SEMASA
Harga Durian Musang King dijangka naik sehingga RM80 sekilogram Berikutan Kurang Bekalan
Harga Durian Musang King dijangka naik sehingga RM80 sekilogram Berikutan Kurang Bekalan
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) I, Datuk Seri Ahmad Hamzah berkata, susulan bekalan buah durian mengalami penyusutan disebabkan cuaca hujan berterusan.
Harga durian dijangka naik termasuk Musang King yang mencecah RM80 sekilogram di seluruh negara pada musim buah akan datang.
Katanya, perkara itu turut dimaklumkan Persatuan Penanam Durian mengenai kenaikan harga bagi durian premium termasuk Black Thorn (duri hitam) dan Musang King.
“Kita jangka harga durian akan naik sekali ganda, termasuklah Black Thorn boleh mencecah RM100 sekilogram, manakala Musang King sekitar RM60 sehingga RM80.
“Ini disebabkan bekalan durian merosot atas faktor cuaca hujan berterusan, baja dan kenaikan gaji pekerja,”katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas masjlis rumah terbuka Aidilfitri beliau di kediamannya di Umbai, di sini hari ini.
Jelasnya, cuaca hujan yang berterusan telah memberi kesan kepada proses pembungaan dan menyebabkan putik durian gugur.
Dalam pada itu, Ahmad Hamzah memberitahu, Pulau Pinang dan Perak telahpun mengalami penyusutan tersebut mencecah 50 peratus.
“Kita tidak dapat nak kawal harga yang ditetapkan pemborong dan peniaga durian, jadi apa pun ia berbalik kepada prinsip asas ekonomi iaitu apabila permintaan lebih tinggi dari pengeluaran, harga akan naik,”
“Saya telah minta pandangan daripada Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) berhubung isu ini termasuk Pulau Pinang dan Perak yang telah menyaksikan penyusutan hasil durian. katanya.
Sumber; KOSMO! ONLINE
- Resepi Viral5 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga5 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA5 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA5 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA6 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA5 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA6 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah
- AGAMA5 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.