Petua
“Cara Tanam Daun Ketumbar Sendiri di Rumah”
“Cara Tanam Daun Ketumbar Sendiri di Rumah”
Daun ketumbar dan biji ketumbar merupakan komponen penting dalam masakan, memberikan aroma yang harum dan menambah cita rasa yang lezat, terutama dalam masakan sup. Tidak hanya digunakan dalam masakan, tetapi daun ketumbar juga digunakan dalam perubatan tradisional. Dengan banyaknya manfaat dan kegunaannya dalam kehidupan sehari-hari, ketumbar amat digalakkan untuk ditanam di rumah. Boleh dikatakan ketumbar dapat digunakan dalam pelbagai keperluan. Contohnya, daun ketumbar sesuai untuk masakan seperti sup dan tomyam, sedangkan bijinya dapat dijadikan sebagai rempah bahkan akar ketumbar dapat dimanfaatkan untuk ikhtiar dalam perubatan tradisional.
Oleh itu, lakukan cara-cara ini untuk menanam ketumbar sendiri di rumah anda dengan benar dengan menggunakan beberapa kaedah penanaman terbaik. Jangan anggap untuk menanam ketumbar anda memerlukan ruang yang besar dan luas. Ruang yang sempit dan kecil seperti dalam pasu bunga juga dapat digunakan untuk menanamnya, asalkan anda mengikuti langkah-langkah yang benar. Berikut beberapa langkah atau cara menanam pokok ketumbar dalam pasu dengan hanya menggunakan akar ketumbar sahaja. Namun ada yang kurang suka menanam ketumbar dari akar kerana mudah rosak. Baca cara ini sehingga habis agar ada tahu untuk mengatasinya.
Cara Tanam dari Akar:
1. Potong batang ketumbar yang ada beli di pasar kira-kira 1.5 inci dari akarnya dan pilih pucuk-pucuk yang masih muda.
2. Rendam hanya bahagian akarnya sahaja dalam air.
3. Keesokan petang, jika dahan yang dipotong sudah kelihatan segar, pindahkan ke dalam tanah.
4. Gunakan campuran tanah dan sedikit pasir dalam pasu, dan sebolehnya lakukan pemindahan ini di waktu petang.
5. Kemudian tanam hanya bahagian akar ketumbar sahaja.
6. Siram tanah secara sederhana agar kelembapan terjaga, hindari air bertakung.
7. Letakkan tanaman di tempat yang mendapat cahaya matahari langsung.
8. Dalam masa seminggu, anda akan melihat tunas baru muncul dari pokok ketumbar.
Ramai yang mengeluh kerana apabila ketumbar ditanam dari akar, mudah layu, rosak kemudian mati. Satu perkara yang perlu anda ketahui ketika ingin menanam pokok daun ketumbar adalah, pokok ketumbar adalah tumbukan yang agak sensetif terhadap air. Oleh itu, hanya bahagian akarnya sahaja yang perlu bersentuhan dengan air. Namun ramai yang merendah pokok ketumbar sampai ke pangkal batangya sebelum dipindahkan ke tanah. Hal inilah yang menyebabkan bahagian yang terendam rosak. Kesimpulannya, elakkan pokok daun ketumbar ada terdedah dengan terlalu banyak air. Selamat mencuba!
- Resepi Viral4 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga5 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA4 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA5 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA5 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA5 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA5 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.
- AGAMA5 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah