Connect with us

SEMASA

Hero banjir, Azwan Omar atau Abang Viva menjadi penerima sijil penghargaan Adiwira Prihatin Mus1bah Dari APM

Published

on

Hero banjir, Azwan Omar atau Abang Viva menjadi penerima sijil penghargaan Adiwira Prihatin Mus1bah Dari APM

Azwan Omar atau lebih dikenali sebagai Abang Viva adalah Hero banjir negara, beliau memanjatkan kesyukuran apabila menjadi penerima sijil penghargaan Adiwira Prihatin Mus1bah dari APM.

Penghargaan tersebut diberikan oleh Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan turut dikongsi di laman Facebook rasmi mereka.

New Phototastic Collage 193 777x437 1

Menerusi Platform TikTok, Abang Viva turut dilihat memuat naik momen membanggakan itu untuk tatapan umum.

“Alhamdulillah atas berkat doa mak ayah dan orang ramai semua, saya telah menerima sijil penghargaan ADIWIRA PRIHATIN MUSIBAH,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Penghargaan disampaikan oleh Ketua Pesuruhjaya APM, Aminurrahim Mohamed yang menganugerahkan ‘Sijil Kepujian Ketua Pesuruhjaya’ kepada Abang Viva di atas keprihatinannya membantu mangsa banjir di Shah Alam dengan membawa sebuah bot atas bumbung kereta dari Melaka.

#abangvivaofficial atar1.8 allhamdulillah atas berkat doa mak ayah dan orang ramai semua sy telah menerima sijil pnghrgaan ADIWIRA PRIHATIN MUSIBAH

♬ MALAYSIA – Faizal Tahir

Sijil disampaikan semasa lawatan beliau ke Pejabat Pertahanan Awam Daerah (PDPA), Temerloh, Pahang pada Selasa.

Sementara itu di ruangan komen, penghargaan tersebut membuatkan ramai wargamaya memberikan kata-kata sokongan dan positif buat dirinya.

Malah, ramai yang sebak apabila melihat Abang Viva memakai tshirt, seluar dan topi yang selalu disarungkan setiap hari ketika membantu mangsa banjir.

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 1 juta tontonan.

Komen netizen:

1 29

2 28

Sumber: Gempak

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

2024 Majalah Ilmu © Hak Cipta Terpelihara.