Petua
Ilmu Cara Nak Jimat Penggunaan Sabun Cuci Pinggan Tahan Sampai 5 Bulan.
Ilmu Cara Nak Jimat Penggunaan Sabun Cuci Pinggan Tahan Sampai 5 Bulan.
Zaman Sekarang ne gaji 4k sebulan pun tak berapa nak cukup. Pelbagai komitmen yang perlu dibayar setiap bulan. Namun jika ada solusi untuk menjimatkan duit belaja dapur kenapa kita perlu membazirkan.
Tugasan Harian basuh pinggan mangkuk ini kita buat setiap hari kadang kala sampai 4-5 kali. Jadi sabun atau cecair basuh pinggan ini memang perlu sentiasa ada.
Tapi kalau nak jimatkan penggunaannya boleh ikut tip yang dikongsi oleh شهيد شهداء Dari 1 liter sabun boleh yang tahan sebulan boleh diganda jadi 5 liter dan tahan selama 5 bulan. Jimat banyak kan.
Ilmu jimat sabun basuh pinggan
Ni bukan pasal resepi masak tau tapi nak kongsi tips jimat sabun pinggan untuk suri rumah. Jimatlah juga belanja dapur kan. 800ml sabun, kita boleh gandakan menjadi 5 liter sabun.
Katakan 1 liter sabun tahan guna sebulan, 5 liter tahan 5 bulan. Ok tak?
Saya seronok sangat sebab buihnya tetap banyak walaupun kuantitinya dah digandakan. Maklumlah saya suka main buih masa basuh pinggan mangkuk periuk bagai.
Tambah 2 bahan ini saja
- 5 liter air
- 800ml sabun (tak kira jenama apa pun, saya guna Sunlight)
- Garam paket kecil (anggaran secawan).
Gaul dalam baldi atau bekas besar yang sesuai. Siap.
Nak gandakan 400ml je? Boleh, saya pun guna botol sabun sunlight yang 400ml tu je. Dapatlah 2400ml… Hanya kecilkan nisbah asal di atas (nak mudah faham bahagi dua sukatan di atas ).
Kaedahnya :
- Refill guna bekas yang sesuai, lagi bagus guna semula botol sabun pinggan yang memang dah habis tu.
- Guna seperti biasa. InsyaAllah kesannya tetap sama sabun asal walaupun dah agak cair dari kepekatan asal. Yang penting bagi saya banyak buih dan barang basuhan pun bersih tanpa minyak. Selamat mencuba untuk lebih jimat.
Sumber:شهيد شهداء
- Resepi Viral5 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga5 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA5 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA5 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA5 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA5 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA5 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah
- AGAMA5 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.