Connect with us

Kisah

“Seekor Ayam Berharga RM242.50,” Inflasi Di Venezuela Pengajaran Buat Dunia Hari Ini Dari Kegagalan Sistem Ekonomi Sebuah Negara

Published

on

inflasi di venezuela

“Seekor Ayam Berharga RM242.50,” Inflasi Di Venezuela Pengajaran Buat Dunia Hari Ini Dari Kegagalan Sistem Ekonomi Sebuah Negara

Dalam memahami konsep nilai mata wang, kita perlu berfikiran lebih terbuka dan mengambil pengajaran dari beberapa kisah yang pernah terjadi dari lipatan sejarah dunia paling teruk pernah berlaku. Justeri perbincangan kali ini bukanlah untuk menakut-nakutkan pembaca, sebaliknya memberikan gambaran dan realiti sebuah negara yang dulunya pernah mewah dan kaya-raya berubah 360 darjah menjadi semuflis sekarang. Ini adalah kisah masyarakat dalam berhadapan dengan krisis inflasi di Venezuela.

Latar belakang Venezuela

inflasi di venezuela

Jika anda masih ingat dengan negara yang diberika jolokan nama “emas hitam” pada tahun 1914 dulu, pastinya kemewahan Venezuela masih kekal terpahat dalam ingatan anda. Merupakan sebuah negara yang menjadi pengasas Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Minyak (OPEC), Venezuela mempunyai anggaran kira-kira hampir 300 bilion tong simpanan minyak terbesar di dunia.

Malah, minyak juga telah menjadi satu per empat daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) di sana. Pelantar minyak yang cukup popular pernah wujud adalah di Anzoategui, Vanezuela. Kerana terlalu kaya, ia pernah menyumbangkan minyak pemanasan secara percuma kepada rakyat Amerika yang miskin dengan hasil petroleum itu.

Disangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Kejatuhan mendadak Venezuela pada tahun 2014 memberi impak yang amat teruk sehingga sekarang. Serta merta, 32 juta penduduk mereka yang dulunya terhidang dengan makanan lazat, hari ini terpaksa mengais sampah di tepi jalan untuk makan. Protes sana sini, pergolakan politik, dan pelbagai campur tangan faktor luar dan dalaman makin merunsingkan lagi masalah tersebut.

inflasi di venezuela

Menurut Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), kadar inflasi di Venezuela pada April 2022 sudah mencecah 222.3%. Dalam kata lain nilai mata wang bolivar mereka sudah tidak mempunyai nilai sama sekali. Dan kini, masyarakat Venezuela sedang menghadapai hiperinflasi yang teruk sehingga menyebabkan mereka terpaksa membawa troli yang berisi duit demi mendapatkan satu keperluan barang rumah seperti sebiji tomato, atau segulung tisu tandas.

Bagaimana manusia hidup dalam keadaan negara hiperinflasi?

Setiap bulan lepas dapat gaji, selalunya kita akan bawa keluarga untuk beli barang keperluan rumah. Jika dulu RM200 mencukupi untuk tampung 4 orang ahli keluarga untuk sebulan, berbeza pula dengan hari ini jika tidak berbelanja lebih RM300 mana mungkin keperluan tersebut dipenuhi. Belum lagi dengan duit belanja anak setiap hari, kos emergency yang tidak disangka-sangka, atau sebagainya. Memang boleh beri tekanan yang mencabar dalam meneruskan kehidupan.

Secara umumnya, tidak ada masalah sama sekali jika sesebuah negara itu berlaku turun naik inflasi dengan kadar yang sedikit kerana pasti perkembangan ekonomi mereka boleh mengawalkanya untuk jangka masa yang panjang. Tetapi jika kadar yang naik dalam jumlah yang tinggi, di tambah tiada inisiatif perubahan yang berkesan untuk kawal, negara tidak mustahil akan terlibat dengan hiperinflasi.

inflasi di venezuela

Contonya inflasi di Venezuela berlaku bukan sahaja kerana kebergantungannya kepada hasil minyak semata tetapi juga bebanan hutang luar negara yang tinggi sebanyak 50 billion dollar.

Apa perasaan anda jika anda bekerja dan menerima gaji setiap bulan, tetapi duit yang anda terima tidak memberikan apa-apa makna untuk anda boleh meneruskan kehidupan?

Itulah yang berlaku kepada masyarakat Venezuela. Rakyat mereka tidak lagi bergantung harap kepada pendapatan gaji semata-mata kerana mereka tidak boleh berbelanja apa-apa dengan duit tersebut. Pergi kedai makan, tanda harga pun tidak diletakkan sebab harga di sana boleh berubah bila-bila masa walaupun di pasaraya.

9 fakta yang mengejutkan perlu anda tahu

Jika anda rasakan barang yang dijual di Malaysia naik “berhantu”, itu belum cukup menyamai apa yang berlaku di Venezuela kesan dari hiperinflasi.

  • Segulung tisu tandas, berharga 2.6 juta bolivar (RM43.20).
  • Seekor ayam, berharga 14.6 juta bolivar (RM242.50).
  • Untuk beli tisu tandas, perlu bawa 1000 keping wang kertas bolivar setinggi 26 cm tebal dan 2.6 kg berat.
  • Untuk beli ayam, perlu bawa wang kertas bolivar tiga kali ganda harga tisu tandas, setinggi 73 cm tebal dan 14.6 kg berat.
  • 3 hingga 4 orang mengalami penurunan berat badan yang ketara dengan purata 9 kg seorang.
  • Harga makanan meningkat 300% dalam 5 tahun.
  • Walaupun pekerja mendapat gaji 2 juta bolivar sebulan, ia masih belum mencukupi untuk beli tisu tandas.
  • 73 orang manusia dibunuh setiap hari dari pelbagai jenis jenayah rompakan, dan penculikan.
  • Aktiviti pelacuran berleluasa.

Gaji professor di Venezuela pun tak mampu baiki kasut

inflasi di venezuela

Jose’ Ibarra, seorang professor di Central Universiti Venezuela mengejutkan ramai orang apabila dia tidak mampu untuk membaiki kasutnya yang rosak. Walaupun mempunyai segulung PhD, dia tidak mampu untuk menukar tapak kasutnya dan setiap hari juga terpaksa ke universiti dengan kasut yang sudah koyak.

Dengan gaji bulanan sebanyak 5.9 juta bolivar, dia memerlukan lebih kurang 14.1 juta bolivar lagi bersamaan empat bulan pendapatan untuk membaiki kasutnya.

Satu sahaja yang terdetik dalam hati saya sebagai penulis ketika ini, “bagaimana jika saya berhadapan dengan situasi ini?” Yang pastinya, kebimbangan ini bukan bermula hari ini. Ia sudah lama memberikan “hint” kepada kita beberapa tahun dulu. Hanya sahaja ianya menampakkan kesannya yang lebih ketara pasca dunia berhadapan dengan situasi pandemik Covid-19.

Sumber: Elnacional, Irisih Times

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kisah

Denda RM50, Air Mata Seorang Nenek: Kisah Warga Emas 90 Tahun Yang Hampir Hilang Punca Rezeki

Published

on

Denda RM50 Air Mata Seorang Nenek Kisah Warga Emas 90 Tahun Yang Hampir Hilang Punca Rezeki

Segamat – Seorang wanita warga emas berusia 90 tahun di Kampung Abdullah, Segamat, Johor, mencuri perhatian ramai apabila dikenakan denda RM50 hanya kerana menjual sayur-sayuran hasil tanamannya sendiri tanpa lesen.

Kejadian yang berlaku pada 23 Januari itu bukan sahaja menyentuh perasaan masyarakat, malah membuka perbincangan besar tentang kemanusiaan, keadilan sosial dan keperluan dasar lebih berperikemanusiaan terhadap golongan rentan.

“Saya Cuma Jual Sedikit…”

Perkara ini mula didedahkan oleh seorang pengguna Facebook, Steven Tan, yang terserempak dengan wanita tersebut ketika beliau menjual sayur secara kecil-kecilan di tepi jalan.

Menurut Steven, seorang pegawai Majlis Perbandaran Segamat (MPS) telah mengeluarkan saman RM50 kerana wanita itu tidak mempunyai lesen penjaja.

Walaupun Steven cuba merayu agar pegawai tersebut bertolak ansur, beliau dimaklumkan bahawa tindakan itu terpaksa dilakukan kerana mengikut peraturan.

Lebih menyedihkan, wanita itu turut diberitahu bahawa dia perlu memohon lesen bernilai ratusan ringgit sekiranya mahu terus berniaga.

“Jumlah itu tidak realistik untuk seseorang yang hanya menjual sedikit sayur beberapa kali sebulan,” tulis Steven.

Bagi wanita tersebut, menjual sayur itulah satu-satunya cara untuk menyara hidup. Jika lesen mahal itu diwajibkan, dia bukan sahaja kehilangan perniagaan kecilnya, malah kehilangan harapan.

sayur

Rayuan Yang Menjadi Tindakan

Steven kemudian meminta pandangan orang ramai tentang cara terbaik untuk membantu wanita berkenaan. Hantaran itu pantas tular dan sampai ke pengetahuan Ketua Pemuda MCA Segamat, Tay Kok Wea.

Beliau segera mengarahkan wakilnya ke lokasi untuk membayar denda RM50 tersebut bagi pihak wanita itu.

Dalam kenyataannya, Tay menegaskan bahawa tindakan itu bukan untuk meraih publisiti, sebaliknya demi membantu seorang warga emas yang hampir kehilangan punca rezeki.

sayuran

Tiada Lagi Denda, Harapan Baharu

Tay turut memaklumkan bahawa beliau telah berbincang dengan pihak penguatkuasaan MPS dan mengesahkan bahawa:

  • Tiada lagi denda akan dikenakan terhadap wanita itu

  • Wanita tersebut kini boleh terus menjual sayur tanpa rasa takut

  • Isu yuran lesen akan dibawa ke mesyuarat untuk dicadangkan bayaran simbolik

“Jika cadangan itu diluluskan, saya sendiri akan menanggung kos lesen tersebut,” katanya.

jual

Lebih Daripada Sekadar Denda

Kisah ini bukan sekadar tentang RM50, tetapi tentang maruah, belas kasihan dan keperluan sistem yang lebih adil kepada golongan miskin dan warga emas.

Ia mengingatkan kita bahawa di sebalik peraturan, masih perlu ada ruang untuk pertimbangan kemanusiaan.

Kadangkala, yang mereka perlukan bukan simpati — tetapi peluang untuk terus hidup dengan bermaruah.

Continue Reading

Kisah

“Bukan main garang bini kau bang…” Isteri Cemas Kereta ‘Hilang’, Suami Selamba Rakam

Published

on

Isteri Cemas Kereta ‘Hilang

“Kereta Kita Mana?!” — Isteri Dah Cuak, Suami Kekal Tenang

Lepas ibu, isteri memang insan paling istimewa dalam hidup seorang lelaki. Bukan sekadar teman hidup, tapi tulang belakang yang setia dalam susah dan senang. Kadang-kadang cara suami menghargai isteri tu sampai another level—siap menyakat dulu sebelum bagi kejutan!

Baru-baru ini, tular di TikTok satu video lucu memaparkan gelagat seorang suami ‘prank’ isterinya. Dalam rakaman tersebut, pasangan ini dilihat baru selesai membeli-belah dan berjalan ke arah parkir. Sampai-sampai je, si isteri terus cuak—kereta mereka “hilang”! Dengan wajah panik, dia bertalu-talu tanya suami: “Kereta mana?”

 Isteri Cemas Kereta ‘Hilang

Si suami pula kekal steady, tak banyak cakap… tapi sempat merakam setiap reaksi isterinya.

Rupa-Rupanya Kejutan, Hadiah Kereta Baharu

Twist sebenar: itu semua hanyalah rancangan lelaki berkenaan untuk menghadiahkan sebuah kereta baharu buat isteri tercinta. Patutlah tenang semacam—rupanya tengah tunggu momen paling ‘boom’ untuk didedahkan!

“Garang Juga Bini Kau…” — Netizen Terhibur

@ashraffahmadkamal Terima la hadiah sempena hari lahir isteriku yang tercinta. Segala penat lelah untuk anak dan rumahtangga kita, terima lah hadiah i yg tak seberapa ni. I harap u suka 😁 saya ni suka sakat sikit dan wife tahu kalau saya main-main. Jenuh nak cover🤣🤣 Akhirnya menjadi juga surprise untuk dia. Love you my love 😘 #evmalaysia #emas7 #protonemas #proton ♬ original sound – اشراف احمدكمال

Ruangan komen memang meriah. Ramai terhibur dengan reaksi spontan si isteri yang nampak “garang” sebab menyangka kereta mereka dicuri. Pada masa sama, ramai juga puji suami yang berani dan romantik dengan cara tersendiri.

Antara komen yang mencuri tumpuan:

komen

  • Bukan main garang bini kau, bang…

  • Alhamdulillah, hargai isteri sebaiknya.

  • Comel! So happy for you. Semoga bahagia selalu.

  • Doakan saya pun dapat surprise macam ni.

Bahagia Itu Bila Saling Menghargai

Rumah tangga ada pasang surut—ada manis, ada ujian. Tapi indahnya bila semuanya ditempuh berdua. Tak semestinya hadiah besar atau kata-kata manis; kadang usaha kecil yang lahir dari hati pun cukup membahagiakan. Bila suami isteri saling memahami dan menghargai, di situlah letaknya bahagia yang sebenar.

Sumber: TikTok @ashraffkamal_

Continue Reading

Kisah

“87% Lelaki Di Rumah Warga Emas Pernah Sakitkan Isteri – Luahan Pak Arief Buat Ramai Tersentak 😢”

Published

on

Rumah Warga Emas

“87% Lelaki Di Rumah Warga Emas Pernah Sakitkan Isteri” – Kisah Pak Arief Buat Ramai Tersentak

Apabila berbicara tentang rumah kebajikan warga emas, ramai antara kita cepat menilai bahawa penghuni di sana mungkin ditinggalkan oleh keluarga atau diabaikan oleh anak-anak. Namun, perkongsian seorang pekerja rumah kebajikan ini membuka sisi realiti yang jarang diperkatakan — bahawa tak semua warga emas ditinggalkan tanpa sebab.

“Saya dah rawat lebih 500 orang tua terlantar”

Menurut Pak Arief, yang sudah bertahun-tahun berkhidmat menjaga warga emas terlantar, dia pernah menguruskan lebih 500 penghuni sepanjang kerjayanya. Namun satu fakta yang mengejutkan ialah, 87% daripada mereka — kira-kira 300 orang — merupakan lelaki yang pernah menyakiti isteri sendiri ketika zaman muda.

“Saya bukan nak menghukum, tapi ini realiti yang saya lihat sendiri. Ramai antara mereka dulu pernah menduakan isteri, berkahwin lain, abaikan keluarga, atau tinggalkan anak-anak,” katanya.

Dulu kahwin lagi, sekarang tinggal sendiri

Ada antara mereka yang berkahwin lain demi nafsu, ada pula yang selingkuh dan mengabaikan anak-anak, sehinggalah akhirnya rumah tangga kedua pun tak kekal lama. Bila usia meningkat dan tiada siapa mahu jaga, barulah mereka sedar nilai kasih yang pernah disia-siakan.

“Bila jatuh terduduk, mereka cuba cari anak-anak dan bekas isteri semula. Tapi kebanyakannya tak lagi diterima. Anak-anak sudah lama menutup hati,” tambah Pak Arief dengan nada sayu.

Rumah Warga Emas

Secara psikologi, anak akan berpihak kepada ibu

Dari sudut psikologi, kata Pak Arief, anak-anak cenderung setia kepada ibu, terutama apabila melihat sendiri pengorbanan dan kesakitan yang ditanggung oleh si ibu selama bertahun-tahun.

Maka tidak hairanlah, ramai lelaki warga emas ini akhirnya berakhir di rumah kebajikan, bukan kerana anak tidak berhati perut, tetapi kerana luka lama yang belum sembuh.

“Anak-anak bukan berdendam, tapi mereka memilih untuk melindungi ibu. Mereka ingat setiap air mata, setiap malam ibu menangis. Itu yang membuat mereka sukar memaafkan,” ujarnya.

@mbak.butet Berdasarkan data, lansia terlantar yang diurus oleh Pak Arief Camra di Griya Lansia, ternyata saat mudanya melakukan ini… #GriyaLansia #GriyaLansiaMalang ♬ original sound – MbakButet – MbakButetAqsa

Pengajaran buat semua

Kisah yang dikongsikan oleh Pak Arief ini bukan untuk menyalahkan mana-mana pihak, tetapi sebagai peringatan kepada para suami dan ayah agar menghargai keluarga selagi diberi peluang.

Setiap tindakan hari ini akan membentuk bagaimana kita diperlakukan nanti — sama ada dengan kasih sayang, atau dengan sepi di penghujung usia.

“Jangan tunggu tua baru mahu bertaubat. Kerana kadang-kadang, bukan semua dosa mampu ditebus dengan air mata,” pesan Pak Arief.

Continue Reading

Trending