Connect with us

Petua

Kaedah Guna Garam Epsom Untuk Hasilkan Buah Yang Manis Dan Lebat

Published

on

ugyg

Kaedah Guna Garam Epsom Untuk Hasilkan Buah Yang Manis Dan Lebat

Garam epsom ini ada banyak manfaat untuk tanaman. Bagi yang tanam pokok buah dan sayur elok digunakan untuk dapatkan buah yang manis dan lebat.

Bukan itu saja, garam epsom ini juga berguna untuk merawat pokok yang daun kekuningan, kerinting serta terkena serangga perosak. Jika nak cili yang ditanam lebih pedas juga boleh gunakan garam ini.

 

a2b15f5ef701088f3fdde047479e6c30

Tapi sebelum itu pastikan cara pengunaannya adalah betul. Boleh ikut perkongsian dari nurseri Fig Farm ini.

1. Dapatkan buah yang manis

Tabur garam Epsom pada pokok buah-buahan, pokok kacang, sayuran. Fungsi garam ini dapat meningkatkan tahap klorofil dalam sel tumbuhan membolehkan pokok menghasilkan buah yang manis.

Cara penggunaan: Kadar siraman 1 sudu dicampur dengan 4 liter air. Siram 2 minggu sekali. Tabur 1 sudu setiap pokok 1 bulan sekali.

Bagi pokok tomato guna 2 sudu garam untuk setiap 4 liter. Siram setiap 2 minggu.

43573bd5ddd5ade961e3456fb50d4ffd

2. Melebatkan buah cili, lebih besar dan lebih pedas

Untuk tujuan ini pokok cili perlu diberi magnesium setiap dua minggu. Cara penggunaan untuk pokok cili taburkan 1 sudu garam Epsom untuk setiap kaki persegi 2 minggu sekali.

baja cili

3. Atasi daun kekuningan

Pokok yang tidak mendapat magnesium yang cukup boleh dikenal pasti dengan daun kuning. Ini kerana magnesium merupakan komponen penting dalam pengeluaran klorofil.

Cara penggunaan: Tabur/ siram lebih kurang 1 sudu besar setiap pokok sebulan sekali supaya daun hijau semula. Siraman, 1 sudu + 4 liter air. Siram 2 minggu sekali

28795583 1670009576425515 3504299202999605884 n

4. Elak daun kerinting (pokok cili)

Tambah garam Epsom di sekeliling pangkal pokok yang sakit. Secara alternatif, untuk penyerapan yang lebih cepat boleh mencampurkan 2 sudu besar garam Epsom dalam segelen air dan siram terus kepada daun.

Cara penggunaan: 2 sudu + 4 liter air. Siram pada daun sebulan sekali.

5. Elak perosak tanaman

Garam epsom juga boleh elak kehadiran siput, ulat bulu dan bena, selaik cegah jentik jentik dalam bekas hidroponik.

Cara penggunaan: Tabur garam ini di pangkal pokok yang terdapat kehadiran ulat perosak.

Semoga bermanfaat.

Sumber: Fig Farm

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

2024 Majalah Ilmu © Hak Cipta Terpelihara.