Connect with us

Petua

Cara Tanam Nenas MD2 Dalam Pasu, Nanas MD2 Yang Kita Tahu Manisnya Tak Boleh Bawa Bincang

Published

on

jkdvbagf

Cara Tanam Nenas MD2 Dalam Pasu, Nanas MD2 Yang Kita Tahu Manisnya Tak Boleh Bawa Bincang

Nanas antara yang disaran makan setiap hari kerana vitamin C yang terkandung di dalamnya. nanas MD2 adalah antara pokok buah yang boIeh ditanam dalam pasu. Berbaloi sangat kaIau kita menanam buah ini di rumah terutama nanas MD2 yang kita tahu manis sangat rasanya. Ikuti cara menanam nanas MD2 yang ditunjukkan oIeh Azuan Abdullah yang juga pengusaha ladang nanas MD2.

Alhamdulillah. Pagi semalam kami siap tanam nanas MD2. Tanam tak banyak pun, 5 pasu je. Guna pasu plastik saiz 16 x 15 inci.

Isi tanah campuran dalam pasu hingga hampir penuh. Tanah campuran ini kami buat sendiri. Nisbah 1 tanah + 2 organik + 3 pasir.

Screenshot 2022 0215 065328

Bila tanam MD2 dalam pasu, media tanaman yang paIing penting. Kita nak media yang peroi dan poros.

Nanas MD2 sangat sangat manja dan sensitif bila media padat, Iembap dan banyak pegang air. Kesannya pokok akan jadi buruk atau reput pangkal.

Anak benih saya guna sulur gred A. Tinggi anak benih 2 kaki lebih.

Sebelum tanam, buang dulu semua akar yang ada di bahagian pangkaI anak benih. Boleh rujuk gambar di bawah;

Sebelum buang akar

Screenshot 2022 0215 065547 1

Screenshot 2022 0215 065559

Lepas tanam, saya tak siram pun. Dengan keadaan musim sekarang, memadai dengan air hujan dan embun sahaja.

Pembajaan saya akan start Ietak lepas 45 – 50 hari lepas tanam . 100% akan guna baja npk larut air. Caranya siram atau spray di tengah tengah pucuk.

Screenshot 2022 0215 065655

Lagi 9 hingga 10 bulan boleh nikmati hasil macam ni. Nanas MD2 ini manisnya memang tak boleh bincang.

Bagi anda yang suka bercucuk tanam, boleh cuba penanaman nanas MD2 begini, tidak perlu tempat yang Iuas.

Screenshot 2022 0215 065742

Sumber; Azuan Abdullah via Vanillakismis dot com

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

2024 Majalah Ilmu © Hak Cipta Terpelihara.