SEMASA
‘Innalillahi wa inna ilaihi rajiun’, Ayah Kepada Ustaz Ebit Lew Baru Sahaja Meninggal Dunia. Ustaz Mohon Doakan Buat Ayahnya.

‘Innalillahi wa inna ilaihi rajiun’, Ayah Kepada Ustaz Ebit Lew Baru Sahaja Meninggal Dunia. Ustaz Mohon Doakan Buat Ayahnya.
Baru sahaja tadi Ustaz Ebit Lew telah melaporkan bahawa ayahnya telah kembali ke rahmatullah di Gleanagle Hospital. Ustaz ebit lew telah bergerak ke Gleabagle Hospital untuk membawa jenazah ayahnya untuk dimandikan di Masjid Bandar Baru Ampang.
Ustaz Ebit Lew memaklumkan perkhabaran duka tersebut menerusi satu perkongsian terkini di laman Facebooknya.
Dalam perkongsian tersebut, Ustaz Ebit menulis kata-kata pilunya seperti di bawah:-
Innalillahi wa inna ilaihi rajiun. Bapak saya yang tercinta baru sahaja meninggal dunia. Ya Allah beratnya rasa ujian ini. I love you bapak. Bapak pergi dulu. Nanti Ebit sampai yer.
Ya Allah ampunilah bapak. Sayangilah beliau, rahmatilah beliau, hadiahkan syurga Firdaus untuk beliau. Ya Allah temukanlah bapak dengan mak dekat sana. Letakkanlah mereka bersama. Ya Allah, inilah ayahku yang sangat baik. Terima kasih pinjamkan dirinya untukku.
Saya dalam perjalanan ke Gleanagle Hospital untuk bawa jenazah ayah untuk dimandikan di Masjid Bandar Baru Ampang. Kemudian terus bawa ke Muadzam Shah Pahang. Pohon doakan buat ayah saya dan hadiahkan AlFatihah..
Beberapa hari lalu, Ustaz Ebit memohon orang ramai untuk mendoakan kesihatan bapanya, Ibrahim Lew, 84, yang sedang sakit akibat penyakit kanser perut tahap akhir.
Menurut Ustaz Ebit, keadaan ayahnya semakin kritikal dan ‘menanti hari’ kerana kanser tersebut sudah merebak ke semua anggota badannya yang lain.
Malah, arwah ayahnya sempat berpesan supaya Ustaz Ebit meneruskan kerja dakwah dan misi bantuan kepada mereka yang memerlukan.
Majalah ilmu: Salam takziah buat ustaz ebit lew. Semoga ayah kepada ustaz ebit lew diampunkan oleh Allah SWT. Marilah sama-sama kita doakan buat ayahnya yang tercinta. Semoga ustaz terus kuat dan tabah menghadapinya. Alfatihah.
Sumber: Ebit Lew / Siakapkeli
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Majalah Ilmu
- Resepi Viral5 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga5 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA5 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA6 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA6 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA5 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA6 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah
- AGAMA5 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.