Connect with us

Kisah

Dapat Upah RM 290 Sehari, Video Sekumpulan Pemuda Tidur Di Ku.buran Menjaga Ku.bur

Avatar of kidin

Published

on

ytdytd

Dapat Upah RM 290 Sehari, Video Sekumpulan Pemuda Tidur Di Ku.buran Menjaga Ku.bur

Sekumpulan pemuda yang bekerja sebagai penjaga ku.bur di Kabupaten Tabalong, Kalimantan Selatan, Indonesia. Sekumpulan pemuda itu dilihat tidur di sebelah kubur jenazah yang baru sahaja meninggal dunia.

Mereka juga turut mendirikan khemah di kawasan ku.bur tersebut. Menurut portal Tribun Palu, lelaki-lelaki yang tidur di ku.bur itu adalah M.Ramlan, M.Arsyad Maulana, Rama Ikhwan, Suriyani dan Haris. Mereka dilaporkan tidur dan menjaga ku.bur tersebut secara bergilir-gilir.

Selain mendirikan khemah, mereka juga turut membawa beberapa makanan ringan dan minuman di kawasan ku.bur yang dijaga itu. Menurut individu yang memuat naik video tersebut, para pemuda itu sebenarnya bertugas untuk menjaga ku.bur.

Tugas utama mereka semasa menjaga ku.bur itu adalah membaca Al-Quran. M.Arsyad Maulana iaitu salah seorang daripada penjaga ku.bur tersebut menyatakan bahawa dia telah melakukan pekerjaan itu selama tiga tahun.

“Sudah tiga tahun saya menjaga kubur. Lebih 50 ku.bur dah saya jaga,” katanya. Menurutnya, dia menjaga ku.bur tersebut bersama rakan-rakannya atas permintaan daripada keluarga jen4zah. Biasanya, mereka akan menjaga ku.bur itu selama tiga hari dan tiga malam sambil membaca Al-Quran.

“Permintaan daripada keluarga yang meningg4l, yang kami lakukan hanyalah membaca Al-Quran,” ujar Arsyad. Arsyad juga menjelaskan bahawa antara barangan penting yang perlu dibawa ke ku.bur adalah Al-Quran. Selain daripada itu, dia juga turut ada membawa bantal, kain pelikat, pemanas air, kopi dan beberapa makanan ringan.

Arsyad menyatakan bahawa dia memilih untuk bekerja sebagai penjaga ku.bur atas kemahuannya sendiri. Ibu bapanya juga turut dilaporkan memberi izin atas perkara yang dilakukannya itu. Mengenai upah daripada pekerjaannya itu, Arsyad mengakui bahawa dia dibayar sebanyak sejuta rupiah sehari (RM290).

LIHAT VIDEO DI SINI

Namun begitu, upah tersebut juga difahamkan tidak termasuk sekali dengan kos makanan mereka. Video berkenaan lantas menjadi tular di media sosial, sehingga kini ianya telah ditonton lebih 20 juta kali.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

MAJALAH ILMU