Petua
Cara Mudah Menanam dan Merawat Pokok Bidara Dalam Pasu agar Berbuah Lebat

Cara Mudah Menanam dan Merawat Pokok Bidara Dalam Pasu agar Berbuah Lebat
Banyak yang cuba menanam pokok bidara di rumah bukan hanya kerana buahnya yang sedap, manis, dan enak, tetapi juga kerana khasiat yang terdapat dalam daunnya sendiri.
Daun bidara, yang disebut dalam al-Quran, mempunyai pelbagai kegunaan, terutamanya dalam perubatan tradisional dan pengurusan jenazah. Ia mengandungi sifat antibakteria dan antioksidan, dan sering digunakan untuk merawat luka, menjaga rambut, dan menyihatkan kulit wajah. Walaupun ramai yang menanam pokok ini di rumah, tetapi sering kali ia tidak berbuah. Untuk memastikan pokok bidara berbuah, penjagaan yang teliti diperlukan. Jika tanam menggunakan anak pokok, sekitar 4 bulan bidara sudah berbuah lebat sekiranya mengikuti tips penjagaan ini bagi memastikan pokok bidara berbuah meskipun hanya ditanam dalam pasu.
Beberapa tips penjagaan:
– Untuk tanah, gunakan campuran topsoil, tanah bakar, sekam padi mentah, dan cocopeat.
– Bagi baha gunakan baja organik dan Ajinomoto.
– Gunakan racun organik seperti minyak neem dan minyak bawang putih.
– Saiz pasu: Gunakan pasu dengan diameter 44cm dan ketinggian 38cm.
– Tempoh berbuah: Berbuah sepanjang masa asalkan air dan baja diberikan dengan mencukupi.
Untuk mempercepatkan proses berbuah:
– Taburkan 2 sudu besar serbuk MSG atau Ajinomoto setiap 2 minggu. Ini akan menyebabkan bunga pokok menjadi lebih lebat dan lekat. Kaedah ini sesuai bagi mereka yang ada menanam pokok bidara namun tidak berbuah.
– Untuk pokok yang belum berbuah, cantas dahan di bahagian atas untuk merangsang pertumbuhan pucuk dan dahan baru. Kemudian, taburkan serbuk MSG pada jarak sejengkal dari batang utama. Ini akan membantu pokok berbuah lebih lebat. Jika tanam dalam pasu, pastikan pokok tidak terlalu tinggi. Selepas berbuah, cantas pokok untuk membolehkan pucuk baru keluar.
Semoga tips ini bermanfaat untuk anda dalam menanam pokok bidara epal di rumah
- Resepi Viral5 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga5 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA5 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA6 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA6 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA5 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA6 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah
- AGAMA5 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.