Connect with us

Petua

Cara Suburkan Sayuran Hanya Menggunakan Sisa makanan Dari Dapur

Published

on

Cara Suburkan Sayuran Hanya Menggunakan Sisa makanan Dari Dapur

Cara Suburkan Sayuran Hanya Menggunakan Sisa makanan Dari Dapur

Sejak akhir-akhir ini ramai suri rumah telah memulakan aktiviti bercucuk tanam di halaman rumah mereka untuk dijadikan hobi dan mengisi masa lapang di samping menjimatkan kos bahan dapur ketika memasak.

Tetapi jika tiada ilmu, yang pasti para suri rumah akan mengalami kesuburan sayuran kurang memuaskan. Jom Majalah ilmu nak kongsikan tips dari Enkay Nik Mustaffa menggemukkan pokok bendi dan sesuai untuk pelbagai jenis sayuran.

Cara yang diamalkan cuma menggunakan lebihan sisa bahan dapur untuk ditaburkan pada pokok. Antaranya nasi, kulit bawang, kentang dan sisa baki sayuran belum masak.

Cara Menggemukkan pelbagai sayuran / Contoh : Pokok Bendi

  • Longgokkan sisa nasi basi, kerak nasi. Nasi yang saya gunakan ini adalah nasi yang dah 4 hari tak habis.
  • Tak semua pokok sesuai dilonggokkan di perdu, boleh diletakkan agak jauh dari perdu pokok. Contohnya pokok yang mempunyai batang lembut seperti pudina, selom, kangkung.

106117515 10222099504227408 2872683646287303310 n

  • Masukkan apa sahaja sisa yang ada didapur seperti kulit bawang, kulit kentang, sisa sayur. Kecuali bahan berbau seperti kulit ayam, perut ikan.

106452832 10222099504747421 7939823485300800525 n

  • Masukkan sedikit tanah untuk menutupi sisa. Nanti takut diselerakkan oleh tikus, burung gagak.

106128070 10222099505107430 2462064773690640297 n

BACA DI LINK BARU : Cara Mudah DIY Racun Organik Halau Seranga Perosak Daun.

  • Siram pokok seperti biasa. Gunakan siraman halus supaya tanah tidak dilarikan oleh aliran air.

105833585 10222099505347436 7039725041533432119 n

  • Sebenarnya bila kita letakkan atau siram apa apa baja, kita perlu siram dengan air secukupnya, prinsip ini tak terguna pakai untuk tanaman hidroponik.

Silakan share sekiranya ia memberikan manfaat kepada sahabat kebun. Jimat belanja dapur, jimat belanja kebun.

106236014 10222099505627443 6567608528107396857 n

Ini bendi yang suka makan nasi

Selamat berkebun dari Dang Kebun.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya.

Terima Kasih Selamat Beramal.

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Majalah Ilmu

 

 

 

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

2024 Majalah Ilmu © Hak Cipta Terpelihara.