Kisah
“Cikgu, tolong doakan saya sebagai ganti ibu saya, Saya tiada ibu untuk doakan saya ni.” Kisah Sed1h Pelajar 10 A SPM, membuktikan anak kampung serba kekurangan boleh berjaya dengan cemerlang
“Cikgu, tolong doakan saya sebagai ganti ibu saya, Saya tiada ibu untuk doakan saya ni.” Kisah Sed1h Pelajar 10 A SPM, membuktikan anak kampung serba kekurangan boleh berjaya dengan cemerlang
Pastinya semua guru ingin melihat semua pelajar mereka berjaya dalam kehidupan. Satu kisah yang dikongsi oleh seorang guru di laman sosial Facebook tentang salah seorang pelajarnya wajar dijadikan inspirasi kepada semua.
Hantaran yang ditulis oleh Norzul Farizah itu telah tular dan dikongsi lebih dari 600 pengguna laman berkenaan.
Demikian perkongsiannya :
Dia anak yang hebat sering disebut-sebut oleh guru kerana dia seorang bijak dan tingkah lakunya yang sopan. Orangnya sangat merendah diri mungkin jiwa anak kampung masih tebal dalam dirinya. 2018 saya menjadi guru kelasnya – 5 Jasa. 22 orang anak-anak dari pelbagai latarbelakang diamanahkan untuk saya uruskan.
Dia bagi saya seorang yg introvert. Pemalu dan menyendiri. Sering lewat ke kelas saya selepas rehat kerana menunaikan solat dhuha dahulu. Bak kata pengetua- dia seorang yang redha, ikhlas dan menerima.
20 Ramadhan 1439- sewaktu pengumuman namanya disebut, saya ke pejabat. Ada ibu saudaranya sedang mengisi borang untuk membawanya pulang. saya bertanya kenapa? Ibunya Meninggal selepas sahur pagi tadi…
Allahuakbar, Saya mencarinya, mengikut dia dari belakang sebagai tanda sokongan.
Airmatanya tumpah apabila ibu saudaranya mengatakan “abang Chik, ibu dah tiada”. Tangannya dikepal. dia memejamkan mata. Saya juga tidak tahan melihatnya. itulah harapannya. Itulah ibunya. Saya dan guru-guru menguruskan rakan-rakan sekelas untuk menziarah ke rumahnya.
Apabila smpai adiknya yang kecil berusia 5 tahun mengejar jen4zah ibunya yang diusung untuk diuruskan di rumah jiran. Rumahnya kecil sudah beberapa kali di tenggelami banjir.
Dia menjadi ketua membaca surah Yasin di hadapan jen4zah ibunya. dia tidak menangis. yang menangis rakan-rakannya. kuatnya dia menahan perasaan hiba. Waktu inilah adiknya yg kecil 5 tahun tadi, menangis-nangis di luar rumah.
Memanggil-manggil nama ibunya. Kami yg berada di dalam rumah pecah empangan airmata masing2. Ketika pulang, saya memikirkan dia lima beradik makan apa berbuka? makan apa sahur? menangis lagi ke adiknya? Selepas ibunya pergi, saya lihat prestasinya tidak konsisten. Ketika temu mesra pelajar 2018 tiada lagi peneman dia.
Dia Duduk Di Belakang Sahaja Tanpa Bapanya. Ayahnya tiada kenderaan, hanya ada basikal. Untungnya dia kerana rakan sekelas banyak membantu terutama dari segi material. Saya tahu ada yg selalu membelanjainya makan ketika di kantin dan sewaktu sekali sekala outing di bandar. Saya bangga dengan anak-anak 5 jasa saya ini.
Hari terakhir sebelum SPM, kami adakan kelas BM. Saya berpesan kepada 102 calon mintalah ibu dan bapa doakan anak semua. Doa yg paling berkat drpd kedua-dua ibu bapa. Selepas kelas, anak-anak ini datang bermaafan dengan saya, cgu Azira dan cgu Halimatu. Selepas Afiq Dzulmukhry membuat drama airmata memohon maaf. minta dihalalkan ilmu.
Datang Dia Berkata ,
“Cikgu, tolong doakan saya sebagai ganti ibu saya. Saya tiada ibu untuk doakan saya ni.”
Saya pandang dia. Sayunya hati melihat anak ini. Aduhai anakanda. InsyaAllah cikgu doakan awak dapat 10A+. Pada pagi berkumpul untuk peperiksaan SPM kertas yg pertama iaitu bahasa Melayu kertas satu. Saya lihat dia menangis. Sungguh-sungguh menangis.
Saya juga sebak melihat dia. Kami gurunya memberi kata semangat agar dia boleh menjawab dengan baik. Pada hari ini, dia anakanda 5 jasaku telah membuktikan anak kampung serba kekurangan boleh berjaya dengan cemerlang. Doa kami para murabbi sentiasa untukmu.
Smoga perjalanan kehidupan merubah nasib keluarga diprmudahkan. ketika diumumkan namanya di atas pentas, dia meminta untuk ayahnya naik ke atas namun ayahnya tiada di sisi mungkin berada di luar dewan.
Kami menitiskan airmata melihat Manaf, suk4rnya dia berhadapan gengan cabaran & dugaan.
“Manaf, cikgu minta maaf. 9A+ 1A. A solid itu Bahasa Melayu. Maafkan cikgu…”
Tahniah semua. Cikgu sayang semua anakanda 5 jasa dan 5 budi 2018 dan semua 102 calon spm shahpekan 2018.
Sumber : Norzul Farizah
- Resepi Viral5 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga5 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA5 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA5 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA6 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA5 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA6 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah
- AGAMA5 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.