Connect with us

Petua

Cara Goreng Ikan Style Orang Dulu-Dulu, Sedap Dia Memang Lain Macam

Avatar of majalahilmu

Published

on

Cara Goreng Ikan Style Orang Dulu Dulu Sedap Dia Memang Lain Macam

Cara Goreng Ikan Style Orang Dulu-Dulu, Sedap Dia Memang Lain Macam

Masyarakat sekarang lebih suka menggoreng ikan dengan melumurkan kunyit dan garam sahaja, berbeza dengan orang dulu-dulu yang teknik dan bahan berbeza yang membuatkan ika goreng menjadi jauh lebih sedap.

Ikan goreng merupakan menu utama rakyat malaysia yang mana ikan goreng antara menu wajib di setiap rumah mahupun kedai makan. Menu simple yang sedap dimakan bersama nasi putih panas. Namun namun tidak ramai dalam kalangan kita yang mampu untuk menggoreng ikan seperti apa yang dimasak oleh orang dulu-dulu.

Zaman sekarang dah jarang jumpa orang goreng ikan macam orang dulu-dulu. Sedap dia memang lain macam, bukan biasa-biasa! Nak tahu macam mana caranya? Mari ikuti tips dan perkongsian oleh Ummi Hana ini.

CARA GORENG IKAN STAIL ORANG DULU-DULU

Cara Goreng Ikan stail dulu-dulu…nasi panas-panas ade sambal belacan, budu, ulam-ulam, petai skit pun dah cukup nikmat… Alhamdulillah….

Masak-masak ni senang je… nok makang sedak kena rajeng… Ke guane sekmung..

Cara Goreng Ikan

CARA PENYEDIAAN :

  • Tumbuk garam halus, belacan dengan kunyit hidup hingga lumat lepas tu tumbuk bawang merah dan bawang putih tak lumat sangat pun takpe
  • Masukkan cili kisar dan gaul sebati lepas tu masukkan dalam bekas bertutup nak guna boleh ambik sikit-sikit.
  • Lumur ikan dan perap kejap lepas tu baru goreng
  • Minyak goreng ikan sedap buat goreng sayur @ buat nasi goreng ikan

BAHAN-BAHAN :

  • 5 ulas bawang merah
  • 4 ulas bwg putih
  • 2 inci kunyit hidup
  • 5 sudu besar cili kisar
  • 3 suda besar garam halus
  • Belacan skit (optional)

Cara Goreng Ikan

Cara Goreng Ikan

Baca lagi : Lauk Belum Gaji, Ini 7 Resepi Masakan Telur Mudah Tapi Sedap

Memang stail orang dulu-dulu, ikan goreng pun ada resepinya, ada bahannya. Selamat mencuba

Sumber: Ummi Hana via My Resepi, Rencah Rasa

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

MAJALAH ILMU