SEMASA
Seorang Kanak2 Nekad Panjat Bumbung Untuk Mengibarkan Bendera Putih Demi Membantu Neneknya

Seorang Kanak2 Nekad Panjat Bumbung Untuk Mengibarkan Bendera Putih Demi Membantu Neneknya
Baru-baru ini tular satu cara untuk membantu rakyat Malysia yang dalam kesusahan iaitu kempen bendera putih. Kempen bendera putih yang diuar-uarkan kepada ramai orang yang memerlukan semasa waktu yang sangat sukar ini adalah merupakan salah satu inisiatif yang telah dibuat oleh rakyat Malaysia untuk memastikan kepada semua pihak tidak ada yang di dalam kesusahan.
Oleh itu, pelbagai kisah sedih telah dimuat naik di media sosial apabila mendengar mereka yangmengibarkan bendera putih ini susulan sudah buntu untuk mencari sumber pendapatan bagi meneruskan kehidupan.
Merisikokan diri kibar bendera
Menerusi perkongsian yang dibuat oleh seorang aktivis kemasyarakatan dan juga pengguna TikTok dikenali sebagai @salwaaidin, dia telah memuat naik video yang dirakam tanpa sengaja gelagat seorang kanak-kanak yang memanjat balkoni rumah demi mengibarkan bendera putih.
Video: https://www.tiktok.com/@salwanaidin/video/6982169847178317083
Tinggal bersama nenek dan adik
Dapat dilihat aksi berbahaya itu dilakukan di luar tingkap kawasan pangsapuri PPR. Tanpa berlengah, pihak @salwanaidin segera ke kediaman kanak-kanak tersebut.
Menurutnya, kanak-kanak tersebut tinggal bersama nenek dan adiknya yang masih kecil. Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 1.0 lagi, neneknya hanya berniaga kuih-muih untuk menampung perbelanjaan, namun tidak dapat melakukan pekerjaan itu lagi disebabkan pandemik.
Terputus bekalan makanan
Bil air, elektrik dan sewa rumah juga sudah berbulan tidak mampu dibayar, manakala bekalan makanan sudah terputus.
Kehadiran badan bukan kerajaan (NGO) memberikan sumbangan kepada mereka sedikit melegakan keluarga kecil ini.
Mereka kibar sebab sangat memerlukan
Sehubugan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan komen dengan mengakui sebak melihat semakin ramai yang mengalami kesukaran hidup memadangkan PKP terus berlanjutan.
Mereka juga berdoa agar ahli keluarga berkenaan terus kuat dan tabah menghadapi ujian yang berat ini.
Buat rasa lebih bersyukur
Tiba2 sebak lihat video ni
Semoga mereka kekal kuat dan sabar
Kalau tak alami, jangan cakap sedap mulut
Majalah ilmu: Semoga adik ini dan keluarganya dimurahkan rezeki oleh Allah. Marilah sama-sama kita doakan semoga kita semua didalam lindungan Allah SWT dan semoga wabak ini pulih kembali. Aamiin.
Sumber: TikTok @salwanaidin / Ohmymedia
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Majalah Ilmu
- Resepi Viral5 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga5 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA5 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA6 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA6 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA5 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA6 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah
- AGAMA5 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.