SEMASA
“Malaysia Diambang Inflasi Teruk, Kos Sara Hidup Tinggi?” Kadar OPR Naik Buat Kali Ketiga Tahun 2022, Apa Kesan Kepada Rakyat Marhaen

“Malaysia Diambang Inflasi Teruk, Kos Sara Hidup Tinggi?” Kadar OPR Naik Buat Kali Ketiga Tahun 2022, Apa Kesan Kepada Rakyat Marhaen
Sedikit demi sedikit perubahan ekonomi yang berlaku di Malaysia dapat kita lihat dengan jelas dari hari ke hari. Walaupun mungkin pada pandangan masyarakat marhaen yang bukan menjadi “perancang” tetapi sekadar menjadi “pengguna” dalam sesebuah ekonomi, mereka sebenarnya mempunyai kesan tersendiri yang perlu ditanggung. Namun benarkah Malaysia diambang inflasi sekiranya kadar OPR naik terburu-buru?
Apa itu OPR?
OPR adalah singkatan kepada overnight policy rate atau juga dikenali sebagai Kadar Dasar Semalaman. Maksudnya adalah kadar OPR naik atau turun semuanya telah ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia.
Kadar faedah ini berlaku disebabkan berlakunya pinjaman dana antara bank A ke bank B sekiranya dana sesebuah bank itu tidak mencukupi. Jelasnya, setiap pinjaman ada dikenakan faedah termasuklah pinjaman dari bank ke bank lain.
Graf kadar OPR tidak sekata
Pada 6 Julai 2022, BNM mengumumkan kenaikan OPR sebanyak 0.25% kepada 2.25%, ini dilakukan selepas ia dinaikkan kepada 2.00% pada Mei lalu. Sekali lagi buat kali ketiga kadar OPR naik pada 8 September lalu sebanyak kenaikan 25 mata asas menjadikannya 2.50%. Malah kadar tertinggi dan terendah koridor bagi OPR masing-masing turut dinaikkan kepada 2.75% dan 2.25%.
Mengapa kadar OPR naik terlalu drastik seperti ini? Menjawab persoalan tersebut, perubahan ini boleh berlaku disebabkan banyak perkara tetapi yang paling menjadi isu sekarang ini adalah usaha dalam mengawal inflasi negara serta kenaikan harga barang. Kenyataan ini diperkuatkan lagi apabila BNM turut menyuarakan kepercayaan mereka bahawa langkah ini mampu mengurangkan tahap akomodasi monetari dan mengukuhkan nilai Ringgit di pasaran.
Pensyarah Kanan Putra Business Scholl (PBS), Prof. Madya Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff berpandangan, terdapat keperluan untuk menaikkan OPR setelah mengambil kira kadar inflasi yang tinggi, iaitu pada paras 4.4% pada Julai 2022.
Mengapa kadar OPR naik terlalu drastik?
Ramai yang merungut tentang kenaikan yang baru diberitakan ini. Tidak lupa juga ada yang rungsing dan masih tertanya-tanya apakah kesan kadar OPR naik kepada kos sara hidup mereka dan beberapa hal lain. Secara umumnya, kadar OPR akan memberi kesan kepada dua aspek terhadap individu peminjam iaitu tempoh pembayaran menjadi lebih panjang atau kadar pembayaran semakin tinggi.
Bunyinya macam bukanlah suatu plihan yang bijak sebagai seorang pengguna untuk lakukan. Tetapi jika kadar ini dinaikkan, perbelanjaan aliran tunai negara menjadi semakin perlahan dan meningkatkan simpanan negara.
Berkongsi seorang perunding bertauliah IFP, Afyan Mat Rawi di laman Facebooknya berkata, mengikut teori ianya bermula setelah negara selesai menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Setelah PKP, masyarakat akan mula meneruskan kehidupan seperti biasa tanpa sekatan. Mereka mula berbelanja seperti biasa, jalan raya semakin sesak, pusat peranginan mula sesak, pasar raya penuh, manakala hotel dan homestay kebanyakkan juga fully booked.
Dalam masa yang sama kerajaan terpaksa mengeluarkan bantuan secara online dan offline untuk membantu rakyat yang terkesan teruk akibat pandemik itu. Maka banyak inisiatif yang diberikan seperti moratorium beberapa kali, i-Sinar, i-Citra, pengeluaran KWSP RM10,000, dan OPR turut diturunkan beberapa kali sehingga ke paras paling rendah dalam sejarah negara.
Justeru itu, apabila PKP ditamatkan, ekonomi perlu mengalami fasa pemulihan dan menghadapi cabaran baru lagi kerana harga barang yang semakin meningkat disebabkan permintaan yang tinggi. Supply terhad tetapi demand tinggi melambung-lambung sehingga kerajaan terpaksa menaikkan OPR setinggi sekarang.
Kesan kenaikkan ini kepada kehidupan rakyat marhaen
Jika golongan kaya raya pun boleh terkesan dengan impak dari kenaikan OPR ini, mengapa kita rasa rakyat marhaen tidak terjejas? Sedangkan aliran tunai yang masuk ke dalam negara juga dibantu oleh golongan kaya yang membuat pembelajaan besar bagi memastikan ekonomi negara sentiasa dalam keadaan baik. Rakyat marhaen pasti mendapat tempiasnya tetapi dalam cara yang berbeza.
Apabila OPR naik, kadar insuran akan meningkat. Bukankah itu akan melibatkan kos insuran diri, kehidupan, kenderaan, perubatan, dan sebagainya meningkat? Ini akan menyebabkan masyarakat mula kurang berbelanja, maka demand akan berkurang. Apabila demand berkurang, harga tidaklah naik tinggi.
Dalam masa yang sama, produk simpanan dan pelaburan bank seperti fix deposit, akaun semasa, Tabung Haji, ASB, dan sebagainya juga dijangkakan tinggi. Hal ini untuk menggalakan orang ramai menabung dan mula menyimpan.
Ada sisi negatif dan positif dalam kenaikan OPR ini pada kehidupan kita semua. Untuk jangka masa pendek, mungkin kita rasa ia menyusahkan dan membebankan. Namun sebagai pengguna, kita doakan sama-sama semoga kenaikan OPR ini dapat memberikan kesan terbaik untuk jangka masa panjang demi keselamatan dan kesejahteraan tanah air kita. Apa-apa pun, dalam ekonomi sekarang ini praktikkan cara berbelanja yang lebih berjimat cermat, dan rancang kewangan anda sebaik mungkin kerana kita tidak dapat jangkakan apa yang bakal berlaku akan datang.
Sumber: Afyan Mat Rawi
SEMASA
Namewee Ditahan Bersama Pil Ekstasi, Positif Pelbagai Jenis Dadah – Polis Sahkan

KUALA LUMPUR, 26 Okt – Polis Kuala Lumpur mengesahkan bahawa pengarah dan penyanyi kontroversi, Namewee, 42, ditahan di sebuah hotel di ibu negara bulan lalu selepas dipercayai memiliki dan menggunakan dadah jenis ekstasi.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus, berkata penahanan dibuat oleh sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi sekitar jam 4.30 petang, 22 Oktober lalu.
Ditemui Sembilan Pil Ekstasi di Bilik Hotel
Menurut Datuk Fadil, hasil pemeriksaan dalam bilik hotel berkenaan menemui sembilan biji pil berwarna biru disyaki pil ekstasi, dengan anggaran berat 5.12 gram.
“Suspek telah ditangkap dan dibawa ke IPD Dang Wangi untuk siasatan lanjut.
Ujian saringan awal air kencing mendapati suspek positif empat jenis bahan terlarang iaitu **amphetamine, methamphetamine, ketamin dan THC (ganja),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Ditahan Dua Hari, Dituduh di Mahkamah
Tambah beliau, Namewee direman selama dua hari bagi membantu siasatan sebelum dituduh di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada 24 Oktober lalu dengan dua pertuduhan berasingan di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952.
Pertuduhan pertama:
➡️ Mengikut Seksyen 39A(1) atas kesalahan memiliki dadah, yang boleh membawa hukuman penjara antara dua hingga lima tahun dan sebatan jika disabit kesalahan.
Pertuduhan kedua:
➡️ Mengikut Seksyen 15(1)(a) atas kesalahan menggunakan dadah, dengan hukuman denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara sehingga dua tahun.
“Suspek tidak mengaku bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan dan dibenarkan jaminan RM4,000 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin tempatan,” ujar Fadil.
Sebutan Semula Kes Disember Ini
Menurut beliau lagi, tarikh sebutan semula kes telah ditetapkan pada 18 Disember 2025 bagi membolehkan pihak pendakwaan dan pembelaan melengkapkan dokumen serta laporan kimia.
Kes ini mendapat perhatian meluas di media sosial memandangkan Namewee (nama sebenar: Wee Meng Chee) sebelum ini dikenali sebagai figura seni yang sering mencetuskan kontroversi menerusi karya muzik dan filemnya, termasuk Nasi Lemak 2.0 dan Babi.
SEMASA
Rakyat Malaysia Maut Ditembak Lapan Kali di Sungai Golok, Disyaki Akibat Masalah Hutang

Rakyat Malaysia Maut Ditembak Lapan Kali di Sungai Golok, Disyaki Akibat Masalah Hutang
PASIR MAS, KELANTAN, 26 Okt – Seorang rakyat Malaysia, Mohd Fuad Fahmie Ghazali, 33, maut selepas ditembak sebanyak lapan kali dalam satu kejadian di sebuah rumah di Sungai Golok, Thailand, pada petang Sabtu.
Mangsa yang berasal dari Kampung Kepas Apam, Pasir Mas, disahkan meninggal dunia sekitar jam 9 malam ketika menerima rawatan di Hospital Sungai Golok akibat kecederaan parah.
“Saya Dapat Dua Panggilan — Satu Beritahu Dia Ditembak, Satu Lagi Kata Dia Sudah Tiada”
Ibu mangsa, Zaiton Abdul Rahman, 64, berkata, dia menerima berita pemergian anak bongsunya itu daripada menantu, Wan Fatihah Mat Hussin, 35, pada malam kejadian.
“Sekitar jam 8 malam, menantu telefon beritahu Fuad kena tembak.
Belum sempat saya tenangkan diri, sejam kemudian saya dapat panggilan lagi… kali ini untuk beritahu anak saya dah meninggal dunia,” katanya dalam nada sebak.
Menurut Zaiton, arwah merupakan seorang anak yang periang dan tidak pernah menunjukkan sebarang tanda mencurigakan sebelum kejadian.
“Dia baru sahaja balik menjenguk saya beberapa minggu lalu. Tak sangka itu kali terakhir saya lihat dia,” ujarnya lagi.
Mangsa Ditembak Lapan Kali
Memetik laporan Sinar Harian Online, kejadian berlaku sekitar jam 6.40 petang (waktu tempatan) ketika mangsa berada di sebuah rumah di Sungai Golok.
Siasatan awal oleh polis Narathiwat mendapati, mangsa ditembak lapan kali di bahagian badan dan dada oleh individu yang masih belum dikenal pasti.
Mangsa sempat dibawa ke Hospital Sungai Golok oleh penduduk setempat, namun disahkan meninggal dunia beberapa jam kemudian.
Punca Dikatakan Berpunca Dari Masalah Hutang
Jurucakap polis Narathiwat memaklumkan bahawa siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berpunca daripada masalah hutang berdasarkan keterangan beberapa saksi yang berada berhampiran lokasi kejadian.
“Pihak kami masih menjalankan siasatan menyeluruh termasuk mengenal pasti suspek yang terlibat serta motif sebenar kejadian,” kata jurucakap itu.
Keluarga Tuntut Keadilan & Urusan Bawa Pulang Jenazah
Keluarga kini sedang berusaha membawa pulang jenazah Mohd Fuad Fahmie ke Malaysia untuk dikebumikan di kampung halamannya di Pasir Mas, Kelantan.
“Kami serahkan kepada pihak berkuasa untuk siasat dan bawa keadilan atas apa yang berlaku,” kata ibunya dalam nada pilu.
Difahamkan, pihak Konsulat Malaysia di Songkhla sedang membantu menguruskan proses dokumentasi dan penghantaran jenazah pulang ke tanah air.
Al-Fatihah buat Allahyarham Mohd Fuad Fahmie Ghazali. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan keluarga diberi kekuatan menghadapi kehilangan ini.
SEMASA
Ibu Allahyarham Zayn Rayyan Menangis Ketika Rayuan Hukuman, Peguam Mohon Denda Sahaja Demi Anak Bongsu Autisme

PETALING JAYA, 25 Okt — Suasana di Mahkamah Sesyen hari ini bertukar hiba apabila Ismanira Abdul Manaf, 30, ibu kepada Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matiin, tidak dapat menahan tangis ketika peguamnya membacakan hujahan mitigasi bagi merayu hukuman lebih ringan terhadap kesalahan mengabaikan anak autisme itu dua tahun lalu.
Ismanira, yang hadir berpakaian sopan dan bertudung hitam, dilihat menangis teresak-esak sepanjang prosiding, lebih-lebih lagi apabila peguam bela, Haresh Mahadevan, menyentuh mengenai nasib dan perkembangan anak bongsu pasangan itu, yang kini berada dalam jagaan keluarga saudaranya.
Tangisan Ismanira menjadi semakin kuat sehingga memaksa ibu mentuanya, yang duduk di barisan hadapan galeri awam, menghulurkan tisu bagi menenangkan menantu perempuannya itu.
“Anak Bongsu Juga Autisme, Perlukan Ibu” – Peguam
Dalam rayuan mitigasi, Haresh memohon agar mahkamah menjatuhkan hukuman denda sahaja dan bukan penjara, memandangkan hukuman berat bakal memberi kesan besar terhadap kebajikan anak bongsu Ismanira yang turut menghidap autisme.
“Anak kedua pasangan ini juga merupakan kanak-kanak istimewa seperti Allahyarham Zayn Rayyan.
Disebabkan kes ini, Ismanira hanya dibenarkan bertemu anaknya kurang daripada 48 jam seminggu.Ketika pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mengambil kanak-kanak itu, dia menangis dan berpaut kuat pada ibunya kerana enggan dipisahkan,” katanya dalam hujahan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen.
Peguam tersebut menjelaskan bahawa kanak-kanak autisme lazimnya sukar menerima perubahan drastik, apatah lagi perpisahan dengan ibu mereka, dan boleh mengalami gangguan emosi serta kemurungan sekiranya tidak disediakan sokongan psikologi yang sesuai.
“Hukuman penjara terhadap ibu ini bukan sahaja memberi kesan kepada dirinya, tetapi juga menjejaskan kesejahteraan emosi anaknya yang masih kecil.
Dalam kes seumpama ini, hukuman penjara tidak bersifat mandatori — mahkamah mempunyai budi bicara untuk menggantikan dengan hukuman denda, yang lebih berperikemanusiaan,” tambahnya.
Rayuan Masih Berlangsung
Setakat tengah hari Jumaat, prosiding rayuan hukuman masih berjalan dan dijangka disambung semula selepas rehat bagi mendengar hujahan balas daripada pihak pendakwaan.
Kes Ismanira mendapat perhatian umum selepas anak sulungnya, Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matiin, yang merupakan kanak-kanak autisme berusia enam tahun, ditemui meninggal dunia dua tahun lalu dalam keadaan mencurigakan berhampiran kediaman keluarganya di Damansara Damai.
Kematian tragis Zayn Rayyan telah mengundang simpati rakyat Malaysia dan mencetuskan perdebatan besar mengenai tanggungjawab penjagaan kanak-kanak istimewa, tekanan emosi keluarga, serta keperluan sistem sokongan yang lebih menyeluruh bagi ibu bapa yang membesarkan anak-anak autisme.
Keluarga6 years agoSering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
Resepi Viral6 years ago10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
AGAMA6 years agoSatu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
AGAMA6 years agoSatu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
AGAMA6 years agoCara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
AGAMA6 years agoCara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
AGAMA6 years agoNafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.
AGAMA6 years ago5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah













