Connect with us

SEMASA

Isteri yang memandikan bayinya menggunakan alat pemanas air, menyebabkan tragedi Satu keluarga termasuk pembantu rumah m4ut akibat terkena renjatan elektrik di dalam bilik air

Avatar of kidin

Published

on

dhbrfhz

Isteri yang memandikan bayinya menggunakan alat pemanas air, menyebabkan tragedi Satu keluarga termasuk pembantu rumah m4ut akibat terkena renjatan elektrik di dalam bilik air

Malang tidak berbau, seorang isteri yang memandikan bayinya menggunakan alat pemanas air, menyebabkan tragedi Satu keluarga termasuk pembantu rumah maut akibat terkena renjatan elektrik di dalam bilik air di sebuah rumah di Pulogadung, Jakarta Timur kelmarin.

Lapor Kompas.com, mangsa terdiri daripada sepasang suami isteri masing-masing berusia 37 dan 29 tahun, bayi mereka berusia 11 bulan dan pembantu rumah berumur 59 tahun.

Alat Pemanas Air

Ketua Polis Pulogadung, David Richardo berkata, kejadian itu bermula ketika si isteri memandikan bayi mereka di dalam bilik air menggunakan alat pemanas air.

“Dipercayai ketika memandikan anaknya, berlaku aliran elektrik mengenai ibu dan anak tersebut.

“Si isteri menjerit menyebabkan suaminya bergegas ke bilik air namun dia juga terkena renjatan elektrik.

“Kemudian, pembantu rumah yang terdengar jeritan itu juga pergi bilik air untuk melihat apa yang berlaku sebelum dia turut terkena renjatan,” katanya.

443927
Sekadar Gambar Hiasan

Insiden itu menyebabkan keempat-empat mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dan disedari oleh seorang lagi pembantu rumah keluarga tersebut.

Pembantu rumah itu kemudiannya menghubungi ambulans dan polis sebelum kesemuanya disahkan sudah meninggal dunia.

Dalam pada itu, David memaklumkan siasatan terperinci akan dilakukan bagi mengenal pasti punca kematian sekeluarga tersebut.

Katanya, polis akan menyiasat jika benar berlaku renjatan elektrik yang menyebabkan kematian mereka.

Salam takziah buat seluruh keluarga mangsa yang terlibat dalam tragedi menyayat hati ini.

Sumber: Utusan

 

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

2024 Majalah Ilmu © Hak Cipta Terpelihara.