Petua
Cara Tanam Lobak Dalam Botol Air Mineral Dari Biji Benih
Cara Tanam Lobak Dalam Botol Air Mineral Dari Biji Benih
Kalau tiada laman pun boleh saja tanam lobak ini. Perkongsian CT Hamisah Ahmad, idea menanam lobak dalam botol air mineral. Cuma guna kembali botol air mineral terpakai saiz 1500ml. Caranya boleh ikut tip yang dikongsi oleh CT Hamisah.
1. Lobak ini saya tanam dari dari biji benih, boleh beli di nurseri, online pun ada (Shoppe).
2. Mula-mula sekali semai biji benih lobak di tray semaian dulu. Letak tray di tempat redup, pastikan siraman cukup.
3. Bila daun dah naik 4-5 helai bolehlah pindahkan anak benih lobak dalam botol. Daun lobak mula mula akan keluar macam rumput. Biar dulu hingga daun sebenar keluar baru pindah dalam botol.
Saya guna botol air mineral 1500 ml yang dipotong bahagian atasnya selain buat lubang di bahagian bawah.
4. Sewaktu isi tanah dalam botol, jangan isi tanah sampai penuh. Letak tanah hingga 3/4 botol saja. Pastikan guna tanah yang tak keras supaya ubi lobak mudah membesar.
5. Kemudian masukkan anak benih lobak dan tanam, biarkan tenggelam semua batang. Tinggalkan daun saja tapi pastikan pucuk tidak tertimbus. Nanti anak pokok mati.
Ini lobak putih, elok suburnya.
6. Bila lobak semakin membesar, batang akan naik. Tambah lagi tanah, timbus batang sampai pelepah pertama. Jika tak buat begini lobak tak membesar dengan baik dan tak berisi.
7. Siram 2 kali sehari dan buang daun di bawah sekali. Lobak biasanya boleh dituai antara 60-90 hari.
Ini lobak merah, daunnya halus berbanding pokok lobak putih.
INFO
Lobak dalam gambar itu dituai pada usia 2 bulan. Ingat nak ambil daun untuk masak sayur air rupanya lobak dah ada isi.
Kalau tanam lobak putih, biasanya memang akan timbul sikit di permukaan.
Selain lobak boleh juga tanam sayur lain dalam botol ini.
Sumber: CT Hamisah Ahmad
- Resepi Viral5 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga5 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA5 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA5 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA6 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA5 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA6 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah
- AGAMA5 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.