Connect with us

Petua

“Cara Kreatif Tanam Daun Bawang: Manfaat Bekas Botol dalam Penanaman”

Avatar of farhan nizam

Published

on

Add a heading 14

“Cara Kreatif Tanam Daun Bawang: Manfaat Bekas Botol dalam Penanaman”

Daun Bawang

Selain untuk mendapatkan buah bawang, kita juga boleh menanam bawang untuk menghasilkan daun bawang yang memiliki banyak kegunaan dalam masakan. Bagi yang ingin menanam bawang untuk daunnya, kaedah tanaman ini merupakan kaedah yang tepat dan bersesuaian. Salah satu cara yang boleh digunakan adalah menanam bawang dalam bekas botol. Kaedah ini sangat sesuai bagi yang memiliki ruang untuk menanam yang terbatas.

Daun Bawang

Berikut adalah langkah-langkah untuk menanam bawang dalam bekas botol:

1. Pertama, buat lubang pada botol sesuai dengan susunan bawang yang diinginkan. Anda juga boleh membuat lubang secara bertingkat. Jangan lupa untuk membuat lubang pada bagian bawah balang dan juga penutupnya.

2. Masukkan hydroton di bagian bawah botol, kemudian isikan tanah sampai ke lubang paling bawah yang telah ditebuk. Pastikan menggunakan tanah yang segar.

3. Potong sedikit bagian atas bawang, lalu letakkan akar bawang ke dalam lubang yang sudah diisi tanah menggunakan penggalak akar. Tekan sedikit agar bawang tidak jatuh.

4. Susun bawang di setiap lubang hingga lubang paling atas. Tekan tanah agar padat.

5. Letakkan bawang terakhir di bagian atas. Kemudian siram tanaman agar air mengalir ke bawah. Pastikan tanah tetap lembap, bukan basah agar daun bawang dapat tumbuh subur.

6. Tunggu hingga pucuknya mula muncul. Dalam gambar ini, usia daun bawang baru satu minggu.

 

Daun Bawang

Bila daun bawang diperlukan, hanya cabut atau gunting daunnya sahaja. Selamat mencuba!!

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

2024 Majalah Ilmu © Hak Cipta Terpelihara.