepada kegagalan pelbagai organ). Pemergian arwah yang berlaku secara mendadak meninggalkan duka yang mendalam buat suami dan keluarga.

​Sakit Gigi Disangka Simptom Biasa Kehamilan

​Setiap kali mengandung pada tahun 2018, 2021, 2023, dan 2025, arwah kerap mengalami sakit gigi. Seperti kebanyakan kita, arwah dan suami menyangka ia sekadar masalah biasa wanita hamil dan hanya mengambil ubat penahan sakit (Panadol). Kesakitan itu memang hilang selepas bersalin, namun rupanya kuman tersebut “bertapa” dan membiak secara senyap.

​Keadaan kesihatan arwah merosot dengan pantas apabila paru-paru gagal berfungsi, buah pinggang terjejas, dan jantung terhenti sebanyak dua kali sebelum disahkan meninggal dunia. Doktor pakar mengesahkan bahawa jangkitan kuman yang melumpuhkan organ-organ utama tersebut berpunca daripada masalah gigi yang dipendam bertahun-tahun.

​Mengapa Sakit Gigi Sangat Bahaya Untuk Ibu Hamil?

​Perubahan Hormon Kehamilan: Peningkatan hormon progesterone dan estrogen menjadikan gusi lebih sensitif, mudah membengkak, berdarah (pregnancy gingivitis), dan terdedah kepada jangkitan.

​Gigi “Sembuh” Sendiri Beralih Jadi Bahaya: Apabila sakit gigi tiba-tiba hilang tanpa sebarang rawatan doktor, ini bukan bermakna ia dah sembuh. Ia menandakan saraf gigi telah mati (necrotic pulp). Apabila saraf mati, rasa sakit hilang, tetapi bakteria di dalam akar gigi terus membiak dan membentuk nanah secara senyap.

​Ancaman Sepsis (Jangkitan Dalam Darah): Kuman dari akar gigi yang dijangkiti boleh meresap masuk ke dalam aliran darah (bacteremia). Apabila ketahanan badan merosot, ia boleh mencetuskan tindak balas keradangan melampau ke seluruh tubuh (sepsis), merosakkan organ penting seperti paru-paru, jantung, serta buah pinggang.

​APA YANG PATUT KITA BUAT?

​Guna Pemeriksaan Gigi Percuma: Setiap ibu hamil yang membuka buku pink di Klinik Kesihatan (KK) diberi rujukan terus ke Klinik Pergigian secara percuma. Manfaatkan peluang ini!

​Jumpa Doktor Gigi Sebelum/Awal Hamil: Jika anda merancang untuk hamil atau sedang hamil, buat pemeriksaan gusi dan gigi secara menyeluruh.

​Jangan Selalu “Bergantung” Pada Penahan Sakit: Ubat seperti Panadol hanya melegakan kesakitan luaran, bukan membunuh kuman di dalam akar gigi.

​Salam takziah buat seluruh ahli keluarga Allahyarhamah Siti Nor Fitriah. Semoga kisah ini menjadi pengajaran dan iktibar buat kita semua agar lebih peka dengan kesihatan mulut. Al-Fatihah

Continue Reading

Trending

2024 Majalah Ilmu © Hak Cipta Terpelihara.