Connect with us

SEMASA

Harap suatu hari nanti Ebit Lew ada hospital sendiri

Published

on

ebit

Harap suatu hari nanti, Ebit Lew ada hospital sendiri.

Nama Ebit Irawan Ibrahim Lew atau Ustaz Ebit Lew memang tidak asing lagi sebagai seorang dermawan yang sering membantu golongan memerlukan tanpa mengira warna kulit, bangsa dan agama.

Beliau juga seorang usahawan yang memiliki pasar raya sendiri di bawah nama Elewsmart dengan memiliki banyak cawangan di sekitar Lembah Klang.

Baru-baru ini, pendakwah popular itu memuat naik sebuah posting berkongsi tentang pembukaan cawangan pasar raya tersebut di Danau Kota.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew)

“Pohon doakan yer. Esok pembukaan @elewsmart Danau Kota. Jumpa esok yer. Semoga menjadi asbab kebaikan,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang mendoakan agar urusan beliau dipermudahkan setelah pelbagai bentuk bantuan diberi kepada golongan susah.

Dalam pada itu, personaliti televisyen Fedtri Yahya turut meninggalkan komen pada posting berkenaan terbabit. Dia meluahkan harapan agar suatu hari nanti Ebit dapat membuka hospital sendiri pula.

Harap suatu hari nanti ada hospital sendiri

WhatsApp Image 2021 01 10 at 7.46.20 PM 3

Semoga dipermudahkan urusan ustaz

WhatsApp Image 2021 01 10 at 7.46.20 PM 1

Semoga dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur

WhatsApp Image 2021 01 10 at 7.46.20 PM 2

Bagi warganet, mereka menyifatkan Ebit adalah ‘hero’ apabila sering menjadi individu terawal tampil menghulurkan bantuan sekiranya terdapat kisah golongan daif yang menjadi tular di media sosial.

Sumber: Instagram Ebit Lew

 

Advertisement
1 Comment

1 Comment

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    SEMASA

    PR Singapura Tutup Plat Nombor Kereta Dengan Pita Hitam Untuk Isi RON95, Didenda RM9,000 Oleh Mahkamah

    Published

    on

    PR Singapura Tutup Plat Nombor Kereta Dengan Pita Hitam Untuk Isi RON95 Didenda RM9000 Oleh Mahkamah 1

    PR Singapura Tutup Plat Nombor Kereta Dengan Pita Hitam Untuk Isi RON95, Didenda RM9,000 Oleh Mahkamah

    Seorang lelaki yang menetap di Singapura sebagai pemegang status Penduduk Tetap (PR) didenda oleh Mahkamah Majistret Kulai hari ini kerana mengubah suai nombor pendaftaran kenderaannya bagi membolehkan dia mengisi petrol RON95.

    Menurut laporan The Star, lelaki berusia 64 tahun, Long Sa Kow, didakwa mempamerkan nombor pendaftaran kenderaan yang bukan milik kereta buatan Jerman berwarna peraknya di sebuah stesen minyak di Batu 21/4, Jalan Johor Bahru–Air Hitam kira-kira jam 10.30 malam pada 2 Januari.

    PR Singapura Tutup Plat Nombor Kereta

    Didakwa menutup awalan plat Singapura untuk guna RON95 bersubsidi di Johor

    Ditegur hakim kerana mengganggu prosiding

    Semasa prosiding, Long meminta pertuduhan dibacakan kepadanya dalam bahasa Inggeris kerana dia tidak memahami Bahasa Malaysia atau Mandarin.

    Beliau kemudiannya mengaku bersalah di hadapan Majistret R. Salini.

    Ketika fakta kes dibacakan oleh jurubahasa mahkamah, Long mula mempersoalkan butiran kes, menyebabkan hakim menegurnya sebanyak dua kali:

    “Biarkan jurubahasa menghabiskan pembacaan fakta terlebih dahulu. Jangan ganggu.”

    Apabila Long menyatakan beliau tidak bersetuju dengan fakta kes, mahkamah menangguhkan prosiding selama 30 minit bagi membolehkan penjelasan dibuat dalam bahasa Inggeris.

    PR Singapura Tutup Plat Nombor Kereta Dengan Pita Hitam Untuk Isi RON95 Didenda RM9000 Oleh Mahkamah 2

    Didenda RM9,000

    Selepas rehat, mahkamah dimaklumkan bahawa Long didakwa mengubah suai nombor pendaftaran kenderaannya dengan menutup beberapa huruf supaya dia boleh mengisi petrol RON95, yang hanya diperuntukkan kepada rakyat Malaysia.

    Polis menjalankan siasatan selepas satu rakaman video perbuatannya tular, dan mendapati nombor enjin serta casis kenderaan tersebut didaftarkan di Singapura.

    Kesalahan itu didakwa di bawah Seksyen 108(3)(e) Akta Pengangkutan Jalan 1987, yang memperuntukkan hukuman denda antara RM5,000 hingga RM20,000, atau penjara antara satu hingga lima tahun, atau kedua-duanya sekali.

    Timbalan pendakwa raya S. Thiviya memohon mahkamah menjatuhkan hukuman yang boleh memberi pengajaran kepada tertuduh dan orang awam.

    PR Singapura Tutup Plat Nombor Kereta

    “Mahkamah juga perlu mengambil kira niat tertuduh yang mengubah nombor pendaftaran kenderaannya untuk menikmati hak dan keistimewaan yang dikhaskan kepada penduduk tempatan serta kenderaan berdaftar Malaysia.

    “Ini seharusnya menjadi pengajaran kepada semua dan peringatan supaya tidak sewenang-wenangnya mengubah nombor pendaftaran kenderaan demi kepentingan peribadi,” katanya.

    Peguam Long, Sharmaine Fairuz Mohd Zulkifli daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, merayu agar denda diringankan dengan alasan anak guamnya seorang pesara, mempunyai tiga orang anak dan tidak mempunyai pendapatan tetap.

    Long kemudian diperintahkan membayar denda RM9,000, atau sembilan bulan penjara jika gagal membayar. Beliau membayar denda tersebut di tempat kejadian.

    Continue Reading

    SEMASA

    Telur Dadar Cecah RM50 Lebih? Pasar Terapung Thailand Dikecam Pelancong

    Published

    on

    c1 3172785 260110103927 1200

    Telur Dadar RM50 Lebih Undang Amarah, Pasar Terapung Thailand Dikecam Pelancong

    Pasar Terapung Damnoen Saduak di wilayah Ratchaburi, Thailand yang terkenal sebagai tarikan pelancongan kini terpalit kontroversi apabila seorang pelancong mendakwa dicaj sehingga 400 baht (sekitar RM50+) hanya untuk telur dadar kosong. Lebih mengejutkan, hidangan nasi goreng bersaiz besar yang hanya mengandungi telur dan sayur turut didakwa dijual pada harga 1,400 baht, sekali gus mencetuskan kemarahan ramai.

    Aduan tersebut tular di media sosial apabila pengadu mempersoalkan kewajaran harga makanan yang disifatkan terlalu melampau, walaupun di kawasan pelancongan. Isu ini akhirnya menarik perhatian pihak berkuasa tempatan yang terus menjalankan pemeriksaan ke atas restoran terbabit.

    c1 3172785 260110103927 1200

    Pemilik restoran berkenaan mengakui harga yang dikenakan sememangnya tinggi, namun mendakwa ia berpunca daripada kos operasi yang besar termasuk sewaan, gaji pekerja, harga bahan mentah serta bayaran kira-kira 900 baht bagi setiap bot pelancong yang singgah. Walaupun menu memaparkan harga dengan jelas, pihak berkuasa menasihatkan restoran itu supaya menurunkan harga, dan pemilik bersetuju untuk berbuat demikian.

    Difahamkan, restoran sama sebelum ini juga pernah menerima aduan apabila menjual pad thai pada harga 900 baht, sebelum menurunkannya kepada 500 baht selepas diberi amaran. Sepanjang cuti Tahun Baharu lalu sahaja, 14 kedai di pasar tersebut didakwa kerana gagal memaparkan harga menu. Kes ini turut mengingatkan orang ramai kepada kontroversi telur dadar ketam cef selebriti Jay Fai di Bangkok yang pernah didenda selepas pelanggan terkejut dikenakan bayaran sehingga 4,000 baht.

    Continue Reading

    SEMASA

    Pelajar Kolej Maut Dirempuh Kereta Hilang Kawalan di Lebuhraya Senai–Desaru

    Published

    on

    Pelajar Kolej Maut Dirempuh Kereta Hilang Kawalan di Lebuhraya Senai

    Satu kemalangan tragis meragut nyawa seorang pelajar kolej apabila motosikal yang ditunggangnya terlibat dalam pertembungan dengan sebuah kereta di Kilometer 67.4 Lebuhraya Senai–Desaru, malam tadi. Mangsa, Intan Darwiena Abdullah, 20, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah yang dialami.

    613514358 1384744133693688 3134539275206997895 n

    Allahyarham merupakan pelajar jurusan Pendidikan Awal Kanak-Kanak di Kolej Vokasional ERT Azizah, Johor Bahru. Pemergian mengejutnya mengundang rasa pilu dalam kalangan ahli keluarga, rakan serta warga institusi pendidikan yang mengenali arwah sebagai seorang pelajar yang baik dan berdedikasi.

    613399757 1384744147027020 1359191936211694052 n

    Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Yusof Othman memaklumkan, kemalangan dipercayai berlaku apabila sebuah kereta jenis Toyota Vios dipandu wanita tempatan berusia 35 tahun hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan motosikal Honda Beat yang ditunggang mangsa. Pemandu kereta dilaporkan mengalami sakit dada dan sedang menerima rawatan di Hospital Kota Tinggi.

    612501244 1384761860358582 6441845066035901465 n

    Menurut beliau, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Orang ramai dinasihatkan agar sentiasa berhati-hati di jalan raya dan mematuhi peraturan trafik bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini. Pemergian Intan Darwiena menjadi peringatan bahawa keselamatan di jalan raya adalah tanggungjawab bersama.

    sumber

    Continue Reading

    Trending