Connect with us

Resepi Viral

Cara Buat Telur Masin Yang Cukup Mudah, Tak Perlu Tanah Liat Atau Sekam , Cuma Pakai Cuka Dan Garam

Avatar of kidin

Published

on

eifgiw

Cara Buat Telur Masin Yang Cukup Mudah, Tak Perlu Tanah Liat Atau Sekam , Cuma Pakai Cuka Dan Garam

Biasanya telur masin yang dibeli akan diselaputi dengan tanah liat dan juga sekam padi yang hitam. Jadi bila nak rebus kita kena bersihkan semua ini dulu. Tanah liat dan sekam padi tu memang bahan untuk buat telur masin.

Cara Mudah Buat Telur Masin Cuma Guna Cuka Garam. Takde Lagi Dah Tanah Liat ‘Bedak Hitam1 1024x768 1

Tapi perkongsian Suzana Sha’em ini cukup menarik. Dia berkongsi cara buat telur masin yang cukup mudah.

Tak perlu tanah liat atau sekam , cuma pakai cuka dan garam dan takkan mengotorkan dapur.

Kalau nak cuba buat sendiri boleh lah ikut cara Suzana ini

Tak Perlu Beli Lagi Telur Masin Bedak Hitam

Tadi berbuka bersama telur masin buat sendiri. Cantik oren dia.. Yeah menjadi. Lepas ni takde lah nak beli telo asin yang pakai bedak hitam tu lagi. Yang ni lagi bersih buat sendiri.

Bahan-Bahannya

  • Telur itik
  • Cuka
  • Garam halus
  • Bekas

Cara Membuatnya Senang Saja

1. Basuh bersih telur

2. Kemudian rendam dengan cuka selama 2 minit.

Cara Mudah Buat Telur Masin Cuma Guna Cuka Garam. Takde Lagi Dah Tanah Liat ‘Bedak Hitam2

3. Seterusnya gaul telur tadi dengan garam halus hingga rata.

4. Letak dalam bekas dan peram selama dua minggu atau 16 hari.

Cara Mudah Buat Telur Masin Cuma Guna Cuka Garam. Takde Lagi Dah Tanah Liat ‘Bedak Hitam3

5. Tak perlu simpan dalam peti ais, boleh letak di luar saja.

Inilah Hasilnya Selepas 2 Minggu

Selamat mencuba uols!

Sumber: Suzana Sha’em

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

2024 Majalah Ilmu © Hak Cipta Terpelihara.