INFO
Industri Insuran Kenderaan Malaysia Perlu Dirombak, Penipuan Berbilion RM Setiap Tahun

Industri Insuran Kenderaan Malaysia Perlu Dirombak, Penipuan Berbilion RM Setiap Tahun
JIKA anda pernah terlibat dalam kemalangan, anda pasti kenal akan trauma dan kepayahan yang perlu diharungi. Sejurus selepas anda terlibat dalam kemalangan jalan raya, pasti ramai pengusaha ‘tow truck’ berpusu-pusu menghampiri anda dan berebut ‘menawarkan’ servis mereka.
Kemudian, jika anda tidak dapat menyelesaikan isu kemalangan itu tanpa campur tangan polis, mulalah proses yang panjang lebar dan memenatkan. Hendak membuat laporan polis saja sudah cukup leceh. Tak cukup dengan itu, anda akan dihampiri oleh orang tengah tidak diundang yang kononnya boleh ‘settle’kan kes anda.
Gangguan dan desakan dari pengusaha ‘tow truck’ itu perkara biasa hampir setiap kali berlaku kemalangan.
Selalunya, setelah kerja-kerja pembaikan kereta selesai, tuntutan insuran akan jadi satu proses yang leceh dan sukar bagi si pemilik kereta. Ejen-ejen dan orang tengah akan berkata-kata manis dan berjanji macam-macam pada mulanya, tapi bila tiba masanya untuk membuat tuntutan atau ada isu, mereka tiba-tiba hilang.
Pada masa yang sama, kita sebagai pelanggan bersusah-payah membayar premium insuran kereta tiap-tiap tahun. Dalam banyak kes, insuran tidak dapat membantu ketika kita paling memerlukannya. Rasa terumbang-ambing apabila kita sampai berfikir 10 kali untuk samada hendak melalui proses tuntutan insuran atau tidak.
Malangnya, mengapa kita sampai begini sekali? Adakah kita sebagai pelanggan diberi ruang untuk menyuarakan kepayahan yang dihadapi? Siapa yang membela hak kita? Siapa yang melindungi rakyat marhaen seperti kita yang tersekat tanpa jalan keluar?
Kisah penipuan insuran persendirian memang banyak, boleh buat novel
Bagi mereka yang rasa skeptikal dan ragu-ragu tentang kisah-kisah trauma sebegini, kami ingin kongsikan pengalaman rakan penulis kami di WapCar, Jason dan pengalaman saya sendiri. Pada tahun 2014, kereta Proton Inspira milik Jason dilanggar dari belakang oleh pemandu berlesen P di Jalan Klang Lama. Kerosakan yang dihadapi agak teruk. Jason bernasib baik apabila rakan-rakannya segera tiba ke lokasi kejadian sebelum sempat diserbu orang ‘tow truck’.
Namun, dia tidak begitu bernasib baik ketika hendak membuat laporan polis. Ada seorang lelaki (nama samaran diberi Encik K) yang ketika itu, katanya bertujuan untuk membantu ‘pelanggannya’ di balai polis yang sama, terlihat kereta Jason di balai dan mula memberinya ‘nasihat. Ketika itu, rakannya sudah pulang ke rumah kerana dia beranggapan laporan polis boleh dibuat tanpa sebarang masalah atau gangguan.
Jason yang ketika itu cukup runsing dan penat (waktu sudah hampir tengah malam) dan hanya mahukan jalan penyelesaian, terperangkap dengan janji En. K untuk membaiki keretanya di salah sebuah ‘bengkel panel’ En. K.

Kondisi sempurna sebegini tercapai hanya apabila Jason membayar sendiri kerja-kerja pembaikan yang sepatutnya dibuat dengan betul oleh ‘bengkel panel’ tersebut.
Apabila dia pergi melawat keretanya di bengkel yang dikatakan tadi, rupanya ia hanyalah bengkel ‘bawah pokok’ di tepi sungai di Kayu Ara. Bengkel tersebut usang, kotor, dan tak nampak seperti bengkel yang boleh dipercayai. Keretanya dibiarkan di kawasan lapang yang terbuka, berlumpur dan tanpa penjaga.
Tiba masanya kereta boleh diambil semula, dia terus memeriksa bampar belakang ‘baru’ yang dijanjikan dan juga kemasan catnya. Hasilnya tidak memuaskan. En. K meyakinkannya yang lapisan cat tersebut perlukan masa untuk ‘settle’. Dia masuk ke dalam kereta dan masuk gear undur, penderia undur kereta pula berbeza bunyinya dari yang asal. Dia sedar yang alat ganti digunakan tidak menepati standard dan dia menggesa bengkel tersebut untuk memasang alat ganti asli.
Setelah selesai semuanya dan penderia belakang pun diganti dengan yang asli, masalah ketiga pula timbul dalam masa kurang setahun. Cat bampar belakang mula merekah dan menjadi kekuningan (warna kereta Solid White).

Setelah kereta dibaiki selepas kemalangan, rupa-rupanya ‘crash bar’ belakang tidak diganti.
Pemeriksaan lanjut dibuat di bengkel seorang kenalan Jason. Apabila bampar belakang dibuka, bampar tersebut rupanya bukan bampar baru dan ada kesan tampalan merata-rata. Lebih mengejutkan, ‘crash bar’ belakang hilang. Ia sepatutnya ada, tapi hakikatnya dia dapat bampar kosong saja.
‘Crash bar’ penting untuk melindungi kereta dan penumpang jika berlakunya perlanggaran dari belakang.
Jangan tertipu dengan geng ‘tow truck’!
Pengalaman penulis sendiri pula jadi pengajaran tentang kepentingan MENGELAK orang ‘tow truck’ yang menyerbu kereta anda apabila berlaku kemalangan atau kerosakan. Kereta lama saya, Perodua Kenari, pernah terkandas di Lebuhraya PLUS – dalam 3 km sebelum susur keluar Plaza Tol Senawang. Saya hubungi PLUS untuk bantuan, dan saya diminta untuk menunggu PLUSRonda tiba. Saya menolak kereta ke laluan kecemasan, jam menunjukkan pukul 11.30 malam.

Kes kereta buat hal kali kedua pada hari berbeza.
15 minit kemudian saya dihampiri sekumpulan lelaki – mereka datang dengan sebuah Proton Iswara dan sebuah ‘tow truck’. Salah seorang daripada mereka datang dan menawarkan khidmat ‘towing’ ke Plaza Tol Senawang (yang saya tahu, PLUSRonda akan bantu bawa kereta rosak ke plaza tol atau R&R terdekat).
Sekali pandang, sememangnya kehadiran mereka agak meragukan. Tapi yang mengejutkan, lelaki tersebut memakai jaket biru PLUS! Jaket nampak lusuh, tapi katanya mereka wakil/’runner’ PLUS yang membantu pihak konsesi lebuh raya dalam kes sebegini.
Jam sudah lewat 12 malam, saya pula wanita yang bersendirian dikepung oleh sekumpulan lelaki yang mendakwa mereka boleh membawa kereta saya ke Plaza Tol Senawang. Saya akur, kerana plaza tol tersebut hanya kurang 3 km di hadapan. Saya anggap, sebaik tiba di plaza tol, saya akan minta bantuan di sana.
Ia pastinya satu keputusan paling kurang bijak yang pernah saya ambil. Berseorangan tanpa pengalaman dibantu oleh PLUSRonda sebelum kejadian berlaku, dan disebabkan mereka memakai jaket berlencana jahit PLUS, saya terlalu optimistik yang mereka akan menurunkan saya di plaza tol.

Bagi yang tak kenal, ini pasukan PLUSRonda sebenar.
Dah sampai ‘part’ seram. ‘Tow truck’ yang saya tumpangi bersama Kenari saya tidak berhenti di Plaza Tol Senawang, sebaliknya dibawa terus ke sebuah bengkel terpinggir di kawasan komersial tanpa banyak kedai berhampiran Tesco Extra Seremban.
Dalam perjalanan, saya terpaksa curi-curi hubungi ibu saya di Melaka untuk bantuan. Terima kasih tak terhingga saya ucapkan pada rakan saya di Seremban, Adderly, yang sanggup datang membantu pada jam 1 pagi. Saya terpaksa meminta khidmat ‘tow truck’ kenalan saya di Melaka untuk datang dan membawa kereta saya pulang ke rumah. Sebelum ‘tow truck’ tersebut tiba, kereta saya hampir-hampir dileraikan oleh pekerja bengkel tersebut. Semuanya selesai pada jam 3.30 pagi.
Kenapa banyak penipuan? Jawapannya, pulangannya lumayan
Bengkel dan ‘tow truck’ sebegini boleh dapat komisyen sehingga 20% bagi setiap kerja pembaikan.
WapCar.my mendapatkan pandangan profesional dari Sean Wang, Ketua Pegawai Eksekutif Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad tentang sebab mengapa industri ini bergelumang dengan penipuan dan ketidakjujuran ramai pihak. Jawapannya cukup mudah – pulangannya lumayan.
Banyak bengkel, dalam usaha untuk memberi keuntungan kepada ‘tow truck’ pemangsa supaya lebih banyak kereta masuk ke bengkel mereka, dianggarkan menawarkan komisyen sehingga 30 peratus daripada jumlah pembaikan yang diluluskan, bagi setiap kes. Jika jumlah yang diluluskan untuk pembaikan adalah RM 10,000, mereka dengan mudah dapat RM 3,000 hanya untuk satu ‘job’. Tak hairanlah jika geng ‘tow truck’ atau ‘callmen’ ini berebut sehingga sanggup menipu dan mengambil kesempatan atas kesusahan orang lain.
Masalahnya, disebabkan oleh komisyen tinggi, bengkel-bengkel cenderung untuk mengambil jalan pintas dalam proses pembaikan supaya mereka boleh buat untung. Oleh itu, ‘penjimatan kos’ dilontarkan pula ke pemilik kenderaan yang tak tahu menahu tentang kualiti dan jalan kerja pembaikan kereta mereka ketika proses pembaikan berlangsung.
Bagi memberikan gambaran tentang betapa besarnya skala masalah ini di Malaysia, Sean memberitahu kami bahawa setiap tahun, penipuan insuran sudah menjadi sindiket penipuan berbilion ringgit nilainya disebabkan oleh korupsi dan penyelewengan yang sudah membiak bertahun lamanya.
Melihat keadaan industri ini yang amat menyedihkan dan sudah jauh terperosok dalam sistem yang gagal melindungi pihak berkepentingan, Allianz mengambil keputusan untuk menyemai perubahan – bermula dengan pengenalan program Allianz Road Rangers (ARR). Ia merupakan bantuan tepi-jalan percuma, dan servis kemalangan yang ditawarkan kepada pemegang polisi Allianz General Motor Comprehensive sejak 2017.
Kesimpulan
Walaupun usaha untuk memerangi penipuan insuran di Malaysia cukup mencabar perjalanannya, organisasi seperti Allianz ingin melindungi hak pelanggan sejak dari mula kemalangan berlaku sehingga ke akhirnya. Bak kata Sean, “Kami tak boleh lupa yang kami menjalankan perniagaan untuk melindungi pelanggan-pelanggan kami. Inilah tunjang utama dalam perniagaan kami.”
Proses tuntutan insuran untuk membaiki kereta anda selepas kemalangan sepatutnya lebih ringkas, namun hakikatnya ia diselubungi pelbagai cabaran dan halangan yang tak sepatutnya berlaku. Kita sebagai pengguna hanya boleh berharap yang program sebegini boleh mencetus perubahan dalam industri ini dan membawa kesedaran di kalangan banyak lagi pihak-pihak lain.
Sumber : Aku Papan Kekunci
INFO
”Tercapai Dah Hajat Abah Mu” — Bikin Sebak, Lelaki Wafat Selepas Subuh Di Masjid Tepat Hajat Hari Jumaat

”Tercapai Dah Hajat Abah Mu” — Bikin Sebak, Lelaki Wafat Selepas Subuh Di Masjid Tepat Hajat Hari Jumaat
Orang kata, bagaimana kehidupan kita sehari-hari, begitulah kemungkinan besar pengakhiran kita nanti. Pengakhiran arwah Haji Mazri Bin Hussin bukan sahaja menyentuh hati, malah menjadi iktibar dan jentikan jiwa buat kita yang masih bernyawa.
Perbualan Di Tepi Liang Lahad
Semasa proses penggalian liang lahad dijalankan, seorang jemaah masjid tiba-tiba datang menghampiri dan memegang bahu anak lelaki arwah.
“Tercapai dah hajat abah mu,” bisik jemaah tersebut.
Anaknya yang terkejut lantas bertanya, “Hajat apa?”
Rupa-rupanya, sekitar 2 hingga 3 hari sebelum pemergiannya, arwah sempat berbual mesra dengan jemaah berkenaan. Arwah ada meluahkan satu dorongan rasa di hatinya:
“Rasanya semua dah dapat kat dunia ni. Satu je lagi tak dapat… Meninggal hari Jumaat.”
Siapa sangka, kata-kata itu menjadi kenyataan. Allah SWT memakbulkan hajat terakhirnya tepat pada hari Jumaat, jam 7.20 pagi — sejurus selepas beliau selesai menunaikan solat Subuh berjemaah dan mengikuti kuliah Subuh di masjid.
Istiqomah Memakmurkan Rumah Allah
Keindahan pengakhiran ini bukanlah satu kebetulan. Menurut perkongsian anaknya, arwah merupakan seorang yang sangat menjaga solat.
Seluruh ahli keluarga menjadi saksi bahawa sepanjang hayatnya, arwah tidak pernah menunaikan solat fardhu di rumah. Beliau sentiasa berulang-alik ke masjid untuk solat berjemaah, walaupun ketika dalam permusafiran. Di rumah, beliau hanya menunaikan solat-solat sunat sahaja. Malah, amalan solat sunat Isyraq selepas Subuh sentiasa dipelihara dengan istiqomah.
Rindu Yang Tiada Penghujung
“Sebulan dah abah. Tak pernah selama ini kami tak tengok kelibat abah… Ya Allah, jagakanlah abahku di sana sebagaimana Engkau menjaga kami di dunia.”
Sungguh, pemergian seorang ayah yang soleh meninggalkan kerinduan yang mendalam, namun meninggalkan kenangan paling manis buat bekalan ahli keluarga di dunia.
Mari kita sama-sama hadiahkan Al-Fatihah buat Almarhum Haji Mazri Bin Hussin. Semoga Allah SWT mengampuni segala dosanya, melapangkan kuburnya, dan menempatkan rohnya di dalam Syurga Firdaus bersama orang-orang yang beriman. Amin Ya Rabbal Alamin
Kredit asal: fatinmzri
INFO
Pemergian kapten zainol afiq, Ratusan hadir iringi ke liang lahad

PENUMPANGAN TERAKHIR KAPTEN ZAINOL AFIQ BEE SHAM: SELAMAT BEREHAT DI NEGERI ABADI
Suasana pilu dan hiba menyelubungi pekarangan Masjid Bandar Baru Senawang petang tadi apabila jenazah Allahyarham Kapten Zainol Afiq Bee Sham, 30, selamat disolatkan sebelum disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Senawang (Forest Heights).
Kehadiran sanak saudara, sahabat handai, serta ahli masyarakat setempat yang mengiringi perjalanan terakhir Allahyarham dari masjid hingga ke liang lahad mencerminkan keperibadian Allahyarham yang amat disenangi ramai sepanjang hayatnya.
Pemergian pada usia yang masih muda ini pastinya meninggalkan kenangan yang amat mendalam buat seluruh ahli keluarga dan rakan perjuangan. Semoga urusan pengebumian yang berjalan lancar ini menjadi tanda kasih sayang insan-insan di sekeliling Allahyarham.
Salam takziah diucapkan kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham Kapten Zainol Afiq Bee Sham. Semoga seluruh ahli keluarga diberikan ketabahan, kesabaran, dan kekuatan jiwa dalam menghadapi ujian yang berat ini.
Sama-sama kita mendoakan agar roh Allahyarham diampunkan segala dosanya, dicemburui kebaikannya, serta ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.
Al-Fatihah. 🤲🏻
Kredit & Sumber Informasi: Bernama Radio, Harian Metro, chefhafizzam_offshore, afeq_dds
INFO
Ketibaan Jenazah Allahyarhamah Dr. Ainul Baraah di Masjid Al-Karomah, Pengkalan Chepa

Keluarga7 years agoSering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
Resepi Viral6 years ago10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
AGAMA7 years agoSatu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
AGAMA7 years agoSatu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
AGAMA7 years agoCara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
AGAMA6 years agoCara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
AGAMA7 years agoNafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.
AGAMA7 years ago5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah










