Kisah
Kaut Keuntungan RM 60,000 Dalam Dua Musim, Anak Muda Lepasan Universiti Berhenti Kerja Pejabat, Menjadikan Tanaman Cili Sebagai Sumber Pendapatan Yang Lumayan.
Kaut Keuntungan RM 60,000 Dalam Dua Musim, Anak Muda Lepasan Universiti Berhenti Kerja Pejabat, Menjadikan Tanaman Cili Sebagai Sumber Pendapatan Yang Lumayan.
Mohd Hafis Mohd Zain (gambar kanan) bersama rakannya, Muhammad Hafis Mahiyar melihat hasil tanaman cili yang diusahakan menggunakan kaedah fertigasi di Kampung Api Api, Pontian, Johor.
Dua anak muda lepasan universiti tempatan berhenti kerja pejabat dan menjadikan tanaman cili sebagai sumber pendapatan yang cukup lumayan.
Menggunakan kaedah penanaman fertigasi tanpa tanah dan menjimatkan masa, penggunaan tanah terhad dan penjimatan penggunaan air, Mohd Hafis Mohd Zin dan Muhammad Hafiz Mahyar, masing-masing berusia 29 tahun kini mengusahakan 4,000 pokok di Kampung Api-Api, dekat sini.
Mohd Hafis Mohd Zin, graduan Marin dari Universiti Malaysia Terengganu dan Muhammad Hafiz Mahyar, Universiti Teknologi Malaysia juga anak kelahiran Pontian tidak menyangka hobi menanam cili secara suka-suka pada permulaannya membolehkan mereka mengaut pulangan lumayan.
“Bukan senang mendapat pekerjaan sesuai sekarang kerana saingan cukup sengit membuatkan saya nekad berhenti kerja dan serius dengan projek penanaman cili ini.
“Sebelum berhenti saya mula tanam cili di halaman rumah mak, ayah setiap kali pulang kampung hujung minggu. Dua kali menuai, saya memperoleh hasil sebanyak RM60,000,” katanya ketika ditemui MalaysiaGazette baru-baru ini.
Menyewa tanah seluas seekar, Mohd Hafis dan Muhammad Hafiz semakin serius dengan ladang fertigasi cili dan usahanya dipermudahkan dengan bantuan Jabatan Pertanian Johor bernilai RM30,000 di bawah Program Galak Usahawan.
Ini tidak termasuk dengan pelbagai kursus dan bimbingan berterusan daripada Jabatan Pertanian.
Muhammad Hafiz pula berbangga apabila hasil kerja kerasnya berjaya dipasarkan di pasar raya dan pasar awam di sekitar Pekan Nanas, Pontian, Benut dan beberapa daerah lain di negeri itu.
“Saya dan rakan terharu dengan kesungguhan dan komitmen pelbagai agensi kerajaan, khususnya Jabatan Pertanian dalam membantu kami menjadi petani yang berjaya,” ujarnya.
Tidak mahu hanya terlibat dalam penanaman cili, kedua-dua rakan baik itu ingin melebarkan pendapatan mereka dengan menanam terung, timun dan rock melon.
“Kita sudah merancang ke arah itu dan akan melaksanakan sedikit masa lagi,” kata Muhammad Hafiz dengan cukup yakin.
Seronok dengan kejayaan dua anak muda itu, Ahli Dewan Undangan Negeri Pulai Sebatang, Datuk Tee Siew Kiong mahu kejayaan Mohd Hafis dan Muhammad Hafiz menjadi pendorong semangat kepada anak-anak muda lain untuk terlibat dalam bidang pertanian.
“Kalau boleh kami mahu lebih ramai anak muda melibatkan diri dalam bidang pertanian yang menawarkan banyak peluang.
“Sumber makanan dalam negara tidak mencukupi dan kita perlu mengimport makanan dengan banyak, maka peluang ini wajar diambil,” katanya yang ditemui semasa melawat ladang fertigasi cili mereka.
- Resepi Viral5 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga5 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA5 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA5 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA6 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA5 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA6 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah
- AGAMA5 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.