SEMASA
i-Miliki | Insentif Pengecualian Duti Setem Bagi Pembelian Rumah Sehingga Disember 2023

i-Miliki | Insentif Pengecualian Duti Setem Bagi Pembelian Rumah
Sukacita dimaklumkan, kerajaan telah mengumumkan insentif pengecualian duti setem bagi pembelian rumah pertama menerusi sebuah inisiatif yang berkuatkuasa bermula 1 Jun 2022 sehingga Disember 2023.
Baca selanjutnya.
i-Miliki
i-Miliki adalah merupakan sebuah inisiatif untuk menggalakkan pembelian rumah telah diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam jelajah Karnival Jom Beli Rumah Tahun 2022 pada 15 Julai 2022 yang lepas.
Inisiatif ini melibatkan pemberian insentif pengecualian duti setem ke atas surat cara pindah milik dan perjanjian pinjaman bagi pembelian rumah pertama mengikut harga rumah.
- Bagi rumah berharga RM500,000 dan ke bawah, insentif pengecualian duti setem adalah sebanyak 100%.
- Bagi rumah berharga melebihi RM500,000 sehingga RM1 juta, insentif pengecualian sebanyak 50%.
Tempoh Pengecualian Duti Setem
Pengecualian ini adalah bagi perjanjian jual beli yang disempurnakan dalam tempoh mulai 1 Jun 2022 sehingga Disember 2023.
Contoh Kiraan
Sila rujuk contoh kiraan bagi pengecualian duti setem ini seperti di bawah:-
- Bagi rumah berharga RM500,000 dan ke bawah, (100% pengecualian duti setem)
- Harga rumah : RM 300,000
- Legal fees SPA : RM3,000
- Stamp duty SPA : RM5,000 (percuma)
- Loan agreement fees : RM,3000
- Stamp duty loan : RM1,500 (percuma)
- Bagi rumah berharga melebihi RM500,000 sehingga RM1 juta, (50% pengecualian duti setem)
- Harga rumah: Rm 600,000
- Legal fees spa : RM 5,800
- Stamp duty spa : RM 12,000 (diskaun 50%)
- Loan agreement fees : RM 5,800
- Stamp duty loan : RM 3,000 (diskaun 50%)
NOTA: Kiraan diatas belum termasuk disbursement, SST, misc dan lain-lain.
Lain-lain Inisiatif Sempena Karnival Jom Beli Rumah 2022
Selain i-Miliki, terdapat beberapa lagi inisiatif yang dilaksanakan bagi membantu pembelian rumah pertama anda yang diumumkan oleh Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Jelajah Karnival Jom Beli Rumah Tahun 2022 ini adalah merupakan usaha kerajaan dengan kerjasama REHDA dalam memperkasa pemilikan rumah dalam kalangan kumpulan sasaran B40 dan M40.
Program pemilikan kediaman (HOPE) juga membantu mempromosi perumahan untuk segenap lapisan masyarakat serta melihat ekosistem sektor perumahan secara holistik.
BACA JUGA: Pengeluaran & Bantuan Hilang Upaya KWSP RM5000
Satu pemetaan Indeks Harga Rumah Mampu Milik yang pertama seumpamanya sedang dibangunkan KPKT sebagai panduan mengenai harga rumah mampu milik seluruh negara.
Sementara itu, insentif pengecualian CUKAI duti setem bagi perjanjian pindah milik harta tanah dan perjanjian pinjaman diteruskan bagi pembelian rumah pertama bernilai sehingga RM500 ribu sehingga 31 Disember 2025.
Sumber: KPKT Malaysia
SEMASA
isteri Kehilangan Terjawab: Nadia Kesuma Disahkan Meninggal Dunia Di Jeddah, Anak Dedah Punca Sebenar

Tanda Tanya Kehilangan Nadia Kesuma Terjawab, Disahkan Meninggal Dunia Akibat Sakit Jantung
Kehilangan pelakon terkenal, Nadia Kesuma, sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz, Jeddah akhirnya terungkai apabila wanita itu disahkan telah meninggal dunia akibat sakit jantung pada Khamis lalu.
Berita duka itu disahkan sendiri oleh anak perempuannya menerusi satu hantaran di Threads sebentar tadi, sekali gus menamatkan spekulasi dan tanda tanya orang ramai yang sejak beberapa hari lalu tertanya-tanya mengenai nasib pelakon berkenaan.
“Assalamualaikum semua, saya ingin memaklumkan bahawa mama saya, Nadiah Kasumawati Abdul Karim telah pun kembali ke Rahmatullah pada 15 Januari lalu (Khamis) kira-kira pukul 8.05 pagi,” tulisnya.
Dalam perkongsian sama, anak arwah turut memaklumkan bahawa ibunya meninggal dunia disebabkan sakit jantung selepas dibawa ke hospital pada hari yang sama arwah tiba di Lapangan Terbang Jeddah.
Namun begitu, perkara yang lebih meruntun perasaan apabila keluarga dimaklumkan mengenai pemergian arwah lewat, iaitu sekitar jam 11.10 malam, dan makluman tersebut disampaikan oleh pihak agensi pelancongan yang menguruskan perjalanan umrah berkenaan.
“Tiada pihak yang memaklumkan kepada kami sekeluarga tentang keadaan arwah sehinggalah malam ini,” katanya lagi sambil mengucapkan terima kasih kepada semua yang tidak henti-henti mendoakan kesejahteraan ibunya.
Pemergian Nadia Kesuma turut disahkan oleh suami arwah, Prof Dr Muhammad Kamarul Kabilan Abdullah, serta sahabat baiknya, pelakon Anne Abdullah, menerusi platform media sosial masing-masing.
Terdahulu, Nadia Kesuma atau nama sebenarnya Nadiah Kasumawati Abdul Karim, 49, dilaporkan hilang dan tidak dapat dikesan selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz, Jeddah pada Rabu lalu, sekali gus mencetuskan kebimbangan dalam kalangan peminat dan rakan artis.
Arwah merupakan antara 21 jemaah yang menyertai kumpulan umrah dan ziarah bersama sebuah agensi pelancongan, dengan perjalanan bermula dari 14 hingga 28 Januari ini.
Pemergian mengejut pelakon yang pernah membintangi filem Syaitan Munafik dan Kudeta ini nyata meninggalkan kesan mendalam bukan sahaja kepada keluarga, malah seluruh peminat yang mengikuti perjalanan seninya selama ini.
SEMASA
PR Singapura Tutup Plat Nombor Kereta Dengan Pita Hitam Untuk Isi RON95, Didenda RM9,000 Oleh Mahkamah

PR Singapura Tutup Plat Nombor Kereta Dengan Pita Hitam Untuk Isi RON95, Didenda RM9,000 Oleh Mahkamah
Seorang lelaki yang menetap di Singapura sebagai pemegang status Penduduk Tetap (PR) didenda oleh Mahkamah Majistret Kulai hari ini kerana mengubah suai nombor pendaftaran kenderaannya bagi membolehkan dia mengisi petrol RON95.
Menurut laporan The Star, lelaki berusia 64 tahun, Long Sa Kow, didakwa mempamerkan nombor pendaftaran kenderaan yang bukan milik kereta buatan Jerman berwarna peraknya di sebuah stesen minyak di Batu 21/4, Jalan Johor Bahru–Air Hitam kira-kira jam 10.30 malam pada 2 Januari.
Didakwa menutup awalan plat Singapura untuk guna RON95 bersubsidi di Johor
Ditegur hakim kerana mengganggu prosiding
Semasa prosiding, Long meminta pertuduhan dibacakan kepadanya dalam bahasa Inggeris kerana dia tidak memahami Bahasa Malaysia atau Mandarin.
Beliau kemudiannya mengaku bersalah di hadapan Majistret R. Salini.
Ketika fakta kes dibacakan oleh jurubahasa mahkamah, Long mula mempersoalkan butiran kes, menyebabkan hakim menegurnya sebanyak dua kali:
“Biarkan jurubahasa menghabiskan pembacaan fakta terlebih dahulu. Jangan ganggu.”
Apabila Long menyatakan beliau tidak bersetuju dengan fakta kes, mahkamah menangguhkan prosiding selama 30 minit bagi membolehkan penjelasan dibuat dalam bahasa Inggeris.
Didenda RM9,000
Selepas rehat, mahkamah dimaklumkan bahawa Long didakwa mengubah suai nombor pendaftaran kenderaannya dengan menutup beberapa huruf supaya dia boleh mengisi petrol RON95, yang hanya diperuntukkan kepada rakyat Malaysia.
Polis menjalankan siasatan selepas satu rakaman video perbuatannya tular, dan mendapati nombor enjin serta casis kenderaan tersebut didaftarkan di Singapura.
Kesalahan itu didakwa di bawah Seksyen 108(3)(e) Akta Pengangkutan Jalan 1987, yang memperuntukkan hukuman denda antara RM5,000 hingga RM20,000, atau penjara antara satu hingga lima tahun, atau kedua-duanya sekali.
Timbalan pendakwa raya S. Thiviya memohon mahkamah menjatuhkan hukuman yang boleh memberi pengajaran kepada tertuduh dan orang awam.
“Mahkamah juga perlu mengambil kira niat tertuduh yang mengubah nombor pendaftaran kenderaannya untuk menikmati hak dan keistimewaan yang dikhaskan kepada penduduk tempatan serta kenderaan berdaftar Malaysia.
“Ini seharusnya menjadi pengajaran kepada semua dan peringatan supaya tidak sewenang-wenangnya mengubah nombor pendaftaran kenderaan demi kepentingan peribadi,” katanya.
Peguam Long, Sharmaine Fairuz Mohd Zulkifli daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, merayu agar denda diringankan dengan alasan anak guamnya seorang pesara, mempunyai tiga orang anak dan tidak mempunyai pendapatan tetap.
Long kemudian diperintahkan membayar denda RM9,000, atau sembilan bulan penjara jika gagal membayar. Beliau membayar denda tersebut di tempat kejadian.
SEMASA
Telur Dadar Cecah RM50 Lebih? Pasar Terapung Thailand Dikecam Pelancong

Telur Dadar RM50 Lebih Undang Amarah, Pasar Terapung Thailand Dikecam Pelancong
Pasar Terapung Damnoen Saduak di wilayah Ratchaburi, Thailand yang terkenal sebagai tarikan pelancongan kini terpalit kontroversi apabila seorang pelancong mendakwa dicaj sehingga 400 baht (sekitar RM50+) hanya untuk telur dadar kosong. Lebih mengejutkan, hidangan nasi goreng bersaiz besar yang hanya mengandungi telur dan sayur turut didakwa dijual pada harga 1,400 baht, sekali gus mencetuskan kemarahan ramai.
Aduan tersebut tular di media sosial apabila pengadu mempersoalkan kewajaran harga makanan yang disifatkan terlalu melampau, walaupun di kawasan pelancongan. Isu ini akhirnya menarik perhatian pihak berkuasa tempatan yang terus menjalankan pemeriksaan ke atas restoran terbabit.
Pemilik restoran berkenaan mengakui harga yang dikenakan sememangnya tinggi, namun mendakwa ia berpunca daripada kos operasi yang besar termasuk sewaan, gaji pekerja, harga bahan mentah serta bayaran kira-kira 900 baht bagi setiap bot pelancong yang singgah. Walaupun menu memaparkan harga dengan jelas, pihak berkuasa menasihatkan restoran itu supaya menurunkan harga, dan pemilik bersetuju untuk berbuat demikian.
Difahamkan, restoran sama sebelum ini juga pernah menerima aduan apabila menjual pad thai pada harga 900 baht, sebelum menurunkannya kepada 500 baht selepas diberi amaran. Sepanjang cuti Tahun Baharu lalu sahaja, 14 kedai di pasar tersebut didakwa kerana gagal memaparkan harga menu. Kes ini turut mengingatkan orang ramai kepada kontroversi telur dadar ketam cef selebriti Jay Fai di Bangkok yang pernah didenda selepas pelanggan terkejut dikenakan bayaran sehingga 4,000 baht.
Keluarga6 years agoSering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
Resepi Viral6 years ago10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
AGAMA7 years agoSatu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
AGAMA6 years agoSatu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
AGAMA6 years agoCara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
AGAMA6 years agoCara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
AGAMA6 years agoNafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.
AGAMA7 years ago5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah













