Kisah
Hari perkahwinan yang diraikan dengan gembira menjadi insiden tra̴gis apabila 13 wanita dan kanak-kanak perempuan ma̴ut selepas terjatu̶h dalam sebuah perigi
Hari perkahwinan yang diraikan dengan gembira menjadi insiden tra̴gis apabila 13 wanita dan kanak-kanak perempuan ma̴ut selepas terjatu̶h dalam sebuah perigi
Pegawai polis kanan, Akhil Kumar, berkata kejadian berlaku ketika mangsa sedang duduk di atas kepingan besi yang digunakan untuk menutup perigi berkenaan. Kejadian berlaku di utara India iaitu di Kushinagar, Uttar Pradesh pada malam Rabu, 16 Februari.
Menurut Indiatoday, seramai 15 orang wanita diselamatkan oleh penduduk kampung dan polis sementara 13 lagi tidak dapat diselamatkan. Daripada mereka yang terselamat 10 orang mengalami kecedera̴a̴n.
Majistret daerah, S Rajalingam, pula berkata penutup perigi terbabit tidak mampu menahan beban semua mangsa yang duduk diatasnya.
“Mangsa terja̴tuh dan ditimpa sisa ru̶ntuhan,” katanya.
Sementara itu, Perdana Menteri, Narendra Modi, menyifatkan kejadian itu sebagai satu tra̴gedi.
“Pihak berkuasa tempatan terbabit untuk menyalurkan segala bantuan,” ciapnya di Twitter
Acara perkahwinan di India sering diadakan secara besar-besaran dengan kehadiran tetamu yang ramai dan berlangsung selama beberapa hari.
Terdahulu, pada 2017, seramai 24 orang yang meraikan majlis perkahwinan terbu̶nu̶h di barat laut Rajasthan apabila sebuah tembok ru̶ntuh dan menimpa mereka susulan kejadian ribut yang melanda kawasan berkenaan.
Sumber : [BH] [Indiatoday] [Pratidintime]
- Resepi Viral4 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga5 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA5 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA5 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA5 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA5 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA5 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.
- AGAMA5 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah