INFO
Eh, Ingat Semua Jenis Tepung Gandum Sama! Ada Yang Berbeza Juga Fungsinya, Salah Pilih Boleh Tak Jadi Masakan
Eh, Ingat Semua Jenis Tepung Gandum Sama!Ada Yang Berbeza Juga Fungsinya, Salah Pilih Boleh Tak Jadi Masakan
Isteri suruh beli tepung untuk buat cekodok, bila suami pergi ke pasar raya terkejut sebab terlalu banyak jenis tepung gandum yang dijual. Mana satu yang sesuai untuk dipilih sebenarnya? Artikel kali ini, kami ingin berkongsi kepada anda jenis tepung gandum beserta kegunaannya dalam masakan.
Jenis tepung gandum Cap Lili kena pandai pilih
Perkongsian dari laman akuan Facebook Mr Roti ada menyediakan panduan cukup berguna untuk memilih jenis tepung gandum yang sesuai. Nampak memang sama, tetapi setiap tepung gandum mempunyai perbezaannya yang tersendiri. Contoh yang mudah adalah tepung gandum Cap Lili.
Dari segi nama di paket, kedua-duanya sudah menampakkan perbezaan. Bagi tepung gandum plastik hijau sebelah kiri, ia adalah tepung gandum serbaguna. Manakala tepung gandum plastik biru sebelah kanan pula adalah tepung gandum biasa.
Tepung gandum serbaguna sesuai untuk membuat mee, roti, pasta, pancake (kadar protein sederhana) dan ada campuran bahan lain seperti serbuk penaik dan serbuk soda. Tepung gandum biasa pula diperbuat 100% tanpa sebarang campuran bahan lain dan ia hanya sesuai untuk membuat kuih-muih.
Jika kita menggunakan juga tepung gandum serbaguna ini untuk membuat kuih, kebiasaannya ia akan lembik dan melekat. Begitu juga jika kita buat roti dengan tepung gandum biasa ia akan menyebabkan roti tidak lembut oleh kerana ketiadaan campuran gluten dalam tepung.
Dari segi harganya pula, tepung gandum plastik biru Cap Lili ini agak murah berbanding tepung gandum plastik hijau. Hal ini kerana, tepung plastik biru mempunyai subsidi kerajaan yang mana harganya di bawah kawalan kerajaan dan tidak dibenarkan dieksport ke luar negara.
Cara buah tepung naik sendiri
Ramai mungkin orang tidak tahu, tepung naik sendiri yang dijual mahal di pasaran itu sebenarnya boleh kita buat sendiri dengan campuran beberapa bahan di rumah sahaja.
Bahan-bahannya:
- 500gm tepung gandum
- 7 sudu teh baking powder
- 1 sudu teh garam halus
Cara-caranya:
- Semua bahan di atas diayak sebanyak 3 kali supaya ringan.
- Apabila siap, boleh simpankan ia dalam bekas bertutup.
- Jimat duit, tidak perlu beli tepung naik sendiri.
Asal usul tepung gandum
Tepung gandum dikenali sebagai tepung asas dalam pembuatan kek, roti, dan kuih-muih. Ia dihasilkan dari bijiran gandum yang dikisar. Warna tepung gandum yang biasa kita temukan di pasaran adalah bersih, putih/perang atau keras.
Pecahannya lagi, tepung gandum keras yang bersifat keyal dan anjal sesuai dibuat roti. Bagi pembuatan kek pula, ia lebih sesuai menggunakan tepung gandum lembut kerana tekstur adunannya yang rapuh.
Menariknya tentang tepung gandum Cap Lili ini adalah ia tidak mengandungi bahan pemutih (tanpa benzoyl peroksida). Bagi tepung yang ada benzoyl peroksida fungsinya bertindak untuk mencuci tepung hingga akhirnya tepung kelihatan putih gebu kembali.
Ibaratnya kita menyental pakaian dengan menggunakan klorox untuk hilangkan kotoran. Bila dicuci sedemikian, banyak nutrisi yang hilang. Sudahlah benzoyl peroksida bahan kimia yang berbahaya di tambah hilangnya nutrisi dalam makanan, langsung tiada kebaikan yang kita dapat.
Kesimpulannya, tepung gandum memang antara bahan kering yang penting sepatutnya ada di rumah. Hal ini kerana, macam-macam perkara kita boleh buat dengan tepung tersebut. Hanya sahaja jangan lupa cari dan pilih yang sesuai sebelum membeli. Supaya masakan anda menjadi sedap!
Sumber: Mr Roti
- Resepi Viral5 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga5 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA5 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA5 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA5 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA5 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA5 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah
- AGAMA5 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.