Connect with us

SEMASA

Isu Siakap ‘Kayangan, ’ Ini Ulasan UAI ‘Kita Order Ikan Siakap 2kg, Dia Hantar 7kg.. ’

Published

on

jhfjf

Isu Siakap ‘Kayangan, ’ Ini Ulasan UAI ‘Kita Order Ikan Siakap 2kg, Dia Hantar 7kg.. ’

BARU-baru ini negara digemparkan pendedahan seorang lelaki berkenaan caj harga seekor ikan siakap mencecah ribuan ringgit oleh pemilik restoran terapung di Langkawi, Kedah.

Pelanggan hadir bersama enam yang lain dihidangkan ikan siakap seberat 7.48 kilogram (kg) berharga RM1,196.80.

Difahamkan jumlah keseluruhan bil termasuk hidangan makanan dan minuman lain pula mencecah RM1,759.50 untuk tujuh orang makan.

Manakala pihak restoran pula menjelaskan dia sudah mencadangkan kepada pelanggan itu supaya ambil ikan lain seperti siakap merah atau kerapu dengan saiz antara satu hingga 1.5kg yang mana lebih sesuai untuk dijadikan hidangan.

Malah pihak restoran mendakwa turut dimaklumkan pelanggan sedia maklum harga bagi ikan siakap terbabit juga sudah dinyatakan di dalam menu restorannya iaitu RM16 bagi setiap 100 gram.

Ikan yang dipesan seberat kira-kira 7kg itu tidak dijual tetapi dipelihara dalam sangkar untuk dijadikan tontonan pengunjung restoran.

Pendakwah, Ustaz Azhar Idrus memberikan pandangan ketika diaju soalan berkaitan kontroversi itu yang disiarkan menerusi saluran Youtube rasmi beliau.

uytdhcg

SOALAN

“Biasa sebuah keluarga seramai lima hingga tujuh orang akan memesan dua ekor ikan seberat 1kg hingga 2kg.
“Bagaimana jika tanpa persetujuan pelanggan, ikan yang dipesan itu seberat 7kg.”

JAWAPAN

 

Menurut Ustaz Azhar, menjadi kelaziman saiz hidangan ikan untuk dimakan lima hingga tujuh orang ialah dua ekor ikan bersaiz sederhana.

Dalam pada itu, katanya konsep jual beli juga perlu jelas.

“Kita pergi makan, kita pesan ikan siakap seberat 1.5kg hingga 2kg.

Kemudian apabila ikan yang dipesan sampai dan dihidang, kita dapati ikan itu besar, contohnya mencecah 7kg.

“Apa yang perlu fahami ialah konsep asal jual beli ini. Hakikatnya kita perlu membeli terlebih dahulu kemudian barulah boleh dimakan.

“Contohnya ayam goreng K**, kita akan membayar terlebih dahulu. Ia menjadi hak milik kemudian barulah ia dimakan. Itu asal konsep jual beli, “ jelasnya.

Turut diterangkan tindakan yang perlu dilakukan sebagai pelanggan sekiranya dihidangkan makanan berlainan daripada yang dipesan.

“Kalau kita pesan makanan (ikan) seberat 2kg, peniaga hantar ikan 10kg, maka jangan makan.

“Kalau kita makan juga, ia bermakna kita bersetuju dengan saiz ikan,” ulas Ustaz Azhar.

Selain itu pendakwah kelahiran Terengganu itu turut mengulas berkenaan segelintir peniaga yang bertindak mengambil kesempatan terhadap pelanggan.

“Pihak penjual pula ambil kesempatan. Pelanggan buat pesanan (lain) tapi penjual masak dan hidang yang besar.

“Misalnya pelanggan pesan dua ekor ikan, tapi dihidangkan empat ekor ikan. Ini dipanggil helah. Helah itu hukumnya haram.

“Jangan main-main, nak berjual beli belajarlah dahulu. Supaya bila berniaga ia barakah (berkat),” tuturnya.

UAI turut menyentuh berkenaan kebanyakan peniaga yang bertindak memanaskan makanan tidak habis dijual kerana ingin mengaut untung lebih.

Malah katanya ada peniaga makanan menghidangkan kepada pelanggan sajian yang tidak dipesan. UAI menjelaskan ia adalah satu bentuk perangkap.
Jika ia tidak mendapat persetujuan kedua-dua belah pihak, maka ia adalah jual beli yang tidak diredai syarak.
Katanya, tindakan memerangkap pelanggan dengan hidangan yang mahal adalah satu bentuk penganiayaan.“Kalau standard lima hingga enam orang makan, tidak sepatutnya hantar ikan seberat 7kg.

“Ikan siakap bukanlah ikan yang sering dimakan golongan bangsawan. Tidak seperti kerapu atau spesies ikan ‘kayangan’ lain.

“Jadi kita perlu hantar lauk itu atas jalan uruf. Jangan hantar kepada orang yang tidak makan harga ikan sebegitu dan kita pula diam tidak maklumkan.

“Ia akan mewujudkan perkelahian,” katanya.

Dalam perkembangan terkini, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sudah mengeluarkan notis di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Harga Anti Percatutan 2011 kepada peniaga restoran tersebut pada Sabtu.

Pemilik restoran diberi tempoh lima hari untuk menjawab beberapa perkara yang dinyatakan di dalam notis itu.

Antaranya berkaitan kos ikan siakap, makanan, minuman dan produk yang dijual.

Video penuh:

https://youtu.be/EnO0awwwbsA 

Sumber: Ustaz Azhar Idrus Official

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

SEMASA

Remaja Pecah Tabung Masjid? Video CCTV Viral Cetus Perdebatan

Published

on

remaja pecah tabung masjid

Remaja Pecah Tabung Masjid? Video CCTV Viral Cetus Perdebatan

ALOR PONGSU – Isu remaja pecah tabung masjid kembali menjadi perhatian apabila satu rakaman CCTV tular di media sosial, memaparkan tindakan beberapa individu dipercayai cuba mengambil wang daripada tabung masjid.

Kejadian yang dipercayai berlaku di sebuah masjid sekitar Alor Pongsu itu mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen, terutamanya apabila ia melibatkan tempat ibadah umat Islam.

Dalam rakaman tersebut, kelihatan seorang remaja menghampiri tabung sebelum bertindak dalam keadaan mencurigakan. Video itu kemudian tersebar luas dan menjadi antara video viral masjid Malaysia yang hangat diperkatakan.

remaja pecah tabung masjid

Netizen Luah Kecewa Isu Tabung Masjid Dicuri

Rata-rata pengguna media sosial meluahkan rasa kecewa terhadap kejadian yang disifatkan sebagai tidak menghormati kesucian masjid.

Ada yang menyifatkan tindakan ini sebagai satu bentuk kes remaja curi duit masjid yang semakin membimbangkan, malah ada juga yang mengaitkannya dengan kemerosotan nilai dalam kalangan generasi muda.

“Masjid sepatutnya jadi tempat paling selamat, bukan sasaran jenayah,” tulis seorang pengguna.

Isu Sosial Remaja Malaysia Kembali Dipersoal

Kejadian ini sekali lagi membuka perbincangan tentang isu sosial remaja Malaysia, termasuk peranan keluarga, pendidikan dan masyarakat dalam membentuk sahsiah generasi muda.

Walaupun ada yang menuntut tindakan tegas, terdapat juga pandangan yang mencadangkan pendekatan mendidik dan membimbing agar remaja tidak terus tersasar.

Setakat ini, belum ada kenyataan rasmi daripada pihak berkuasa berhubung kes remaja pecah tabung masjid tersebut.

 

Video penuh remaja pecah tabung masjid :

 

Sumber

 

 

 

Continue Reading

SEMASA

“Hilang Dihanyutkan Arus Deras” – Kanak-Kanak 10 Tahun Dikhuatiri Lemas Di Puncak Alam

Published

on

Kanak-Kanak 10 Tahun Dikhuatiri Lemas

“Hilang Dihanyutkan Arus Deras” – Kanak-Kanak 10 Tahun Dikhuatiri Lemas Di Puncak Alam

Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam longkang dan dihanyutkan arus deras di Lorong Cakera Purnama, Bandar Puncak Alam, petang tadi.

Kejadian menyayat hati itu dipercayai berlaku sekitar jam 3.30 petang ketika hujan lebat melanda kawasan tersebut.

 Kanak-Kanak 10 Tahun Dikhuatiri Lemas

Menurut Penolong Pengarah Operasi JBPM Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar, pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 7.47 malam.

Susulan itu, seramai enam anggota bersama sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dari Balai Bomba dan Penyelamat Bestari Jaya telah dikejarkan ke lokasi kejadian.

 Kanak-Kanak 10 Tahun Dikhuatiri Lemas

Pasukan bomba tiba di lokasi kira-kira jam 8.13 malam dan segera memulakan operasi mencari dan menyelamat.

“Laporan daripada orang awam mengatakan mangsa jatuh ke dalam longkang dan dihanyutkan arus deras ketika hujan lebat.

“Ketika ini, kerja-kerja mencari dan menyelamat sedang giat dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan.

Perkongsian kejadian ini mengundang rasa risau dan simpati dalam kalangan netizen yang turut mendoakan agar mangsa segera ditemui.

Baca lagi : Kanak-Kanak 4 Tahun Maut, Kereta Dipandu Datuk Terbalik Di Manjoi – Majalah Ilmu

Kanak-Kanak 10 Tahun Dikhuatiri Lemas

Ramai juga mengingatkan tentang bahaya arus deras ketika hujan lebat, terutama di kawasan longkang dan parit yang boleh menjadi sangat berbahaya dalam sekelip mata.

Operasi mencari dan menyelamat Kanak-Kanak 10 Tahun Dikhuatiri Lemas masih diteruskan oleh pihak bomba.

Semoga mangsa Kanak-Kanak 10 Tahun Dikhuatiri Lemas ditemui segera dan segala urusan dipermudahkan.

Sumber

 

 

 

 

 

 

Continue Reading

SEMASA

“Penonton Selalu Terhibur Dengan Kerenah Atok,Pemergian Ayah Famy Ismail Buat Ramai Sebak”

Published

on

,Pemergian Ayah Famy Ismail

Pempengaruh TikTok, famy.ismail, sebelum ini sering mencuri perhatian ramai menerusi perkongsiannya menjaga ayah tercinta yang sedang sakit strok.

Melalui video-video yang dimuat naik, ramai penonton mengikuti perjalanan hidup mereka sekeluarga, termasuk rutin harian, rawatan, suasana di hospital dan gelagat ayahnya yang sering memarahi atau berleter kepada Famy.

,Pemergian Ayah Famy Ismail

Walaupun sering dimarahi, Famy tetap sabar melayan kerenah ayahnya. Malah, hubungan mereka membuatkan ramai tersenyum kerana di sebalik kemarahan itu, jelas kelihatan kasih sayang seorang ayah terhadap anak.

Gelagat ayahnya yang kadangkala tegas, lucu dan bersahaja membuatkan ramai penonton terhibur. Ada yang menganggap atok itu seperti ayah atau datuk mereka sendiri kerana sikapnya yang begitu dekat dengan kehidupan ramai orang.

Moto yang sering dikongsikan Famy iaitu “Cipta lah kenangan selagi ianya masih ada” kini menjadi lebih menyentuh hati selepas berita pemergian ayahnya mula tersebar.

,Pemergian Ayah Famy Ismail

Ramai pengikut mengakui mereka terkejut apabila melihat perkongsian ucapan Al-Fatihah dan berita mengenai pemergian ayah Famy.

Ada yang mengatakan mereka baru sahaja melihat video-video ayahnya beberapa hari lalu, malah ada juga yang mengakui masih teringat wajah dan suara ayahnya yang sering muncul dalam kandungan TikTok Famy.

Ruangan komen turut dibanjiri ucapan takziah dan doa daripada orang ramai.

“Terkejut buka Facebook tadi, Al-Fatihah atok.”

“Atok online kami. Semoga tenang di sana, salam takziah kepada keluarga.”

“Salam takziah kepada seluruh ahli keluarga dan Al-Fatihah… xde dah orang nak hiburkan kami.”

okomenaa

Perkongsian itu membuatkan ramai sedar bahawa setiap momen bersama ibu bapa adalah sangat berharga.

Apa yang dilakukan Famy sepanjang menjaga ayahnya bukan sekadar menghasilkan kandungan di media sosial, tetapi menjadi bukti kasih sayang seorang anak yang sanggup menjaga orang tuanya hingga ke akhir hayat.

Kini, segala gelak tawa, bebelan dan kemarahan kecil ayahnya hanya tinggal kenangan.

sfasfasfasf

Namun kenangan itulah yang akan terus hidup dalam hati keluarga dan para pengikut yang pernah mengikuti perjalanan mereka selama ini.

670554546 18580053295022083 5156897384375136243 n

Al-Fatihah buat Allahyarham. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman.

Video :

@famy.ismail Ayah udah laaa! Ayah udah laaaa! Simple ! 😩 #CiptaKenangan #foryourpage #AtokOnline #fypシ゚ #fyp ♬ suara asli – Virgiant 🪬

Continue Reading

Trending