Connect with us

INFO

Kalau Kena Lumpur Guna Cara Ini. Cara Basuh Pakaian Yang Kena Air Banjir Supaya Bersih

Published

on

iwugfhaelrgh

Kalau Kena Lumpur Guna Cara Ini. Cara Basuh Pakaian Yang Kena Air Banjir Supaya Bersih

Banyak harta benda yang mus_nah aki_bat banjir baru-baru ini, banyak pakaian yang terendam dalam air banjir. Malah ada yang melekat dengan lumpur dan kebanyakannya ada antara pakaian ini menjadi kesayangan kita. Bagi membolehkan pakaian ini bersih dan boleh dipakai kembali berikut adalah tip yang boleh digunakan untuk mencuci pakaian yang terendam dalam air banjir.

1. Bersihkan dulu dari lumpur. Pakaian begini memang tak diterima oleh dobi jadi kita kena cuci sendiri. Perkara pertama yang perlu dilakukan adalah dengan bersihkan lumpur dengan cara merendam baju. Rendam baju ini hingga lumpur keluar dari baju. Kemudian bilas beberapa kali hingga air bilasan tiada warna lumpur. Selain rendam boleh juga sembur menggunakan semburan air yang kuat.

2. Asingkan. Selepas tanggal lumpur, asingkan pakaian putih dengan berwarna untuk proses basuhan seterusnya.

3. Rendam air panas. Bagi menghilangkan bakteria atau kuman yang mungkin masih ada pada baju, rendam pakaian dengan air panas. Rendam paling kurang 5 minit, jika ingin lebih lama tambah air panas lagi. Ketika ini boleh tambahkan dengan cecair pencuci anti kuman atau virus.

4. Baju bayi rendam sekali lagi dalam cairan pembersih kuman. Jika yang terendam itu adalah baju anak-anak atau bayi, rendam sekali lagi dalam air yang ditambah cairan pembersih kuman. Tak perlu lama, 10 minit mencukupi. Boleh guna cecair pembasmi.

5. Basuh. Selepas itu basuh sekali lagi seperti biasa menggunakan mesin basuh menggunakan mode paling lama supaya cucian bersih. Kemudian jemur di bawah pancaran matahari hingga benar-benar kering. Ataupun keringkan menggunakan mesin pengering di dobi layan diri. Panjangkan tempoh supaya baju sepenuhnya.

Semoga bermanfaat.

Sumber: Popmama

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

2024 Majalah Ilmu © Hak Cipta Terpelihara.