Connect with us

SEMASA

Ini perkara yg mungkin RAMAI TAK TAHU bila berlaku banjir.

Avatar of majalahilmu

Published

on

banjir

Ini perkara yg mungkin RAMAI TAK TAHU bila berlaku banjir.

Ini berdasarkan pengalaman 3x duduk pusat pemindahan banjir sebuah titipan sayu daripada laman fb beliau Faisal Rahim. Menurut beliau :

1. Makanan BUKAN satu masalah besar. Malah ia berlimpah ruah sampai beberapa bulan tak habis. Semua bagi bantuan makanan.

*Sambil kongsi gambar banjir lepas. Baca di setiap gambar

134644904 1699532487044547 361236196499355242 o

2. Masalah terbesar adalah TANDAS.

Semua tandas TAK BERFUNGSI. Lubang tandas dipenuhi air. Tak boleh flush sebab sekeliling kawasan pusat pemindahan banjir juga digenangi air.

Kasihan orang tua, ibu mengandung atau yang ada anak kecil. Bayangkan situasi itu. Sik sa dan nge eri.

135001756 1699532623711200 5668837755037980070 o

3. Penternak binatang paling kasihan.

Ada beratus-ratus ekor lembu, kambing, puluh ribu ekor ayam kena pindah ke tempat lain.

  • Takde kandang utk letak.
  • Takde makanan (rumput tenggelam).
  • Banyak binatang lemas.

Itu belum ayam, kucing dan lain-lain yang 1-2 minggu duduk atas pokok tak makan.

136084932 1699532767044519 6296699375846865781 o

4. Banyak pokok m4ti.

Bila air bertakung, banyak pokok (buah-buahan, bunga, sayur dll) akan lem as.

Kampung aku langsung takde pokok durian. Ia pokok paling manja. 100% confirm m4ti bila banjir.

Pokok paling tahan, pokok sawit. Sebulan bergenang air, takde satupun yang m4ti.

135518672 1699532850377844 1268537263700802077 o

5. Banyak perabot rosak dan pintu tak boleh buka.

Kenapa?

Perabot zaman sekarang semua dari serbuk kayu. Bila terendam air, kitchen cabinet, almari baju, meja makan, perabot Ikea dll akan kembang & rosak.

Pintu kayu merantipun kembang. Kena ketam semula.

SEMUA kena beli lain.

135661236 1699532933711169 409981370343212723 o

6. Selamat tinggal karpet dan tikar getah.

Kawasan yang selalu banjir akan pasang tiles satu rumah. Senang nak kemas.

135634827 1699533033711159 922748652879549647 o

7. Binatang dalam tanah semua keluar. Cacing banyak keluar di lantai tanah (tak timbul). Panjangnya dekat 1 meter. Takvt kalau nampak.

136059713 1699533133711149 4806237484203652413 o

8. Kena jauhi pokok. Semua jenis binatang liar akan panjat pokok untuk berlindung. Ular sawa, ular tedung, biawak, musang dll.

9. Kejadian kecurian berleluasa. Setiap kali musim banjir, banyak rumah kena pecah masuk. Diaorang ambil kesempatan rumah kosong.

Majalahilmu: Pihak editor majalah ilmu dan seluruh rakyar malaysia doakan agar mangsa-mangsa banjir di pantai timur terutama di Pahang dan juga Terengganu dan juga Negeri Johor agak mereka dipermudahkan segala urusan mereka di musim banjir ini.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya.

Terima Kasih Selamat Beramal.

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Majalah Ilmu

 

.

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

2024 Majalah Ilmu © Hak Cipta Terpelihara.