Connect with us

INFO

Usah Ma rah Si Kecil Kalau Dia Buat 6 Hal Ini.

Published

on

Jangan Marah Si Kecil Kalau Dia Buat 6 Hal Ini.

Usah Ma rah Si Kecil Kalau Dia Buat 6 Hal Ini.

Sebagai seorang ibu dan ayah, kita semestinya idamkan anak-anak kita menjadi insan yang berjaya di dunia dan akhirat. Kita idamkan anak-anak kita mendapat pendidikan baik, juga dapat ditawarkan kerja yang baik dan menjalani kehidupan yang baik. Menjaga anak semasa kecil memang mempunyai pelbagai cabaran dan kerenahnya.Seringkali mak dan ayah naik angin di buatnya. Namun tahukah anda? Jika anak kecil kita melakukan hal ini ibuayah disarankan ” Jangan Marah”.

1. Banyak bertanya.

anak101

Bersyukurlah kalau anak anda jenis suka bertanya banyak soalan. Jangan cepat herdik atau menyuruhnya diam. Layankan sahaja soalan daripadanya. Sebenarnya anak anda sedang cuba mendapatkan perhatian daripada anda.

2. Bermain dengan makanan.

bayi comot sepah makan

Secara spontan anda pasti akan menjerit apabila melihat si kecil sudah comot satu muka dengan makanan yang anda hidangkan kepadanya. tetapi jika anda boleh bertenang sekiranya berhadapan dengan situasi ini, ketahuilah yang anak anda sebenarnya seorang yang bijak. erasaan ingin tahu anak terlalu tinggi hingga membuatkan dia terasa hendak mencuba sesuatu yang dirasakan menyeronokan.

3. Membaling objek

Untitled

Pernahkah anda mengalami situasi dibaling objek seperti botol susu, telefon bimbit, remote tv dan lain2 lagi, oleh si kecil ? Ia sebenarnya salah satu cara anak kecil mengekspresi perasaan sayangnya kepada ibu dan ayah. Sebaliknya anda beritahu anak jangan ulang perkara itu lagi dan dalam masa yang sama ajarkan dia cara yang betul untuk memangil orang lain.

4. Menunjukkan kreativiti

Kadangkala sudah puas anda memuji dan menyatakan kekaguman atau hasil lukisan atau kerja kreatifnya tetapi dia tetapbertanyakan sama ada cantik atau tidak anak anda sebenarnya sedang mencari keyakinan diri. Pujian anda memberikan dia keyakinan untuk menjadi yang lebih baik.

5. Bermain bersama

Adakalanya anak suka mengajak anda bermain bersamanya. Janganlah anda menolak ajakan si kecil. Sesekali apa salahnya layan dia bermain walaupun anak perempuan anda mengajak si ayah bermain masak-masak atau mekap-mekap sementaraanak lelaki pula mengajak ibu mereka sepak bola. Itu tandanya anak sangat sayang akan ibu dan ayah dan inginmemasukkan anda dalam watak alam permainannya.

6. Buat ragam

Di kala anda sedang mengejar masa, anak pula buat hal seperti engan turun dari kereta apabila sudah sampai ke taska atau tertinggal barang sekolah dan menangis dalam perjalanan dan bermacam aneka ragam si kecil persembahkan.Semuanya dilakukan semata-mata mahukan perhatian dan masa yang lebih bersama anda. Jadi janganlah segera menghukumnya kerana ia hanya akan menambahkan lagi kesedihannya. Pujuk dan cakaplah dalam nada yang lembut supaya anak belajar memahami situasi anda.

Apa Kata Anda? Lontar kan pendapat dan pandangan anda di ruang komen dibawah. Segala pandangan dan pendapat anda kami hargai. Terima kasih. @Majalah ilmu.

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

INFO

Tragedi KKEC UiTM Jengka: Seorang Pelajar Meninggal Dunia, 8 Tidak Sedarkan Diri

Published

on

Anak Dituduh Rosakkan Kerusi Sekolah Ibu Sanggup Pikul Meja Kerusi Baru 20260908 051438 0000

Tragedi KKEC UiTM Jengka: Seorang Pelajar Meninggal Dunia, 8 Tidak Sedarkan Diri

(more…)

Continue Reading

INFO

Kanak-Kanak 2 Tahun Berlumuran Darah Digigit 5 Anjing Liar Di Batu Pahat

Published

on

Anak Dituduh Rosakkan Kerusi Sekolah Ibu Sanggup Pikul Meja Kerusi Baru 20260906 233535 0000

Kanak-Kanak 2 Tahun Berlumuran Darah Digigit 5 Anjing Liar Di Batu Pahat

Tragedi menyayat hati menimpa seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun, Nur Hairah Watikah Mohammad Hamizi, selepas ditemui berlumuran darah akibat diserang lima ekor anjing liar.

​Kejadian yang amat membimbangkan itu dipercayai berlaku di Kampung Tambak, Peserai, Batu Pahat. Menurut sumber, mangsa ditinggalkan sementara di bawah jagaan neneknya kerana ibu bapa kanak-kanak tersebut mempunyai urusan kerja di Johor Bahru.

​Sungguh tidak disangka, dugaan berat melanda keluarga ini apabila kanak-kanak sekecil itu terdedah kepada ancaman kawan anjing liar.

​Insiden ini menjadi peringatan mendalam buat kita semua tentang bahaya haiwan liar yang berkeliaran di kawasan kediaman.

LANGKAH KECEMASAN JIKA DIGIGIT ANJING LIAR

​Sekiranya berdepan situasi digigit atau diserang anjing, tindakan pantas amat penting untuk mengelakkan risiko jangkitan serius atau rabies:

  • Cuci Luka Segera: Basuh kawasan gigitan menggunakan air mengalir dan sabun selama sekurang-kurangnya 15 minit.
  • Kawal Pendarahan: Tekan bahagian luka dengan kain bersih untuk menghentikan pendarahan.
  • Dapatkan Rawatan Segera: Bawa mangsa terus ke hospital atau klinik terdekat bagi mendapatkan suntikan rawatan tetanus, vaksin rabies, dan rawatan pembersihan luka secara profesional.

PERANAN KOMUNITI DAN KESELAMATAN

  • Pastikan Pintu Pagar Sentiasa Ditutup: Awasi pergerakan anak-anak kecil dan pastikan persekitaran rumah selamat.
  • Laporkan Anjing LiarBerkeliaran: Hubungi pihak berkuasa tempatan (PBT) atau Pejabat Kesihatan Daerah untuk tindakan kawalan anjing liar di kawasan perumahan.
  • Didik Langkah Keselamatan: Ingatkan ahli keluarga agar tidak mendekati, mengusik, atau berlari secara mendadak apabila ternampak kumpulan anjing liar.

​Sama-sama kita mendoakan agar adik Nur Hairah Watikah diberikan kesembuhan segera dan dipermudahkan segala urusan rawatan. Semoga keluarga beliau diberikan ketabahan hadapi ujian ini.

​Kredit: Portal Buletin TV3 via kisah dunia

Majalah ilmu

Continue Reading

INFO

Misteri Parcel Berbau Busuk: Jiran Minta Tolong Angkat, Rupanya Berisi Mayat Wanita Dibalut Rapi

Published

on

Anak Dituduh Rosakkan Kerusi Sekolah Ibu Sanggup Pikul Meja Kerusi Baru 20260906 223831 0000

Misteri Parcel Berbau Busuk: Jiran Minta Tolong Angkat, Rupanya Berisi Mayat Wanita Dibalut Rapi

​Pengalaman diminta membantu jiran pada awal pagi bertukar menjadi detik paling mengerikan apabila sebuah parcel yang kelihatan biasa rupa-rupanya menyembunyikan rahsia satu kes pembunuhan kejam.

​Kejadian yang gempar ini bermula apabila seorang jiran mengetuk pintu rumah untuk meminta bantuan memindahkan sebuah parcel yang panjang dan sangat berat. Pembungkusannya kelihatan agak mencurigakan kerana dibalut rahim dengan pita pelekat (sellotape) berlapis-lapis.

​Bila ditanya mengenai isi kandungan parcel berkenaan, jiran tersebut hanya menjawab dengan tenang bahawa ia hanyalah besi dan pakaian-pakaian lama.

Tangan Terkeluar Dari Kotak

​Satu lagi pendedahan daripada pemandu yang diminta menghantar barang tersebut menyatakan bahawa dia sudah terhidu bau busuk yang amat menyengat sepanjang perjalanan. Kerana rasa takut dan ragu-ragu untuk membukanya sendiri, pemandu berkenaan bertindak meninggalkan parcel tersebut di tepi jalan.

​Namun, misteri itu akhirnya terbongkar sepenuhnya apabila tangan mangsa tiba-tiba terkeluar dari kotak berkenaan. Identiti mayat wanita yang sudah membusuk itu kemudiannya disahkan sebagai Siti Maimunah, berumur 41 tahun.

Suspek Berjaya Ditangkap Dalam Masa 6 Jam

​Bertindak atas maklumat dan penemuan ngeri itu, pihak polis segera menjalankan siasatan secara pantas. Hasil kecekapan pasukan keselamatan, suspek utama kes pembunuhan ini berjaya ditangkap hanya dalam tempoh 6 jam selepas mayat mangsa ditemui.

​Kejadian ini menjadi peringatan keras kepada masyarakat agar sentiasa berwaspada dengan persekitaran dan tidak mudah terpedaya dengan permintaan bantuan yang mencurigakan.

​Takziah diucapkan kepada seluruh ahli keluarga mangsa. Semoga proses keadilan untuk mendiang dapat ditegakkan dengan seadil-adilnya.

Kredit Infomasi: Portal Liputan6 & Detik News via kisah dunia

Majalah ilmu

Continue Reading

Trending