INFO
Ramai Yang Tidak Tahu Akan Risikonya! Antara Jenis-Jenis Aksesori Kereta Yang Bahaya Untuk Digunakan
Ramai Yang Tidak Tahu Akan Risikonya! Antara Jenis-Jenis Aksesori Kereta Yang Bahaya Untuk Digunakan
Ramai yang gemar untuk meletakkan aksesori kepada kereta tujuan untuk bergaya dan menjaga kereta. Tetapi awas, anda perlu berhati-hati. Ada aksesori kereta yang bahaya buat anda.
Memasang atau menggunakan aksesori tambahan di dalam kereta merupakan perkara lazim yang dilakukan oleh pemilik kenderaan. Kebanyakan aksesori yang dipasang atau digunakan tersebut dipercayai mampu memberikan kemudahan dan keselesaan yang lebih baik dan tidak ditawarkan hadir bersama dengan kereta standard.
Tapi sebenarnya ramai yang tidak sedar bahawa ada sesetengah aksesori kereta tidak sesuai digunakan. Malah ia sebenarnya boleh mendatangkan bahaya sama ada meningkatkan risiko kemalangan dan juga faktor keselamatan yang lain.
Regulasi barang aksesori dan produk tambahan untuk kereta sebenarnya sudah ada namun tidak ramai yang ambil serius akan hal ini. Tambahan pula di pasaran online sekarang sangat mudah untuk dapatkan aksesori yang murah. Tapi sejauh manakan faktor keselamatan ia dapat tawarkan kepada pengguna?
Terdapat beberapa jenis aksesori yang tidak selamat dan bahaya digunakan. Berikut MASKULIN kongsikan.
KARPET KERETA
Karpet kereta yang dimaksudkan di sini ialah karpet di bahagian pemandu yang tidak mempunyai saiz yang betul. Penggunaan karpet bersaiz lebih besar dari yang biasa boleh menyebabkan pedal brek tersangkut padanya. Ia sekaligus menyebabkan kereta akan brek dengan mengejut.
DASHBOARD COVER
Pemilik kereta yang kononnya ingin menjaga kondisi dashboard atau papan pemuka sering menggunakan dashboard cover. Dan penggunaan ini sebenarnya agak bahaya kerana ia boleh menghalang airbag keluar dengan sempurna jika berlakunya kemalangan. Jadi elaklah gunakan aksesori seperti ini.
HIASAN PADA CERMIN PANDANG BELAKANG
Cermin pandang belakang sering dijadikan lokasi pemandu untuk serlahkan kreativiti atau personaliti mereka. Antaranya ialah aksesori seperti rantai, tasbih malah tali fon telinga. Ia sebenarnya tidak selamat bukan sahaja untuk anda malah kepada penumpang.
KLIP SEATBELT
Tahukah anda tali pinggang keledar kereta dihasilkan selepas melalui ujian yang sangat ketat? Jadi MASKULIN sendiri agak kurang faham kenapa ada orang suka menggunakan klip seatbelt. Kadang-kadang orang yang suka guna klip ini kerana tidak mahu menggunakan tali pinggang tetapi dalam masa sama tidak mahu penggera amaran berbunyi.
Penggunaan klip ini bersama dengan tali pinggang pula tidak menjamin keselamatan yang baik. Jika berlaku impak kuat besar kemungkinan ia boleh pecah atau tercabut. Lebih teruk insurans juga tidak akan cover jika dapati anda gunakan aksesori seperti ini!
Majalah ilmu: Harap perkongsian ini bermanfaat buat pengajaran bersama. Ingat nyawa adalah lebih utama!
Sumber: Tik Tok Adrianchiaa / Maskulin
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Majalah Ilmu
- Resepi Viral5 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga5 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA5 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA5 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA5 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA5 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA5 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.
- AGAMA5 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah